P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, November 25, 2010

V-Power RM50

Lupa lak nak share tentang sejarah hidupku semalam. Al kisahnya bermula apabila aku melihat meter minyak. Tinggal 3 bar je lagi. Bagiku, kalau dah 3 bar tuh memang wajib isi dah minyak Ikutkan dalam RM30 tuh boleh pergi KL pergi balik rasanya...hehe. Tapi itulah aku...mataku tak sedap memandang. Lagipun senang ..maklumla rumahku bukannya dekat dengan stesen minyak.

Sampai je di Shell tuh....aku tak nampak sorang pun kelibat abang-abang Bangla di situ. Adeh...takkan la dorang dah dihantar balik...detik hatiku..Nak taknak aku kena isi jugak. Aku pun matikan enjin dan pergi ke cashier..."Dik V-power RM50..konter 1 ek"...1..2..3 mulah cabaran bagiku. Bukak tombol minyak tu pun aku dah gelabah...ingatkan main tarik ..rupenya kena pulas dulu. Teruknya aku..tu pun tak tahu. Mujur la orang kat pam sebelah atau belah belakang tuh tak perasan...kalau tak, malau seposen. Pastu aku pun angkat dan masukkanla pam tuh pada tangki...alamak nak tekan mane ni...? Parah...ada dalam seminit rasenya aku belek muncung pam tuh...rupanya tempat tekan tuh kecik jek...hahaha...Erk...die stop kat RM48...apelagi...aku tendang dengan lutut bontot keta...yes die masuk...dan selesai..

Lawak sungguh...padan muka aku. Sebelum ni asyik harapkan orang je isikan..sekarang aku lak yang kena isi sendiri. Mujur minyak tak tumpah. Rupa-rupanya senang jek...aku je yang takut nak cuba.


Orenz New Look


Cukup untuk tahun eni ek Orenz...sudah banyak berhabis untukmu...hinggakan aku terpakse tahan jiwe untuk beli baju baru. Tahun depan pulak ek...tungguuuu.. hehe




Aku seorang isteri yang...

1)Beri pujian kepada isteriJangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas.Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

Aku seperti pompan lain, akan kembang bila dipuji...aku tahu aku bukanlah boleh dikategorikan cantik...tapi aku comel..betuii tak en suami? haha....tak puji kat diri aku pun takpe...pujilah ape yg aku masak ke....buat ker.....

2)Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.

En suami kadang-kadang je dengar pendapat aku...ada sesetengah perkara je mmg pendapat aku amat en suami perlukan...tapi selebihnya tak nak dengar....cakap lebih-lebih nanti kena marah...so bek diam!!

3)Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Majoriti impian dan keinginanku en suami turuti :))

4)Anggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.

En suami selalu cakap 'abang cyunkan syg macam nyawa abang sendiri'. Dalam wallet en suami ada gambar aku...dan kat skren hp pun ada....(tapi kadang-kadang en suami tuka lain...huhu)

5)Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.

Tentang nie, en suami layak mendapat markah penuh. En suami rajin membantu aku terutamanya ketika memasak...suka tlg aku kupas bawang, potong sayur dan paling bagus rasa masakan aku...sedap sokmo katenya...heheh

6)Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

Aku suke nangis bila ada masalah...en suami akan bagi aku peluang untuk aku nangis puas-puas....tapi kalau die sibuk-sibuk nak kacau aku nangis, aku akan nangis lagi kuat...hahaha....macam baby kn?

7)Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad.

En suami bukan dalam kategori romantik....huhu...tapi harap en suami tak lupa anniverseri kami dan besday aku....bestnya bila hari jadi aku, aku bagun pagi en suami bawakan breakfast..macam dalam filem tuh...hehe

8)Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum.

Dah nak setahun kahwin...aku belum pernah lagi rasa masakan suamiku....telur ataupun roti...sadiss kan...haha. Air tuh adelah....ala kordial buh air sejuk...tadaaaa...siap...but aku amat hargainya. "Nanti abg masak la untuk sayang ek...."

9)Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.

En suami memamg terbaik dalam bab berjalan ni..suka sangat en suami bawa aku ke tempat-tempat yang kami tak pernah pergi....aku pun tersangatlah suka..cuma masa dan keadaan je yang tidak mengizinkan.

10)Ciuman khas untuk isteri
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya.

Ini tindakan yang selalu en suami buat....hehehe...i love u MOHD FAUZY




















Wednesday, November 24, 2010

Ini Hari Rabu

Seawal jam 9.00 pagi aku sudah selesai masak tghri...sgt awal. Menu dimasak hanya sup ayam dan gorg ikn...lalalala....dan aku telah rendam peria utuk digoreng sambal dgn daging korban yg belum habis.

Mengapa masak awal? Jap lagi aku nak keluar gie pasang anti roll bar depan dan belakang yang ditempah last week tuk Orenz dah sampai. Rasanya kedai tu pukul 10pagi dah bukak. Harap takdek customer lain...so dorang leh buat kete aku jek...harap boleh balik awal utuk goreng peria. Kalau tak sempat gak, jawapnya abah makan sup ayam dengan ikan jela...sangat sadiss kan.
en google pnye :))











Tuesday, November 23, 2010

Wedding Aniverseri Photoshoot

(Entri eni ditujukan khas utk en suamiku yang tercinta)
Memandangkan Ahad ni our 1st wedding aniverseri, i sangat teruja untuk keluar untuk kita punya wedding anniversary photoshoot.  I tak kisah walaupun kita belum memiliki Nikon D90...tapi i yakin dengan kemampuan Sony Cybershoot kite.... i bukan ape, i nak gambar tu nanti boleh jadi kenangan..kalau boleh setiap kali aniverseri i nk buat photoshoot... I tahu bajek kita ujung tahun nie sedikit lari, oleh itu kita ambik sendiri gambar. Tahun-tahun akan datang, jika rezeki kita lebih, kita hire la prefesional photographer tuk capture gambar kita . I harap u setuju tuk keluar dengan i Ahad/ Isnin nanti tuk pergi ke tempat-tempat yang menarik sekitar Temerloh-Mentakab. Persoalannya sekarang...siapa nak jadi tukang ambik gambar kita? Takkan la ambik gambar sorang-sorang jek...nak gak gambar berdua. Hurmmm...thinking...and thinking.


Ini bukan gambar kami.. =]













Monday, November 22, 2010

Yang ku mahu hanyalah kamu

Setelah 6 hari bersama en suami, petang ni beliau akan kembali ke perantauan. Tak suka saat-saat begini lebih-lebih lagi time aku dah tak kerja ni. Nampaknya aku terpaksa menjalani kehidupan dalam seminggu ni bersendirian tanpa en suami yang tercinta. Sebelum en suami pulang, aku telah diberi tugasan untuk masak ikan merah asam pedas...tak sabar untuk tunggu Ahad, Isnin dan Selasa depan kerna en suami bercuti untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama.

















Friday, November 19, 2010

Orenz Kena Ubah

Semalam Orenz telah berubah wajah...walaupun hanya sedikit perubahan namun keketaraan itu sudah jelas dapat dilihat. Bermula dengan menukar door vissor ...kualiti terbaik adalah door vissor Passo...so terpaksa la ambik jugak..pastu nampak lak penutup minyak Passo..pun tuka...pastu ade lak sale lampu belakang...aku pun tukar...dalam masa yang sama aku telah book anti roll bar staballizer...nextmonth aku akan gie pasang...huhu. Bila aku dah mula, aku akan teruskan menmodified Orenzku.. dan Orenz juga dah ade GPS .. :))



Passo Wanabe

Sunday, November 14, 2010

Hanya 2 Hari

Hari ini hari Ahad. Hari ini aku wajib pulun menanda kertas exam. Tak tau la bile bule siap. Walau apepun....mmg kena siapkan hari ini juga. Esok markah dah kena submit. Larat atau tidak...harus tanda. Harap hari ini aku sihat-sihat sahaja. Cukuplah semalam jek aku penin-penin sampai malam lantas jam 9 dah lena.
Esok sudah Isnin...lusa Selasa. Hari last aku sebagai cikgu di SMK Temerloh. Adakah aku masih ada di situ untuk tahun hadapan...? Tunggu!! Harap masih ada rezeki aku di situ...tapi kalau dah tiada, rezeki di sekolah-sekolah lain pun OK, janji aku masih buleh dapat duit gaji :)).

Esok ada banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum aku melangkah pergi. Antaranya ialah :
- Skim Pinjaman Buku Teks (Masih ada pelajar yang liat untuk menggantikan buku yang hilang)
- Kad 001 (Ukur berat dan tinggi serta masukkan markah exm 1/2thn)
- Rekod mengajar (SKT blum print)
Mujur Buku Kedatangan Pelajar dan Yuran sudah selesai ari Jumaat...kalau tak, pengsan jugak.

Hari selasa pula ada jamuan kelas 1M...ikutkan aku malas je nak buat jamuan. Tapi kesian pula kat budak-budak...so layannnn.

Cikgu Jamie yang sporting kn?? Tapi jgn sampai die marah! Huhu















Thursday, November 11, 2010

Congrat Syabil & Anis




Pagi tadi keputusan UPSR 2010 telah diumumkan. Anak buah aku dua orang ni berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Syabil anak along dapat 5A manakala Anis anak eteh dapat 4A1B. Korang telah membanggakan acu. Harap pasni boleh masuk sekolah yang bagus .

Nanti acu kasi hadiah ek :))


Thursday, November 4, 2010

Teruja Seorang Makcik


Hari Jumaat iaitu esok adalah merupakan hari pernikahan anak buah aku yang sulung iaitu Nur Syuhada Binti Ruslan atau lebih senang dipanggil dengan Along. Along Hada akan melangsungkan perkahwinan dengan bakal sang suaminya iaitu Rosdi Bin Daud. Pernikahannya akan berlangsung InsyaAllah selepas asar. Manakala majlis resepsi pula pada hari Sabtu.

Aku sebagai emak saudaranya yang bongsu sangat teruja. Maklumla, jika hujung tahun lepas kami seisi keluarga sibuk dengan majlis perkahwinan aku, kini kami sekeluarga sibuk pula dengan perkahwinan anak saudara kami yang sulung. Tak sabar rasanya aku untuk bergambar sakan dengan pasangan pengantin bersama-sama en suami dan kami duduk sekali lagi di pelamin....seronoknya!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts