Setakat ni aku dah try tanya-tanya buaian berendoi dari sekitar Shah Alam pula...dengan harapan en suami bawa pulang jek ke sini. Tapi setakat ini masih tidak mendapat respond. Telefon pun ada yang x pick up pun... kalau tak dapat jugak, tidak dapatlah menunaikan impian aku untuk melihat Adeeb di dalam buaian berhias itu..sadis-sadis.
![]() |
| Aku nak yg simple cmni jek.. :)) |
Kambing dah dapat dan akan siap dimasak, Ahad ni en suami akan pergi jumpa Tok Haji tuh untuk akad. Katering pun dah settle. Tenkiu acik kerna telah deal dengan Along Catering. Cuma yang belum adalah doorgift..apa ek nak kasi. Ahad nanti kena ajak en suami gie cari. Nampaknya Adeeb kena tinggal dengan acik la...mommy nak sopin...hehe










