P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Sunday, November 14, 2010

Hanya 2 Hari

Hari ini hari Ahad. Hari ini aku wajib pulun menanda kertas exam. Tak tau la bile bule siap. Walau apepun....mmg kena siapkan hari ini juga. Esok markah dah kena submit. Larat atau tidak...harus tanda. Harap hari ini aku sihat-sihat sahaja. Cukuplah semalam jek aku penin-penin sampai malam lantas jam 9 dah lena.
Esok sudah Isnin...lusa Selasa. Hari last aku sebagai cikgu di SMK Temerloh. Adakah aku masih ada di situ untuk tahun hadapan...? Tunggu!! Harap masih ada rezeki aku di situ...tapi kalau dah tiada, rezeki di sekolah-sekolah lain pun OK, janji aku masih buleh dapat duit gaji :)).

Esok ada banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum aku melangkah pergi. Antaranya ialah :
- Skim Pinjaman Buku Teks (Masih ada pelajar yang liat untuk menggantikan buku yang hilang)
- Kad 001 (Ukur berat dan tinggi serta masukkan markah exm 1/2thn)
- Rekod mengajar (SKT blum print)
Mujur Buku Kedatangan Pelajar dan Yuran sudah selesai ari Jumaat...kalau tak, pengsan jugak.

Hari selasa pula ada jamuan kelas 1M...ikutkan aku malas je nak buat jamuan. Tapi kesian pula kat budak-budak...so layannnn.

Cikgu Jamie yang sporting kn?? Tapi jgn sampai die marah! Huhu















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts