P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Friday, September 23, 2011

Cabaran Bermula

Semalam bermulalah cabaran pertamaku sebagai seorang mommy kepada Adeeb apabila dia demam. Sepanjang malam berjaga langsung tidak tidur. Merenget, menangis, itulah yang dia tahu untuk menunjukkan bahawa dia tidak selesa dengan suhu badannya yang panas. Tanpa berbarut, tanpa berseluar hanya bersinglet dan berpampers sahaja untuk mengurangkan kepanasan badan adeeb. Aku berusaha sedaya upaya menyejukkan adeeb...lap dengan kain basah dan ada masanya memang letak air direct terus ke badan adeeb. Bila dia menangis, menangis dengan sesungguh hati hingga tidak mampu diredakan. Aku yang berjiwa sensitif ni pun sama-sama mengalirkan air mata. Tapi bila dia tengok aku nangis, reti lak dia diam...sambil terkebil-kebil tengok mommy dia. Faham agaknya budak ni...hehe..


Bila dah jam 5 pagi, aku tidak terdaya lagi, lantas menghubungi kakak iparku iaitu kak ngah. Aku tidak tahu hendak buat apa lagi ketika itu. 10 minit kemudian, abangku datang membawa daun bunga raya. Aku lap badan adeeb dengan air perahan daun bunga raya...alhamdulillah panasnya semakin turun walaupun tidak sepenuhnya. Matanya pun tidak larat bukak dan akhirnya terlana dalam kepenatan dan ketidakselesaan..  Bila dah siang cepat-cepat aku dan kak ngah bawa Adeeb ke klinik...sepanjang di klinik memang dia tidur. Suhu adeeb ketika itu 37 darjah celcius. Rasanya tentu malam tadi suhunya lebih tinggi dari itu.


Doktor beri ubat demam dan antibiotik...Aku ingatkan Adeeb ni senanglah makan ubat sebab dia kecik lagi. Rupa-rupanya sama jek dengan kanak-kanak lain...bila dah masuk mulut dia, dia kemam kemudian dalam beberapa saat disimpan di 'lueh' kembali...ada masanya memang dia sembur betui. Bijak betul.


Alhamdulillah hari ini dia sudah agak sihat cuma mungkin masih mamai-mamai sikit. Abi balik kan arini?? 


Time pulang dari klinik


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts