P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, December 11, 2012

Tak Lama Lagi


Bila jadual exam dah keluar maka bermulahlah detik-detik persiapan diri ke arah final exam. Dah mula ker? Nota pun tak complete lagi..ada yang belum print....adoii. Teruk betul sems ni. Belajar apa sepanjang satu sems ni pun ingat-ingat lupa gak....parok kan.



Lepas final cuti dalam sebulan ..then bermulalah sesi Latihan Mengajar pula. Draf penempatan dah keluar..aku dapat SMK Datuk Burhanuddin Taiping, Perak. Kesian kan...paling jauh bole g dari Penang ni hanyalah Taiping jek...erm...harap sekolah ni akan kekal lah....paling syok dgr rumors..sekolah LM adalah akan menjadi sekolah posting nanti...ha ambik kau!. Hope itu tidak betuii sama sekali okeh...!


Friday, November 30, 2012

Hujung Minggu di Penang lagi...

Plan untuk balik wekeend ni pada awalnya terpaksa dibatalkan kerana menyedari ada byk tugasan yang belum diselesaikan...ditambah pula dengan kuiz.

Nextweek pasti balik....mungkin lagi awal dari biasa (ponteng...huhu)

Jadual aktiviti aku dan Jue....huhu (abaikan yg hari sabtu ptg ok...hahaha)



Saturday, November 24, 2012

Semester 2 Punya Kerja

Assalamualaikum dan Selamat Senja Semua..

Payah betul sems ni aku nak menulis di blog. Detik kesibukan yang melampau melanda aku dan kawan-kawan di USM semester 2 ini. Meh sini nak listkan beberapa projek-projek grand. Yang kecik-kecik tu tak yah la kot...sebab kang banyak sangat lak...haha

1. Projek Buku DPP 412 (Sistem Pentadbiran Malaysia)

  • Dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dalam 10 orang. Satu kumpulan ambil satu tajuk dah buat sedetail mungkin. Pastu combine la ..jadikan buku.
2. Projek Buku DPP 413 (Sistem Perundangan & Kehakiman Malaysia)
  • Dibahagikan kepada beberapa kumpulan juga. Seriap kumpulan 5-6 orang. Buat cam buku di atas juga.
3. Projek ICT DPP409 (Pengajian Mikro)
  • Kena sediakan slide power point untuk 1 Bab dalam Perdagangan. Nota dalam word. Koleksi soalan yang berkaitan dan akhirnya combine. Satu group dalam 4-5 orang.
4. Analisis Item DPP 406 (Pentaksiran Pembelajaran)
  • Group dalam 5 orang...130 set jawapan pelajar, 40 item soalan.... analisis la sampai siap....huhu
5. Proposal Kajian Tindakan DPP 407 ( Kajian Tindakan)
  • 5-6 orang satu group. Buat proposal kajian yang akan dibuat time latihan mengajar next sems... so kenalah pilih tajuk yang agak-agak releven untuk dibuat. Contoh, jika  buat berkaitan ICT agak-agak boleh tak dilaksanakan di sekolah tu nanti...buatnya sekolah tu tak hebat mana peralatan dorang mau haru lak....huhu. So kena pk di luar kotak yang aku rasa bukan satu kotak, tetapi berkotak-kotak....huhu
Rasanya ini jela projek hebatt sems ini...yang rakaman mikro dan makro teaching, ulasan jurnal, dah subtopik yang prezent dalam cls tu xperlu la di detailkan kot ...sebab itu 'biasa-biasa' aja....hehe

Bagi aku untuk Projek 1-3 sangat bagus sebab boleh digunakan time mengajar nanti. Tak kisahlah sama ada time LM atau pun bila dah posting nanti. Cume time tuh boleh di tokok tambah jek. Kira senang la nanti kan.
Analisis itu tu lak....aii...sekarang mne org gune manual lagi...huhu...sabo jela...tapi ok gak...bole gak blaja bende baru.
Kajian tindakan kn buat time LM tu tak tahan sekali... igtkan praktikal jela...skali dibekal kerja lak..ala-ala time degree aku dulu...praktikal sekali dengan tesis. Tapi sape nak tolong aku key in SPSS nanti ek...? huhuhu...perlu ke? Kalau tak bagus gak...haha

Hurm....dah la...taip ni bole gak ilang stress sikit...sambung stress balik la...huhu...

Rewang time rakaman mikro teaching...huhu

Saturday, November 17, 2012

The Real Hero

Lamanya tak update blog...update laju-laju lah...erm...share pic hero jela...
Hero yang tercedera akibat teruja sangat sujud follow momi solat maghrib pada 11.11.2012 yang lalu maka terantok di sisi katil. Kesian hero...berjahit satu di dahi. 
Syukur tidak mengalami kecederaan yang teruk. 

Pengajaran buat momi dan abi...jaga anak elok-elok yer...jangan cuai lagi. 
Harap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi. Momi syg Adeeb sangat.







Sunday, October 14, 2012

Halloo

Lamanya tak memblog... dah sesak dgn sawang dah rupenyeaa... kesibukan melanda... menjalani hidup sebagai seorang pelajar, isteri, anak dan momi Adeeb. 

Jom layan video Adeeb yang dah boleh berjalan...setahun dua bulan baru boleh jalan.. tak kisahlaa...asal membesar dengan sihat kan :))







Sunday, July 22, 2012

10 Terbaru Tentang Aku, Anak Dan....

Hapdet pantas dan ringkas sementara anak lena 

  1. Sibuk yang melampau - menjaga anak yg sedang aktif membesar. Usia Adeeb hampir mencecah setahun pada 31 Julai nanti. Tetapi masih belum boleh berjalan. Suka sangat memanjat. Kena jaga belakang dia takut terbalik...huhu.
  2. Adeeb suka makan..tapi dia da bosan dengan bubur nasi. Pening aku memikirkan menu hariannya. Harini aku cicahkan roti dengan bubur brokoli+peach. Makan dengan berselera. Suap bubur sahaja tak nak...ambik ko...aku cicah dengan roti. Makan sampai sekeping roti. Pastu berak yang busuk sampai dua kali.
  3. Tidur sehari selalunya sekali je sebelah pagi. Sebelah petang memang taknak tidur. Membuli momi dan atok habis-habisan
  4. Momi kena masak lauk untuk berbuka pada sebelah pagi semasa dia tidur...kalau masak petang...tak makanla momi dengan atok jawapnya.
  5. Selalu nak tengok cat, ayam dan bird. Haiwan ini yang selalu ada di rumah ini. Nanti nak kenalkan dia dengan kera kat belakang rumah lak...huhu...mini zoo OK.
  6. Seharian aku di rumah kadang-kadang bosan juga...tapi apakan daya...layan jela cerita-cerita di tv yang ada. Time anak tidur aku akan tidur juga...tapi dia jarang hendak tidur..makanya...aku pun kenalah menahan mata yang mengantok ini.
  7. Selalu harap weekend abi balik sini...tapi apakan daya...momi perlukan abi...Adeeb begitu juga....maka 1 jam sekali kami pasti akan telepon abi....'hello abi' ambik tepon aku buh kat telinga dia pastu campak...adehhh...
  8. Time nak masak aku selalu igt kat arwah acik...uwa... sebab kalau ada bende yang aku hendak masak tapi tak tau...aku akan roger je acik...tapi kini??? Uwaa...sedih..raya tanpa acik camnelah nanti?? Aku sepiiii tanpa arwah ...
  9. Airmata dah keluar....igt nk smpi 20 point...tidak mampu sudah..
  10. Selamat malam semua... 

momi prefer jd driver ...huhu

Siap type : 11.34pm



Wednesday, July 4, 2012

Kehilangan Seorang Kakak

Semalam merupakan hari yang sangat sedih bagi aku sekeluarga. Kami kehilangan seorang lagi anggota keluarga iaitu kakak ku yang dipanggil Acik. Arwah adalah kakak sebelum aku yang bongsu ni. Meninggal akibat  kidney injury with acidosis + nosocomial infection. Arwah meninggal di usia 42 tahun dan meninggalkan 2 orang anak seorang darjah 5 (P) dan seorang pra sekolah (L). 


Dalam 7 beradik aku hanya ada 3 orang perempuan termasuk Long. Kini tinggal kami berdua. 

Semoga arwah tenang di sana dan marilahkan kita sedekahkan al-Fatihah.






Tuesday, June 26, 2012

Yeahh Cuti Sems

Cuti sems bermula esok...yeahhhh! Jap lagi last paper...harap leh jwp dgn jayanya. Habis exam tunggu en suami ambik...angkut segala brg balik Temerloh...seronoknya...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, June 18, 2012

i luv u..

Tensen stdi...jom bjiwang seketike...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, June 17, 2012

Ini manusia ke yang makan?

Aku dah janji nak share pasal makan sampai pengsan kan...so inilah ceritanya. Makan malam di Kuala Perlis. Oleh kerana dah malam...maka ignore jela nak makan laksa Perlis kan...sebab macam tak kena masa jek...kalau petang-petang sesuai la kot.


Kami makan la di Mona Ikan Bakar kalau tak salah nama kedai tuh...terletak di deretan kedai yang hampir dengan Jeti ke Langkawi...dapat tengok feri pun jadila sebab tak bole pergi kan...haha


So jom layan gambar...jgn terkejut ok...ni kena puasa seminggu pas makan...haha


Selesai...yang sebelum tak dan snap....sebah gelojoh nak makan dah...haha

Kulit lala sweet sour

Bawang dari ' ketam masak bersama telur masin'

Aku punya!




Jenahak bakar yang kulitnya rentung...tapi isinya tetap lembut n manis

***Untuk pengetahuan semua, semua sisa-sisa di atas adalah hasil kegelojohan kami bertiga sahaja...haha... tapi harga dia sangat berpatutan la...rugi lak tak oder sotong celop tepung ...hahaha....

(Tapi masih tak boleh lawan Anna Ikan Bakar di Tanjung Lumpur, Kuantan....ikan bakar bersama petai....TERBAIKKK)


**********************************************************************************

Di bawah pula gambar habiskan sisa-sisa masa yang ada di Penang petang tadi bersama suami tercinta...

*
*
*
*
*
Brunch nasi kandar + briani di KAYU NASI KANDAR (Line Clear lagi besh ok...ni dah la mahal....pastu tak besh...pastu sikit...haha)




Kemain lagi pilih...last2 tak sedap pun....haha



Makan doyan kt seaside Queensbay

Kekenyangan!!
***Harap en suami selamat sampai ke Shah Alam...n tak penin lepas makan durian selok...haha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts