P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, April 14, 2011

Al-Fatihah Untuk Atok

Selasa baru-baru ini kami seisi kelurga saudara mara telah kehilangan insan yang bergelar Atok iaitu emak kepada  abahku. Atok meninggalkan kami setelah lama terlantar uzur dan sakit tua. Tepat jam 3.00 petang, doktor telah mengesahkan bahawa Atok telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga roh Atok ditempatkan di kalangan insan-insan yang beriman..Amin...


Dalam ic tahun lahir Atok adalah 1924 tetapi  yang sebenarnya adalah 1917..so skng dah 94 tahun

Monday, April 11, 2011

Mohsin Comel

Sesi menjaga anak my besprend iaitu Che dalam 30 minit adalah detik yang sungguh mendebarkan. Haha...bayangkan dalam masa sependek itu sampai naik lenguh aku duk mendodoi dia..dah la 2 botol susu selesai disuap..bermacam2 zikir serta lagu telah ku dendangkan tapi apakan daya Mohsin tetap juga menjerit..haha.. Mungkin Che mandi n solat pun tak tenang bila dengar jeritan anaknya itu.

Adeh, macam manalah agaknya bb sendiri nanti ek...harap-harap bisa di handle dengan jayanya oleh aku lebih-lebih lagi saat en somi tiada di sisi.

Wajah Mohsin setelah tidak menjerit lagi..comel kn!!



Krushers Tak Sedap Pun!





Sabtu baru ni lepas je sekolah ganti terus mengajak en somi untuk ke Jerantut..Mujur en suami sanggup melayan dan mendrive selama lebih kurang 1 jam. Maklumla KFC Temerloh/Mentakab takde pulak jual benda alah ni...mungkin takde space dah nak masukkan kaunter khas Krushers ni. 

Aku telah Mocha Krunch dan Kookies n' Kream

Thursday, April 7, 2011

Saya takut!!

 Saya takut. Saya juga tidak kuat untuk menghadapi ujian ini. Apa yang termampu menangis dan berdoa agar ianya tidak ................masih tidak kuat untuk share di sini.
















Wednesday, April 6, 2011

Senyum

Hari ini setelah berdatim dengan en doktor, aku boleh pulang dengan senyuman yang sangat manis. Ini adalah kerana arini aku tidak memperoleh sebarang tulisan berdakwat merah. Alhamdulillah, HB aku dah naik menjadi 12.3. Kenaikan yang sangat drastik setelah 4 bulan di tahap 10.0+ sahaja. Ini mungkin adalah hasil pengambilan Vitamin C. Syukur sangat-sangat. Doktor pun senyum je dekat aku sambil mengucapkan 'Bagus' padaku. BSP ok, BP pun ok gak 110/70.

Tadi doktor ada tanya adakah aku telah merasa kick dari bb? Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Adakah aku masih tidak perasan atau adakah lapisan dermis dan epidermis aku terlalu tebal hingga aku tidak boleh merasai kesyokkan tendangan itu? Tapi hasil scan tadi...bb sangat aktif menendang....doktor pun suka je tengok aksi si comel di dalam perutku itu.


Tuesday, April 5, 2011

TensiOt

Esok nak datim dengan en doktor...tapi harap doktor tak marah saya jika darah saya naik. Saya tension sangat malam ni dengan kerenah manusia.


Monday, April 4, 2011

Nobody versi Dato' Siti Nurhaliza

COMEL!!



Bintang Paling Popular 2010

Tahniah buat Shaheizy Sam atau lebih dikenali sebagai Adnan Sempit..akhirnya berjaya mengondol hadiah utama ABPH 2010 .





Saja nak buat entri ni tuk naikkan traffic...huhu



Wednesday, March 30, 2011

Hobi Baruku

Sekarang ini setiap petang sambil aku syok nonton Kejora & Bintang baby dalam perut pun juga syok layan MP3...MP3 baru dibeli khas untuk baby kami agar boleh selalu dengar alunan merdu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran...harap baby sentiasa tenang di dalam.

Sila abaikan apa yang dipegang...huhu

Tuesday, March 29, 2011

Jualan Gudang Pureen April 2011



Tadi baru je cakap-cakap dengan en suami tentang Jualan Gudang Pureen..sat ni tergerak hati tuk jengok web Pureen. Sekali tetengok yang jualan gudang ni akan diadakan pada 23-24 April 2011 nanti. Wah tiba-tiba rasa sangat teruja untuk pergi. Tapi en suami tau ke ek jalan ke lokasi kejadian...takpe en GPS mungkin dapat membantu kami. Apa-apapun en suami saya sangat-sangat mau pergi ke sana !!!

Kat bawah ni beberapa gambar dari blog org yang pernah g jualan gudang pureen ni...sanggupkah??




View Summit Company (M) Sdn Bhd in a larger map


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts