P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Friday, September 30, 2011

Pliss 'LIKE'



Jom semua kita klik 'LIKE' di http://www.ourbestmoments.com.my/gallery-details/37541

Pergi Balai Polis

Hari ini dalam sejarah apabila buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke dalam balai polis. Balik je dari sekolah terus aku memandu menuju ke Balai Polis Kerdau. Untuk apa aku ke sana..?  Dulu masa kecik-kecik kawasan sekitar balai polis tu lah tempat ku bermain petang-petang. Maklumlah berkawan dengan anak polis, lagipun rumahku ketika itu memang terletak di kawasan kejiranan yang sangat hampir dengan balai polis. Malam-malam pun aku mengaji bersama-sama dengan anak polis. Tuisyen pun dengan Cikgu Mek Bedah isteri polis Ibrahim dirumahnya.
  
Tapi tadi agendanya berbeza. Membuat report tentang kehilangan surat beranak. Rasanya sudah hampir setahun aku tidak tahu mana lah aku letak surat beranak itu. Firasat ku kuat mengatakan bahawa surat beranak itu masih ada di dalam rumah, tapi lokasinya aku tidak pasti...haha. Kenapa baru sekarang hendak buat report yea...? Padahal dah lama hilang. Jawapannya adalah kerana Khamis nanti 6 Oktober 2011 Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia hendak melihat salinan dan yang asal surat beranak...maka sebab itulah. Apa hubung kaitnya aku dan BPG? Tunggu....hehe..




Haa..pengalaman pertama membuat laporan polis sungguh menarik. Rupa-rupanya setiap laporan kita kepada pihak polis berbayar..ingatkan free jek. Bayaran pula dikenakan berdasarkan kepanjangan laporan. Tadi, laporan aku ringkas sahaja, maka hanya RM2. Kelakar lak rasa...aku siap tanya pegawai polis tuh, macam mana pengiraan dibuat. Mujur polis tuh layan je aku...haha. Oleh kerana hari ini hujung bulan maka akaun telah ditutup jam 10.00 pagi tadi, maka laporan aku tidak boleh dikeluarkan...sebenarnya aku masih tidak berapa jelas alasan yang dorang berikan itu...macam tak relevan jek.....hari Isnin nanti baru boleh ambik. Pelik betui....ingatkan petang tadi dah boleh pergi JPN tuk buat surat beranak baru. Tertangguh jugaklah urusan aku.




Thursday, September 29, 2011

Breastfeeding

Alhamdulillah Tuhan masih memberikan aku peluang untuk terus menyusukan Adeeb walaupun semenjak dari lahir lagi  dia tidak mahu untuk isap direct dari cik B aku. Walaupan hanya menyusu dari hasil pam, aku tetap bersyukur. Kini sudah 2 bulan Adeeb hanya menyusu badan.


Niat di hati semenjak pregnant lagi untuk memberikan Adeeb susu ibu. Harapan aku setinggi gunung untuk menyusukan Adeeb sehingga ke usia 2 tahun. Mampukah...? Persoalannya ialah aku harus berusaha untuk memastikan cik B aku sentiasa meriah dengan susu. Aku kena mencuba pelbagai milk booster untuk memastikan impianku terlaksana. Orang kata doa harus disertai dengan usaha. En suami teruslah menyokong ya....sesungguhnya susu ibu adalah yang terbaik untuk Muhammad Adeeb Rafiqy. 


Gambar dari Kump.Ibu2 Menyusukan di bawah ini sumber inspirasiku...aku mahu jadi seperti itu. Teruja untuk turut memiliki sebuah DEEP FREEZER .


Lena setelah kenyang menikmati susu mommy :)





Hari Pertama Berjaya

Bangun seawal jam 5 bagi susu Adeeb. Pastu tidurkan dia jap...mujur tidur. Mandi, bersiap, solat dan masukkan barang-barang ke dalam kereta. Jam 6 Adeeb terjaga kembali....mommy belum siap pakai tudung lagi yer sayang...kejap yer kataku padanya. Mujurlah dia baring sambil tengok aku bersiap. Bila siap je aku bertudung dia mula merengek...cepat-cepat siapakn mana yang patut. 6.30 panaskan enjin kereta...letak Adeeb atas carseat dia dan pasang zikir. Bergerak ke rumah pengasuh dan 6.45 sudah di rumah pengasuh. Tata Adeeb, mommy gie sekolah dulu ya...jangan nangis2 OK....itulah pesanku kepadanya.


Bekal ebm Adeeb, minum 2 botal jek ..


10 pagi, aku call Kak Anis yang membahasakan dirinya kepada Adeeb Maklong. Aku call tuk tanyakan keadaan Adeeb, Dia kata 'goodboy', tepuk-tepuk dah tidur. Alhamdulillah lega, bukan apa, semalam dia meragam seharian...risau jugak aku.


3.15 jemput Adeeb...balik rumah :))


Hasil perahan di sekola arini

Aku di sekolah setelah cuti 60 hari...oyeahhh...

Tuesday, September 27, 2011

Adeeb & Mommy On Board

Sudah hampir 2 bulan aku tidak memandu. Kekok pula bila memandu semula setelah agak lama ada driver. Semalam adalah untuk pertama kalinya memandu Orenz bersama Adeeb. Mujur dia tidur...kalau tak, entahla..haha.

adeeb ptut arah ke blakang...tp carseat ni pelik..!

** ketika berpantang semua 'en driver' buat...bukak pintu, tutup pintu, dll...thanks en driver :)




Adeeb's 1st Sopin

Hari Sabtu arituh selepas en suami membotakkan kepalanya, kami tiga beranak terus ke banda. Jika sebelum ini, jika kami berdua shopping, Adeeb akan ditinggalkan di rumah Acik iaitu kakakku di Temerloh Jaya. Memandangkan cuaca redup lepas hujan maka Adeeb pun join sopin. Shopping apa ya...? Tu shopping barang-barang seperti gambar di bawah. Semuanya Adeeb yang punya...untuk dibawa ke rumah babysitter. 






Semalam (Isnin) kami telah bersuai kenal dengan bakal pengasuh Adeeb. Dia nampak OK. Harap OK lah kan. Dan harap aku tidak cerewet. Kang pengasuh menyampah plak. Khamis ni Adeeb akan tinggal dengan pengasuh dah...aku dah bis cuti selama 60 hari. 

Saturday, September 24, 2011

Oh Abang Botak

Mengingatkan semula kejadian petang tadi membuatkan aku tiba-tiba rasa hendak gelak berguling-guling. Al kisah bermula apabila aku berjaya memujuk en suami untuk membotakkan kepalanya sama seperti Adeeb. En suami menggunakan trimmer yang sama digunakan oleh Adeeb arituh. Baru suku kepala di bahagian tepat digondolkan tiba-tiba trimmer tersebut tidak berfungsi lagi. Bateri abiss. Kena cas dalam 8jam baru buleh guna semula. Maka sangat kelakar la kepala en suami....tapi aku lak lupa nak ambik gambar....kalau tak sure kita leh sama-sama gelak. Terpaksa lah en suami pakai snow cap untuk meneruskan kegondolan itu di kedai gunting rambut tidak jauh dari rumah kami.... haha


*
*
*
*
*
*
*
*
Wajah en suami setelah gondol..huhu


*
*
*
Wajah kesayangan KAMI




Friday, September 23, 2011

Babysitter Dah Dapat

Alhamdulillah….Allah has answer our prayer,amin! Aku dah dapat babysitter! Thanks kak Ani kakak iparku kerana telah merisik orang itu dan akhirnya dia bersetuju untuk menjaga Adeeb. Hari Isnin ni Adeeb akan ke klinik kesihatan untuk cucuk 2 bulan dan pastu aku dan en suami akan singgah umah bakal pengasuh itu untuk sesi suai kenal. Akak ipar aku cakap dia OK sgt...anak dia sorang je. Dah prasekolah .


"Adeeb kena sunburn ke..? , tanya kak Abba Fazilah...haha






Cabaran Bermula

Semalam bermulalah cabaran pertamaku sebagai seorang mommy kepada Adeeb apabila dia demam. Sepanjang malam berjaga langsung tidak tidur. Merenget, menangis, itulah yang dia tahu untuk menunjukkan bahawa dia tidak selesa dengan suhu badannya yang panas. Tanpa berbarut, tanpa berseluar hanya bersinglet dan berpampers sahaja untuk mengurangkan kepanasan badan adeeb. Aku berusaha sedaya upaya menyejukkan adeeb...lap dengan kain basah dan ada masanya memang letak air direct terus ke badan adeeb. Bila dia menangis, menangis dengan sesungguh hati hingga tidak mampu diredakan. Aku yang berjiwa sensitif ni pun sama-sama mengalirkan air mata. Tapi bila dia tengok aku nangis, reti lak dia diam...sambil terkebil-kebil tengok mommy dia. Faham agaknya budak ni...hehe..


Bila dah jam 5 pagi, aku tidak terdaya lagi, lantas menghubungi kakak iparku iaitu kak ngah. Aku tidak tahu hendak buat apa lagi ketika itu. 10 minit kemudian, abangku datang membawa daun bunga raya. Aku lap badan adeeb dengan air perahan daun bunga raya...alhamdulillah panasnya semakin turun walaupun tidak sepenuhnya. Matanya pun tidak larat bukak dan akhirnya terlana dalam kepenatan dan ketidakselesaan..  Bila dah siang cepat-cepat aku dan kak ngah bawa Adeeb ke klinik...sepanjang di klinik memang dia tidur. Suhu adeeb ketika itu 37 darjah celcius. Rasanya tentu malam tadi suhunya lebih tinggi dari itu.


Doktor beri ubat demam dan antibiotik...Aku ingatkan Adeeb ni senanglah makan ubat sebab dia kecik lagi. Rupa-rupanya sama jek dengan kanak-kanak lain...bila dah masuk mulut dia, dia kemam kemudian dalam beberapa saat disimpan di 'lueh' kembali...ada masanya memang dia sembur betui. Bijak betul.


Alhamdulillah hari ini dia sudah agak sihat cuma mungkin masih mamai-mamai sikit. Abi balik kan arini?? 


Time pulang dari klinik


Tuesday, September 20, 2011

Adeeb Oh Adeeb

Jom layan video adeeb jerit a.k.a nagis jam 3 pagi. Time ni aku dah tak larat dah nak berborak dengan dia...akhirnya aku tertidur maka dia pun menjeritlah mengejutkan aku. Jika ada abi dia, barulah aku berpeluang untuk tidur lena hingga ke pagi. Oh abi, bila nak balik ni..hehe..





 DULU
Temox + Itam..haha


SEKARANG
 "Susu mommy ni terbaikkk n sgt sedapp"!, kata dak BOTAK

Monday, September 19, 2011

Babysitter Wanted


Pengasuh Adeeb yang berusia 2 bulan amat-amat diperlukan di sekitar Kerdau.. jika ada sila tinggalkan masej di ruangan komen ye .. :))


Sunday, September 18, 2011

Akikah & Cukur Jambul Adeeb

Alhamdulillah semalam 17 September 2011 telah berlangsungnya kenduri akikah dan cukur jambul Adeeb. Lega majlis berjalan seperti yang dirancang. Bermula jam 9.30 pagi marhaban dari kumpulan marhaban wanita, cukur jambul dan berendoi Adeeb. Tamat jam 11.30 pagi. Pastu pukul 12 tghri pula majlis tahlis dan doa selamat dari kumpulan ayah-ayah pula. Lepas tuh Adeeb digondolkan pula oleh Maklong Lati, Makteh, en suami dan aku sendiri. Jenuh jugak..masa memula tuh Adeeb tidur OK jek, bila dia terjaga, kepala tak reti duk diam...haha...berpeluh2 aku pegang dia.


Buaian berendoi yang dibawa pulang oleh en suami dari Shah Alam disewa dari SINI. Walaupun aku hanya sewa buaian yang paling simple, tapi aku tetap berpuas hati..cantik jugak :))









Thursday, September 8, 2011

Khamis Sudaaa...

Hari ini hari khamis...esok pula Jumaat. Ada apa dengan hari khamis ya? Erm...sebenarnya tiada apapun. Hari ini aku masih lagi mensurvey buaian berendoi untuk majlis  cukur jambul Adeeb. Aku dah try telefon butik-butik pengantin sekitar Temerloh, tapi semuanya tidak menawarkan pakej tersebut. Dorang kata, kalau aku ada buai, dorang boleh tolong deco kan. Adehhh...kalau aku ade buai, aku deco sendiri pun boleh...aku ada bakat terpendam apa...tengoklah hantaran kahwin arituh pun kedua-dua belah pihak aku buat sendiri OKEY...haha dengan belagaknya aku...keke..
Setakat ni aku dah try tanya-tanya buaian berendoi dari sekitar Shah Alam pula...dengan harapan en suami bawa pulang jek ke sini. Tapi setakat ini masih tidak mendapat respond. Telefon pun ada yang x pick up pun... kalau tak dapat jugak, tidak dapatlah menunaikan impian aku untuk melihat Adeeb di dalam buaian berhias itu..sadis-sadis.

Aku nak yg simple cmni jek.. :))

Kambing dah dapat dan akan siap dimasak, Ahad ni en suami akan pergi jumpa Tok Haji tuh untuk akad. Katering pun dah settle. Tenkiu acik  kerna telah deal dengan Along Catering. Cuma yang belum adalah doorgift..apa ek nak kasi. Ahad nanti kena ajak en suami gie cari. Nampaknya Adeeb kena tinggal dengan acik la...mommy nak sopin...hehe























Wednesday, September 7, 2011

Berkacamata Ketika Tidur

Cerita terbaru tentang diri ini :


Berat badanku telah turun sebanyak 15 kg...masa pregnant, naik cuma 1 kg jek...skali turun berdebuk. Tapi boleh ker maintain ek? Sekarang berat badan masa zaman sekolah menengah tau. Tapi stay tidak cecah berat badan idamanku...ada lagi 10kg untuk diturunkan. Berjaya atau tidak ? Tungguuuu....hehe






Sekarang sama ada tidur waktu siang mahupun malam, aku tidak bukak pun cermin mata. Cuma waktu mandi je baru bukak. Kenapa ya? Sebabnya aku harus melihat keadaan Adeeb. Takut jugak,...kalau tidak pakai cermin mata, aku tidak nampak pun mata dia celik ke pejam...haha






Waktu tidurku sekarang tidak menentu, time malam dalam 4 jam je kot tidur...time siang lak, curik2 tidur time Adeeb tidur.


Apa lagi yer...erm...entah...haha

























Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya keempat semua.. arini baru je pulang dari kampung en suami. Walaupun masih dalam tempoh berpantang, aku berjaya juga merayakan diri...tapi masih di tahap kawalan dalam erti kata lain makanan aku masih dicatu...tapi rendang tetap kusental...haha.

Tahun ini buat julung-julung kalinya beraya bersama sang anak. Seronok sungguh, dapat kumpul duit raya. Tapi bukan untuk diri sendiri. Adeeb dapat banyak duit raya....kebanyakannya warna merah. Nampaknya kena segeralah buka akaun bank untuk Adeeb.

Erm...jom layan gambar lah...


































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts