P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Sunday, May 29, 2011

Congrat Rita & Pekyus

Gambar normal, tapi bila publish jadi gini...haha

Baru je pulang dari Raub..menghadiri perkahwinan Azmira Roslan & Fairus. Seronok rasanya dapat berjumpa dengan Rakan Seng..agak tidak berseri juga tanpa kehadiran Nad yang ada kelas arini dan Cekma yang dalam pantang.

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi Raub...sesat jugak sikit mencari rumah pengantin tadi. Pergi ikut Bentong dan balik pula ikut Lanchang. Dua jalan yang cukup berbeza permandangannya tapi jaraknya lebih kurang sama jek.

Selamat Pengantin Baru buat Rita...semoga bunting pelamin ya.


Saturday, May 28, 2011

Abah, Ngah, Kak Ngah & Umrah

Pagi tadi jam 4 pagi mereka telah bertolak ke Kuala Lumpur. Jam 1.00 petang naik flight transit ke Bangkok dan jam 4 petang sampai di Bangkok. Pagi nanti mereka akan berlepas ke Madinah .. semoga ibadat mereka diterima dan segalanya dipermudahkan..amin



Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat

Petang semalam di rumah abang ngah telah berlangsung satu majlis bacaan Yassin dan doa selamat dari kumpulan kaum-kaum ibu. Ahli khariah masjid pula malam sebelumnya di masjid telah dilaksanakan solat hajat sempena keberangkatan abah, abang ngah dan kak ngah ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Majlis petang ini pula untuk doa selamat mereka untuk mengerjakan umrah dan aku sebagai mak buyung yang dah 7 bulan ini. Semoga aku selamat bersalin dan baby sihat-sihat sahaja di dalam perut ini :))

Menu utama adalah nasi dagang ..sangat sedap.






































Friday, May 27, 2011

Cuti Sekolah Tiba Lagi

Esok bermulalah episod cuti pertengahan penggal..28/5/2011 - 12/6/2011 iaitu selama dua minggu. Cuti dua minggu boleh dikatakan agak lama. Aktiviti utama yang wajib dilaksanakan adalah menanda kertas peperiksaan BM pelajar-pelajarku..sebanyak 110 set. Target ku seminggu minggu pertama cuti adalah pulun habis-habisan menanda dan minggu kedua pula bolehlah enjoy merangkap balik kampung en suami di Terengganu. Sangat teruja pulak tiba-tiba.

Cuti kali ni abah, abang ngah serta kak ngah akan mengerjakan umrah. Pagi esok kul 3 pagi dah gerak. Nampaknya jika en suami tak pulang, aku di rumah tinggal sorang jela ditemani 3 ekor kucing di luar rumah serta kelawar dan tikus di atas siling...haha.

Selamat Bercuti Sekolah kepada semua cikgu dan anak-anak pelajar semua. Isilah masa cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah :))



Monday, May 23, 2011

Berkacamata atau Tidak?

Mataku kecik atau senang cite sepet...haha. Aku telah berkacamata semenjak di Tingkatan 1. Lebih kurang 14 tahun. Beraneka cermin mata telah aku gunakan. Kenapa aku tidak mahu menggunakan kanta lekap? Sebabnya aku ini adalah seoorang yang pemalas untuk perkara yang leceh sebegitu. Lagipun amat sukar untuk memasukan kanta itu ke dalam mataku...al maklumla bukaannya sangat sempit.Huhu

Jika dulu setiap tahun aku akan tukar cermin mata. Bukan sebab mengada-ngada, tapi tahap kerabunan aku saban tahun akan meningkat. Cuma kali ini aku mampu bertahan hampir 2 tahun...sebab rasa macam dah tak bertambah je kerabunan ini.

Orang kata, jika aku xpkai spek, muke aku sgt garang! Tapi jika aku senyum, sweet x? Haha


























Congrat Cekma

Cekma dan selamat melahirkan baby boy seberat 3.2 kg pada 22 Mei 2011 jam 11.10 malam. Tahniah cema, besar sungguh baby mu...mu kecik jek...anak aku nanti? Suspen lak ..hehe. Nampaknya sama date dengan Makcik Rita..So pasni everyyer leh celebrate sama-sama la ek. Aunty datang tengok cuti sekolah minggu depan ek..tunggu :))

Apa ek nama baby  ni?


Nur Kasih The Movie

Entri yang kelewatan masuk...haha...biasala wekend en suami balik, time only for him!. En suami balik Jumaat malam. Malam dah bodek, die kata malas. Tapi pagi Sabtu tuh, dengan slumbernya masak tuk abah cepat pastu mandi. Pastu ajak en suami pergi Kuantan. Dia dah no choice sebab aku dah siap, maka ikutkan je kehendak ibu mengandung ini untuk menonton Nur Kasih The Movie.

Puas rasanya dapat menonton wayang. Satu pengalaman baru bersama baby di dalam perut. Tapi baby terlalu kuat menendang masa awal-awal tuh sebab mungkin terkejut dengan bunyi yang terlalu kuat itu.
Sepanjang menonton filem tersebut, air mata xpernah kering dari meleleh di pipi. Terbawa-bawa sangat aku dengan watak Nur Aminah itu...ada dalam 10x rasanya air mata ini dibazirkan. En suami sampai skang mngejek aku...adeh...

Walau apapun...memang berbaloi la tengok...penuh dengan mainan perasaan.



Friday, May 20, 2011

Belly Casting

Menarik sungguh video yang aku jumpa ni. Orang puteh ni memang macam-macam la. Video ini memaparkan bagaimana seorang ibu yang pregnant di 'simen' perutnya. Bila simen itu keras, maka terhasilah satu seni yang cukup menarik. Sesuai untuk dijadikan memori ketika mengandung. Di Malaysia ada ke ek cmni? Bukan aku nak buat, tanya jek...hehe




Berubah (OST Nora Elena)

Sangat suka lagu nie....




(Reen Rahim)
Berikan ku waktu untuk bersamamu
Meniti hari…

(Erry Putra)
Tak puas bagiku
Dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri…

Gelap seluruh jiwaku..
{hooo…}
(Reen)
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…

Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

(Erry)
ohoo..
Kau yang kukenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain

Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari…

(Reen & Erry)
Semuanya telah berakhir
ohooo..
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…

Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

hooo…
Semuanya telah berakhir…
{Wooo woo.. woo..}
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…

Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

(Reen)
Oh.. Kasih…


Thursday, May 19, 2011

Semuanya Kuasa Allah

Jam 3.33pm...aku baru je selesai makan nasi tengahari. Lauk pauk semuanya beli di Restoran Saniah. Makan dengan penuh berselera lebih dari biasa.

Tadi di hospital cukup lama. Maklumlah HOSHAS sekarang baru hendak memulakan Hospital Information System (HIS). Sistem pengkomputeran sepenuhnya. Hospital tanpa kertas. Tapi faham-faham jela, bende baru hendak mula, merangkap la sikit..memang lebih lama dari biasala. Buku Merah aku sekarang dah ditampal code bar untuk urusan TCA akan datang. Masa dalam bilik doktor, memang aku tengok doktor pun menaip dalam komputer segala yang berkaitan dengan aku..tapi yang kelakarnya, aku igt dia akan print dan tampal dalam buku merah aku, rupanya tak, die tulis pulak dengan tangan. Padanlah lama setiap sorang patient dalam bilik doktor..adus...harap lepas nie dorang print jela apa yang dorang type tuh. Lagi jimat masa kan.

Seronok sangat scan baby arini. Baby semakin membesar. Size kepala, perut, peha, dan lain-lain membesar mengikut usia kandunganku iaitu 27 minggu beberapa hari. Sebab dah lama tak scan, masa mula-mula tengok tadi aku agak terkedu jugak, yelahkan...dah besar dah anak mommy dalam perut ni...patutlah rasa tendangan baby pun hebat!

Kupanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana apa yang menakutkan aku selama ni, iaitu hasil scan beberapa bulan yang lalu mendapati di dinding plasentaku mempunyai fibroid dan kehadiran aku kali ni ke hospital selain  untuk melihat keadaan baby, juga ingin mengetahui keadaan fibroid tersebut juga. Sama ada membesar bersama-sama bayi, sama ada aku kompem di operate bila bersalin nanti dan sama ada aku akan di operate bila kandunganku cukup matang iaitu pada 28 minggu bersamaan 7 bulan.  Apa yang ditakuti kini tidak perlu dirisaukan lagi. Doktor mengesahkan 'no fibroid seen' atau fibroid telah tiada. Betul ke doktor ? Soal aku...YUP katanya...maybe sudah mengecut!! Jika benar mata doktor, syukur alhamdulillah.

Rasanya teringin aku mengajak en suami untuk 4D scan lagi. Aku ingin en suami berkongsi kegembiraan melihat anaknya yang dah semakin membesar. Tentu en suami senyum lebar macam scan time 20 week dulu.

Kami bersama wan yang buat kuih talam besh!! (Gambar tiada kaitan)














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts