P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Monday, August 22, 2011

Cerita NAK Raya Lagi

Uols, persiapan raya dah settle? 


Rasa macam tak best la bila tidak memikirkan pasal hari raya walaupun sehari pun aku tak puasa..haha. Yelaa, kalau dah nak raya, semua orang sibuk bershopping. Aku pun teringin juga. Tidak lengkap rasanya tidak shopping raya untuk diri sendiri, suami dan abah. 


Untuk diri sendiri biasalah bila dah nak raya macam-macam hendak dipastikan ada. Antaranya seperti baju raya, tudung match dengan baju raya, sandal raya, handbag raya, brooch raya...aii memang macam-macam lah. Tahun nie, yang ada setakat hari ini hanyalah 2 pasang baju raya yang baru je siap ditempah. Tudung nya masih belum ada...hendak shopping online kang warna tak kena lak...rasanya boleh tak hendak curi-curi gak masa sebelum raya nanti keluar membeli tudung dan sandal raya wahai en suami ku yang tersayang..? Hehehe...


Untuk suami pula, mujurlah 2 helai jeans sudah kubeli buatnya ...dan sudah jugak kupaksa en suami pergi potong jeans itu. Tapi, t-shirt raya buat en suami tak sempat laaa hendak beli...cari sendiri yea...tapi harap-harap hati ini berkenan dengan pilihan en suami yang kadangkala tidak kena dengan jiwa ini...haha. Baju Melayu en suami yang dah siap lama tuh, jangan lupa basuh sendiri yea...basuh baju Melayu Adeeb sekali OKEY!...HEHE


Untuk abah pula, beberapa tahun kebelakangan ini memang aku yang belikan abah sepasang baju Melayu..tahun ni tidak sempat pulak. Harap anak-anak abah yang lain boleh tolong belikan yea. Baju kemeja je kebetulan ada sale arituh mujur beli...kalau tak, kesian abah.  Memanglah abah selalu cakap, tidak beli pun takpe, baju dia banyak dah...tapi kita sebagai anak takkan lah taknak tengok abah kita pakai baju raya baru..yea tak?

































Sunday, August 21, 2011

Yeay Nak Raya

Lebih kurang 8 hari je lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seronok kan bila fikir pasal raya. Paling seronok buleh menikmati juadah raya yang bermacam-macam. Tahun ni, oleh kerana masih dalam pantang, maka aku tidak buat apa-apa persiapan pun untuk juadah raya...bahkan kuih raya pun aku tidak tempah. Raya nanti akan pulang ke kampung halaman en suami...rasanya akan bertolak ke Kuala Terengganu selepas en suami pulang sembahyang rasa. Adeeb buat pertama kalinya akan berjalan jauh..harap Adeeb tidak meragam dalam perjalanan nanti...kalau tidak, jenuh jugak aku.

Adeeb sekarang membesar dengan sihatnya. Dagu sudah menjadi 2. Badan sudah naik. Beratnya sekarang masih belum pasti...rasanya sudah cecah 3kg. Sudah bermacam-macam ragam...sangat tidak suka tidur malam....mommy dan kak nana harus berjaga bermula jam 2 pagi hingga lah ke subuh untuk melayan Adeeb. Sabar jela kan...

Budak kuat tido siang
Suka buat mata menggoda
Main-main jam 3 pagi....budak semakin gelap...haha




Friday, August 12, 2011

Rutin Berubah

Hari ini sudah 12 hari umat Islam berpuasa...masih tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan kepada semua. 


Hari ini juga masuk hari yang ke 13 aku berpantang....kira 12 hari sudah tidak berpuasa. Jenuhlah aku hendak menggantinya nanti.


Rutin harian sepanjang berpantang ini adalah seperti berikut:


6.00 am - Pam susu tuk Adeeb, susah nak bagi direct kat dia...lasak..pastu kuat merajuk, tak dapat terus taknak.


6.30 am - Siap-siap Adeeb untuk dimandikan oleh Kak Ngah...awal kan dia mandi...maklumlah Makngah dia nak gi sekolah jap lagi. Pas mandi nyusukan dia dan tidurkan dia.


7.45 am - Mandi


8.00 am - Sarapan (Secawan horlicks panas + sepeket roti coklat RM 0.70) + Vitamin + Jeli Gamat + Pil Haruan 


9.00 am - Baring-baring sambil tunggu misi kot-kot dia datang


10.00 am - Tidurkan diri seketika


11.00 am - Sesi mengepam susu


1.00 pm - Masak/panaskan lauk untuk lunch (Biasanya singgang ikan tenggiri dan sup sawi putih)


***** Pam susu, bagi susu, tukar pampers, kacau Adeeb tidur, bergayut dengan en suami, tenet****


10.00 pm - Masuk tidur


1.00 am - Adeeb mula berjaga....kadang tuh sampai pukul 3-4am


Begitulah serba ringkas rutin harian aku semenjak bergelar Mommy ni...yang pasti segala-galanya berubah :))




Wednesday, August 10, 2011

1st Video

Untuk tatapan abi yang jauh di mata :))





Adeeb

Asal tah jadi terbalik!!

Adeeb di wad time juandis arituh..cian adeeb..


Apa Ada Pada Nama


Muhammad Adeeb Rafiqy
AdeebBerpengetahuan, beradab (cultured, civilised)
MuhammadPraised; the name of the Prophet - pbuh


AdibBeradab, sopan, pujangga
AdibBerpengetahuan, beradab (cultured, civilised)


RafiqiPendampingku




MUHAMMAD ADEEB RAFIQY
M
Mesra
U
Untung
H
Harum
A
Amanah
M
Menawan
M
Manis
A
Alim
D
Dinamik
A
Abadi
D
Dedikasi
E
Emosional
E
Egoistik
B
Bijaksana
R
Ramah
A
Asli
F
Fleksibel
I
Ikhlas
Q
Qualiti
Y
Yakin


Thursday, August 4, 2011

Kisah Bersalin

Hari ini genap 11 hari berpantang..alhamdulillah sempat jugak curi-curi masa untuk berkongsi kisah kelahiran putera sulungku Muhammad Adeeb Rafiqy Bin Mohd Fauzy atau dengan panggilan ringkasnya Adeeb. Adeeb lahir tepat jam 5.06 petang pada 31 Julai 2011 seberat 2.6kg. Kecik je kan...mummy dia punyalah besar...itulah orang kata padaku..hehe.


Pada pagi Sabtu 30 Julai 2011, aku pergi ke HOSHAS untuk menyerah diri...Pada jam 7 pagi 31 Julai 2011,  doc pertama Induction of Labor (IOL) Prostin dimasukkan...30 minit selepas itu, jantung baby dipantau. Degupan jantung baby tidak cantik. Aku direhatkan dan bersarapan sekeping roti dan sedikit air milo. Kemudian sekali lagi jantung baby dipantau...masih tidak cantik graf dia...maka doktor pakar dipanggil, kemudian dia kata air ketubanku terpaksa dipecahkan...time tuh bukaan jalan baru 1 cm. Doktor jolokkan jarinya dengan sejenis alat, sakit dan tiba-tiba banjir. Time tuh aku baring, bila bagun, memang banjir la lantai hospital tuh...aku tukar baju pink dan duduk atas wheelchair, air terus mengalir dengan banyaknya. Nurse mengambil baju baby dan aku terus menghubungi en suami dan menyuruhnya segera ke dewan bersalin. 
Bukaan jalan diperiksa, tetap 1 cm. Jam 9 pagi, dos kedua Prostin dimasukkan melalui drip...30 minit selepas itu aku mula sakit....sakit yang tidak boleh digambarkan....mula-mula selang 1 jam...kemudian jangka masa sakit itu menjadi semakin pendek menjadi 3 minit sekali....jalan entah berapa kali check...dah berapa orang doktor dah yang seluk. Di perut wayar untuk pantau pergerakan jantung baby...graf memang tak cantik. Jam 3 petang, satu alat dimasukkan pula ke lubang rahimku untuk detect jantung baby secara lebih dekat/ jelas. Sah, memang tidak cantik. Time tuh aku dah lembik tidak bermaya menanggung kesakitan...mujur en suami ada disisi...urut kaki yang lenguh....mengajar aku mengucap, istifar dan macam-macam lagi. Wajah en suami pun dah tidak nampak darah. 


Aku memang dah serunder awal...dah redho untuk dibedah...sebab aku memang terlalu lemah ketika itu...rasanya tidak mampu untuk meneran. Pakar datang dah aku sign borang segala...kompem bedah. Aku ditolak ke dewan bedah...aku di bius separuh....memang dapat juga rasai saat Adeeb di tarik keluar dari rahimku...terus je dia menangis kuat. Selepas perutku di cuci dan dijahir, seorang misi datang membawa Adeeb kepadaku dan aku mencium Adeeb buat pertama kalinya...melihat 'anunya' jua.. :)


Dari jam 4.45 petang hingga 6.45 petang aku berada di dewan bedah. Kemudian aku ditolak keluar...time tuh  
Adeeb dibaringkan di celah kangkangku....keluar je aku melihat wajah en suami tersenyum...alhamdulillah.


Time keluar wad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts