Esok bermulalah episod cuti pertengahan penggal..28/5/2011 - 12/6/2011 iaitu selama dua minggu. Cuti dua minggu boleh dikatakan agak lama. Aktiviti utama yang wajib dilaksanakan adalah menanda kertas peperiksaan BM pelajar-pelajarku..sebanyak 110 set. Target ku seminggu minggu pertama cuti adalah pulun habis-habisan menanda dan minggu kedua pula bolehlah enjoy merangkap balik kampung en suami di Terengganu. Sangat teruja pulak tiba-tiba.
Cuti kali ni abah, abang ngah serta kak ngah akan mengerjakan umrah. Pagi esok kul 3 pagi dah gerak. Nampaknya jika en suami tak pulang, aku di rumah tinggal sorang jela ditemani 3 ekor kucing di luar rumah serta kelawar dan tikus di atas siling...haha.
Selamat Bercuti Sekolah kepada semua cikgu dan anak-anak pelajar semua. Isilah masa cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah :))
PERSEDIAAN MENDIDIK ANAK
5 years ago
No comments:
Post a Comment