P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, November 30, 2010

P = Perempuan

Lagi 5 hari aku dah buleh buang sticker 'PEREMPUAN' kat cermin kereta...pasni en suami tak boleh tensen2 lagi membebel cakap tak macho bawak Orenz bila da sticker tuh. Tapi rasanya macam taknak buang jek...sebab orang takleh nak marah kat aku kalau aku bawa kete macam makan angin. Tapi bule ke ek tak buang? huhu















'en suami dh bis cuti...c u nez 2 wek ek'


Monday, November 29, 2010

BBQ

Keseronokan semalam terbawa-bawa terus ke hari ini. Baru je selesai makan bbq. Last minit idea..last2 menjadi jugak. Peralatan bbq memang semuanya tiada kat umah ni...maka petang tadi aku dan en suami keluar membeli kesemua peralatan tersebut termasuk ayam, sosej, udang , sotong dan sos bbq LIFE. Oleh kerana last minit terpaksa lah rembat jek instant sos...so xdek la nak perap-perap lame. Walaupun guna sos tuh...tapi rasanya tetap enak...kami makan sampai tinggal tulang dan kulit serta kepala udang jek...hehe




Main Masak-masak

Jam 9 pagi...aku dan en suami memulakan sesi permainan kami. En suami memukul telur hingga kembang dan aku pula membuat dan menyediakan bahan-bahan lain. Akhirnya...inilah hasilnya main masak-masak kami pada pagi ini. Coklat Moist Kukus ..baru je masuk peti sejuk. Tak sabar nak rasa.



Bahan-Bahan:


1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate (baking powder n soda aku gantikan dengan ovalett)
3 biji telur

Cara-cara :

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.Ketepikan.Biar suhunya turun.
2. Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu.
3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.
4. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
5. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan
biarkan sejuk.

Sunday, November 28, 2010

Perot Se'eh

Sonoknya hari ini....nie baru pulang dari makan malam dengan en suami tercinta. Kami makan tak hengat punya banyak. sampai suar jeans aku sendat mendat. En suami punya perot pun menjadi bertambah boroi. Masa makan memang sedap sangat. Bila dah siap makan mula la...ape-apepun makanan itu sgt sedap. Thanks en suami coz blnja saya makan malam eni.



Jap lagi kami buat magic...tutup mata yer!
Tengok...magic kan...licin semua...HEBAT tak kami? haha



Mengidam Sudah

Selamat pengantin baru buat Ezan (Dak acct time aku blaja kat Uitm jengka) & Shamsul (Kawan en suami time kerja di Canon Opto). Cantik sungguh pengantin dengan warna oren soft. Majis tersebut di Jengka 14. Di kenduri tersebut aku jumpa Shida Rosli selaku pengapit Ezan.

Dalam perjalanan pulang..tiba-tiba tekak aku nak makan jagung rebus. Puas ku toleh kiri/kanan gerai-gerai buah di tepi jalan, satu pun takdek jual jagung. Hampa! Pergi ke pasaraya U-mart kat Nadikota, juga hampa! Lantas beli jagun dalam tin ADABI. Hahaha....sedapnya jagung rebus yang hot itu.


'tajuk hanya gimik semata-mata'...haha

1st Anniversary

Hari yang dinanti telah tiba. Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan en suami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap rasanya masa berlalu. Saat-saat indah bersama ditempuhi oleh aku dan en suami dengan penuh warna-warna cinta. Rasanya baru semalam majlis kahwin kami. Bahagia rasanya aku menjadi isteri kepada sang suami yang mencintai aku dengan sepenuh hatinya.

Terima kasih kerna telah sabar dan tenang melayan kerenah aku yang memang bermacam-macam ragam ni. Kasih sayang yang telah engkau curahkan padaku tidak pernah lekang...Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kita yang pertama Abang...thanks for the present..sayang suka sgt...Macam tau-tau jek memang sayang amat memerlukannya di ketika ini.


Semua dah tau ape kan..hehe



Tadaa... ni die...i like!

Cup cakes ditempah  untuk en suami...geram btuii...aku salah susn 'our'..haha

Friday, November 26, 2010

Slot Lagenda Putera Katak TV3

Akhirnya berakhir sudah cerita Ulek Mayang yang sangat merepek itu di slot Lagenda TV3 Isnin-Khamis , 4.30 petang. Minggu depan ada cerita baru yang sudah tentunya hot! Harap-harap cerita ini bakal mengisi masa terlebih ku di kala petang nanti.

Siri terbaru itu adalah Putera Katak...anak buah aku Cik Frogy tentu suke dengan cite ni..tapi sayang kan...kamu sedang berkerja keras di Pulau Tioman tauh. Tak pe...acu leh tlg tengokkan..hehe





Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

 
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?













Kucing Oh Kucing

Pagi-pagi aku telah dikejutkan dengan bunyi kucing mengawan..opsss!. Kucing jantan mengorat kucing betina. Sakit betui hati...ingat nak bermalasan lagi di atas katil, sekali dengar kucing-kucing itu menjerit2..terus hilang nafsu bermalasan aku itu.

Keluar tengok...aku halau die boleh buat dek jek...bile aku baling dengan selipar pun tetap tak lari. Tensii betui aku. Lantakla ko kucing!!

Aku ni seorang yang sangat tak suka kucing. Aku dah cuba untuk menyukainya. Tapi masih gagal. Aku geli untuk pegang apetah lagi belai. Aku risau kalau-kalau die cakar atau gigit aku. Seronok bila tengok orang yang boleh peluk cium dengan kucing..kadang-kadang minat jugak untuk memelihara kucing-kucing yang gebu macam kucing Parsi tuh...tapi itulahkan...mungkin aku tidak ditakdirkan untuk itu.


















Thursday, November 25, 2010

V-Power RM50

Lupa lak nak share tentang sejarah hidupku semalam. Al kisahnya bermula apabila aku melihat meter minyak. Tinggal 3 bar je lagi. Bagiku, kalau dah 3 bar tuh memang wajib isi dah minyak Ikutkan dalam RM30 tuh boleh pergi KL pergi balik rasanya...hehe. Tapi itulah aku...mataku tak sedap memandang. Lagipun senang ..maklumla rumahku bukannya dekat dengan stesen minyak.

Sampai je di Shell tuh....aku tak nampak sorang pun kelibat abang-abang Bangla di situ. Adeh...takkan la dorang dah dihantar balik...detik hatiku..Nak taknak aku kena isi jugak. Aku pun matikan enjin dan pergi ke cashier..."Dik V-power RM50..konter 1 ek"...1..2..3 mulah cabaran bagiku. Bukak tombol minyak tu pun aku dah gelabah...ingatkan main tarik ..rupenya kena pulas dulu. Teruknya aku..tu pun tak tahu. Mujur la orang kat pam sebelah atau belah belakang tuh tak perasan...kalau tak, malau seposen. Pastu aku pun angkat dan masukkanla pam tuh pada tangki...alamak nak tekan mane ni...? Parah...ada dalam seminit rasenya aku belek muncung pam tuh...rupanya tempat tekan tuh kecik jek...hahaha...Erk...die stop kat RM48...apelagi...aku tendang dengan lutut bontot keta...yes die masuk...dan selesai..

Lawak sungguh...padan muka aku. Sebelum ni asyik harapkan orang je isikan..sekarang aku lak yang kena isi sendiri. Mujur minyak tak tumpah. Rupa-rupanya senang jek...aku je yang takut nak cuba.


Orenz New Look


Cukup untuk tahun eni ek Orenz...sudah banyak berhabis untukmu...hinggakan aku terpakse tahan jiwe untuk beli baju baru. Tahun depan pulak ek...tungguuuu.. hehe




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts