Lebih kurang 8 hari je lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seronok kan bila fikir pasal raya. Paling seronok buleh menikmati juadah raya yang bermacam-macam. Tahun ni, oleh kerana masih dalam pantang, maka aku tidak buat apa-apa persiapan pun untuk juadah raya...bahkan kuih raya pun aku tidak tempah. Raya nanti akan pulang ke kampung halaman en suami...rasanya akan bertolak ke Kuala Terengganu selepas en suami pulang sembahyang rasa. Adeeb buat pertama kalinya akan berjalan jauh..harap Adeeb tidak meragam dalam perjalanan nanti...kalau tidak, jenuh jugak aku.
Adeeb sekarang membesar dengan sihatnya. Dagu sudah menjadi 2. Badan sudah naik. Beratnya sekarang masih belum pasti...rasanya sudah cecah 3kg. Sudah bermacam-macam ragam...sangat tidak suka tidur malam....mommy dan kak nana harus berjaga bermula jam 2 pagi hingga lah ke subuh untuk melayan Adeeb. Sabar jela kan...
|
Budak kuat tido siang |
|
Suka buat mata menggoda |
|
Main-main jam 3 pagi....budak semakin gelap...haha |
1 comment:
haha...nanti if die putih...die akan putih...aqif dulu itam...haha..dh beso putih...haha..lgpun org jaundis mmg sokmo akan gelap... (rytcom)
Post a Comment