P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Saturday, October 30, 2010

Slip Gaji Akhir


Semalam adalah hari terakhir kakitangan kerajaan mengoyakkan tepi slip gaji. Slip gaji bulan Oktober merupakan slip gaji yang terakhir yang dicetak dan dihantar kepada kita. Mulai bulan November jika kita hendak slip gaji, kita kena print sendiri di laman web http://www.anm.gov.my . Slip gaji telah menjadi sejarah .


Wednesday, October 27, 2010

Tahniah SMK Temerloh

Pagi tadi telah selesai berlangsungnya Karnival ICT & Program Jejak Maklumat Sekolah-sekolah Daerah Temerloh 2010 yang telah dirasmi dan di tutup oleh YH Dato' Hj Abd Aziz Bin Hj Abd Latif, Pengarah Pelajaran Pahang.

SMK Temerloh telah berjaya mengondol hadiah tempat kedua bagi acara Profil Sekolah (acara guru) dan acara Mereka Muka Depan Majalah Sekolah.  Profil Sekolah telah dibuat oleh Cikgu Asri dan tukang prezentnya adalah Cikgu Faizal dan Cikgu Adzuan.



Tuesday, October 26, 2010

Full Weekend

Laporan untuk weekend baru ni. Sabtu hari persekolahan ganti ikut jadual hari Jumaat, so boleh balik jam 12.00 tghri. Bila time balik tiba, terus menuju ke teminal bus Temerloh untuk menjemput en suami yang pulang. Singgah Restoran Saniah untuk menapau lauk-pauk kerna malas masak. Petang pula en suami menebang pisang yang dah masak, dan kemudian kami makan kelapa pandan depan rumah. Rasa sangat seronok kerna boleh berebur-rebut isi kelapa dengan en suami. Pas mahrib keluar dinner kat Restoren Serasi kerana en suami tiba-tiba mengidam nak makan chicken chop. Selesai makan, gie Mentakab pula untuk memborong barang dapur...pulang rumah dan tidur dalam keletihan.

Hari Ahad, bangun buat sarapan dan operasi membersih dan mengemas rumah bersama en suami. Kali ini beliau bersungguh-sungguh untuk mengalihkan katil dalam bilik kami ke posisi yang lain pula. Jenuh jugak mengangkat tilam kak Ziana Zain yang berat tuh...tolak dan angkat katil ...kerja pengalihan agak sukar kerana bilik kami tersangatlah kecil. Walau bagaimanapun, en suami sangat berpuas hati hasil deconya. Tak tahu berapa lama akan bertahan dengan posisi katil sedemikian.

Hari Isnin, aku masih lagi bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang yang jatuh pada 24/10 (Ahad), maka Isnin cuti!. En suami pun bercuti. Seawal pagi lagi kami telah bertolak ke rumah Along aku untuk membantu urusan mesyuarat kenduri anak buah aku. Petang, kami pulang....Malam persiapan untuk ke sekolah esok...tidur.



For The Rest of My Life

Hari-hari dengar lagu Maher Zain-For The Rest Of My Life aku mula menyukainya. Lirik die best sangat. Sesuai untuk sang suami tujukan buat sang isteri....bertapa isteri dihargai. Oh en suami...alangkah romantiknya jika kamu menyanyikan lagu ini untuk saya... hehehe





 

You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you


I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

[Lirik lagu on Maher Zain - For The Rest Of My Life http://mp3-source-downloads.blogspot.com/ ]




Saturday, October 23, 2010

Lemang Selepas Raya


Sebenarnya kejadian ini berlaku pada 21/10/2010 yang lalu...kami guru-guru F3 dan pelajar F3 telah membakar lemang. Lemang dibakar untuk dimakan pada keesokkan harinya oleh warga sekolah. Alhamdulillah berkat Chef Suwati lemang masak dengan elokknya. Hari Jumaat tu kami kami bersama-sama rendang ayam dan daging hasil masakan cikgu-cikgu juga. Menu sampingan ialah bihun sup.


Pink Lappy for Hubby


Semalam tiba-tiba tergerak hati tuk singgah kedai PC. Dan secara tidak sengaja telah terjatuh hati dengan sebuah lappy yang sangat cumei bewarna pink. Bila dah tanya-tanya dengan salesman tuh, aku tiba-tiba terasa macam nak membelinya. 'Yea, saya nak beli la...saya g kuarkan duit dulu..." Hahaha....inilah namanya unexpected sopin.  Maka aku decide tuk belikan lappy yang cumei ni untuk en suami sempena our 1st anniversary...

Hari ini en suami balik...so beliau akan menerima lappy pink ini. Harap en suami tidak pengsan apabila melihat warnanya...hehe...hepi advance anniversary my luvely hubby. So nanti 28/11/2010 i juz wish jela ek...sebab hadiah dah bagi awal...hehe.

Harap bila dah ada lappy baru ini, senanglah kita tuk berwebcm ek :)


Tuesday, October 19, 2010

Siap!!! Seronoknye!!


Akhirnya tugasan yang aku ngadap selama 2 hari siap jugak..ikutkan jap jek...tapi biaselah banyak gangguan dari segi fizikal dan mental..huhu.

Kad jemputan untuk Karnival ICT Daerah Temerloh berjaya jugak aku siapkan. Mungkin inilah tugasan terakhir ku di SMK Temerloh yang sangat ku cintai ini. Maka aku sanggup je korbankan ink aku untuk memudahkan urusan kerjaku..biasenya aku kede gak...haha

Draf 1st aku dh tunjuk kat bos pagi tadi...dia suka! Tapi aku dah mls nk refer die...so dengan seronoknya aku terus mempritkan. Nasibla...harap2 semuanya ok-ok saja..

Harap malam ni boleh tidur lena. Tak sanggup lagi berjaga seawal jam 3 pagi untuk membayangkan rupa bentuk kad yang harus aku siapakn kerna ianya sudah SIAP!!

JOM GIE :

KARNIVAL ICT & PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH TERMERLOH 2010

PADA : 27 OKTOBER 2010 (RABU)
TEMPAT : SBP INTEGRASI TEMERLOH

JOM TEMUI SAYA DI SANA NANTI....hehehe...promo cam artis plak.



Sunday, October 17, 2010

Hitam


Entri pasal makan lagi. Biasala bila wekend husband tak balik hidup sensorang jela lelebih lagi abah pun gie kerja. Bosan siot. Hendak keluar, tiada teman. Duduk di rumah tengok tv dan online.

Baru je selesai makan. Seperti dalam gambar, semuanya kelihatan hitam kan. Sungguh tidak menyelerakan. Hari ini aku masak ayam+kentang masak kicap berempah, sup cendawan, ikan masin goreng dan dimakan bersama sambal itam ( belimbing besi yang direbus hingga hitam-popular di Jerantut dan Raub).


Saturday, October 16, 2010

Malas masak



Baru je selesai memasak....tetapi mood memasak aku arini tiba-tiba terbang entah kemana. Maka dengan itu aku masak masakan yang simple jek. Tapi bila dah siap masak, ia telah membuatkan aku terliur untuk makan. Tapi aku tak boleh terpedaya. Nasi lemak ayam yang aku beli di pekan sari kul 8 tadi masih belum hadam sepenuhnya kot...harus sabar dulu.

1. Daun Selum (ulam)
2. Asam pedas ikan tenggiri + tomato
3. Ikan pekasam (hampir rentung)
4. Sambal tempoyak
5. Ayam celup tepung


Terima Kasih PM

Bajek 2011 telah selamat dibentangkan petang semalam oleh Datuk Seri Najib Razak. Apa yang boleh aku katakan disini ialah, Bajek'11 kali ini membuatkan semua orang boleh tersenyum lebar. Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak harus menerima jutaan terima kasih.


Kerajaan pimpinannya bukan saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan, sebaliknya perancangan dan kejayaan yang dicapai adalah hasil perencanaan yang jelas, tegas dan rapi serta memerlukan pengorbanan yang tinggi. “Kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi populariti jangka pendek. Yakinlah, kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang,” kata Datuk Sero Najib Razak.
Antara intipati bajek tersebut ialah :

• Penjawat awam dapat pelbagai insentif menarik
Bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan pada Disember ini bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

• Peranan sektor swasta terus diperkasa
• Skim beli rumah tanpa deposit
• Belia kena rebut peluang kumpul aset
• Kenaikan cukai perkhidmatan satu peratus
• Gaji minimum mampu elak impak negatif
• Pemimpin masyarakat dapat elaun RM800 sebulan
• RM218 juta bantu sara hidup OKU
• Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tidak dinaikkan
• Beri transformasi maksimum kepada rakyat: TPM
• Keputusan tanda keprihatinan kerajaan
• Kakitangan awam boleh pilih cuti bersalin 90 hari
• 'Peruntukan baru hanya hadkan bilangan anak'
• Bajet mesra wanita, institusi kekeluargaan
• Sistem pendidikan dirombak
• Talent Corp pacu modal insan baru

• Duti import 300 barangan dimansuh
“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian termasuklah kelambu,” katanya.

• Cabaran sihat bagi pengeluar produk tempatan
• Dana Pencen Swasta dilancar tahun depan
• Rangsang pertumbuhan ekonomi
• Pemansuhan galak sektor pelancongan




Kalangan pemimpin pembangkang pakatan rakyat menyifatkan belanjawan yang dibentangkan semalam sebagai 'Bajet Pilihan Raya' dan usaha terbaru kerajaan untuk terus menonjolkan imej baik di mata rakyat. Walaupun ada yang menyifatkannya sebagai kelegaan jangka pendek, namun pada masa sama, mereka turut menghargai beberapa insentif yang diberikan kepada rakyat biasa.
Bukan pro atau anti mana-mana pihak tapi kita semua boleh nilai sendiri. Ada otak fikir, ada mata lihat dan ada telinga dengar.....ada jari pangkah!! Hahahaha..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts