Setelah sekian lama tidak menginap di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, aku kembali check in di sana. Detik mendebarkan bermula apabila aku dapati sedikit darah keluar dari tut..tut..ku. Darah cair macam darah luka biase. Aku pun dengan segeranya menelefon kakak iparku untuk menemani ku ke klinik. Beliau mencadangkan agar kami terus pergi ke hospital. Di unit kecemasan aku dibaringkan..diperiksa darah dan segalanya. Discan juga perutku untuk ke-2 kalinya. Doktor mengatakan bahawa kantung baby masih lagi kelihatan. Tapi beliau terus refer aku ke pakar sakit puan...maka aku teruslah dimasukkan ke wad. Setelah diberi katil, aku dipanggil untuk discan sekali lagi. Pakar mengesahkan kantung ada cuma die tak boleh menjelaskan dengan lebih lanjut keadaan sebenar kandungan aku sebab usianya masih di peringkat awl, jantung pun tidak buleh dikesan lagi. Kemudian aku dikangkangkan...haha...untuk doktor-doktor muda termasuk dua orang doktor lelaki Melayu yang kacak bergaya memasukan spatula ke dalam tut..tut aku...pedih sungguh. Malu dan sakit hanya aku yang dapat merasainya di saat itu.
Sepanjang semalaman di hospital aku sentiasa dipantau lebih2 lagi aku yang masih demam ketika itu. Suhu badan aku tidak stabil. Hari ini pula seawal pagi aku telah discan oleh pakar yang lebih hebat. Dia juga tidak boleh memberikan keputusan apa-apa. Memandangkan pendarahanku hanya sekali semalam sahaja, maka aku dibernarkan keluar wad...tapi sebelum tuh, aku harus menjalani ujian pap smear. Entri seterusnya aku akan kongsi tentang pap smear ek.. :))
|
Peralatan untuk Ujian Pap Smear |
No comments:
Post a Comment