P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Friday, July 23, 2010

Hamper Kuih Raya

Bulan Ramadan akan menjelma lebih kurang 2 minggu je lagi. Raya lak akan menyusul lebih kurang 1 bulan pastu. Tapi kini, aku dah teruja nak tunggu kehadiran hari raya. Hehe..

Kenapa aku terlalu teruja?? Sebab tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya sebagai isteri orang. Tahun ni aku akan sambut hari raya bersama-sama suami tercinta. Tahun ni juga merupakan tahun pertama aku akan balik kampung beraya. Sebelum-sebelum ni dapat rasa nikmat balik kampung time balaja kat Dungun. Tapi tu tak hebat sangat auranya. Aura nak balik kampung sambut raya tahun ni lagi hebat. Selama 25tahun hidup, aku hanya sambut lebaran kat KERDAU ni jela..dah memamg kampung kan... biasa bagi aku. Kini boleh rasai nikmat sambut raya di kampung en suami plak...harap ianya sangat seronok.



Oleh kerana aku teruja terlebih untuk itu, maka tahun ni saja, aku telah menempah kuih raya sejumlah RM600. Agak banyak bagiku. Tapi aku tak kisah, asalkan aku puas hati. Hari ni lak tiba-tiba aku dapat idea untuk membuat hamper kuih raya untuk dibawa pulang ke kampung...untuk mak mertua dan untuk mak n ayah saudara en suami. Harap aku berjaya la membuat hamper tu nanti. 


Tuesday, July 20, 2010

Uitm Jengka Di Hatiku


FESTIMA 1Malaysia di Uitm Jengka telah berjaya membawa aku kembali sekali lagi ke Uitm Jengka pada Sabtu lalu sambil-sambil menjengok anak buah aku di situ.

Beberapa hari sebelum berlangsungnye festima ni, ank buah aku cik frogy tue telah menerangkan serba sedikit pada aku apa itu festima...festima adalah Festival Makanan 1 Malaysia. Dalam fikiran aku dah terbayang la macam-macam makanan kat malaysia ni ada...tapi alangkah kecewanya aku apabila sampai di tempat kejadian...indah khabar dari rupa....bukan festival makanan rasenye...tapi expo lak jdi. Banyak gerai2 tudung, baju n lain2. Makanan tuh maybe dalam 50% jek...mana kuih bulan?? mana lemang? mana tosei? ..yang ada sushi..makanan Malaysia kah tue? Hanya penganjur yang arif..huhu

Sambil-sambil tuh, sempat jugak aku, en suami n cik frogy pusing2 dalam Uitm. Nampaknya ada kolej kediaman baru sedang dalam 70% siap..lokasinya adalah di tasik tempat geng2 aku bdating zaman2 dlu..huhu. Banyak gak bilik2 kuliah baru dengan warna Oren+Purple yang sangat gah. Sangat bertuah pelajar Uitm Jengka skang.

Tidak lupa juga untuk singgah di pasar malam Sabtu...memang tiada bezanya.






Monday, July 12, 2010

:::SPaiN TerBaik:::

Akhirnya berakhir sudah World CUP 2010...SPAIN adalah JUARA...sangat teruja melihat aksi permainan pasukan spain di saat akhir. Kunci jam kul 4.15am tapi bangun 4.30am. Sure dah bis. Bukak laptop nak tengok result, permainan sdg berlangsung. Dengan penuh  debaran bukak tv...masa tambahan. Aksi berbalas aksi...tendangan dari kanan ke kiri..tepi ke tengah..bertubi2 gawang SPAIN n holland cuba di bolosi...tapi akhirnya Andres Iniesta berjaya menjaringkan gol kemenangan SPAIN...tQ to pemain holland yg telah outside itu..haha



Selamat tinggal world Cup 2010...dan sangat teruja menanti 2014 di Brazil pula...Selamat tinggal juga Paul si sotong kurita dan Mani Si Nuri...





Sunday, July 11, 2010

Durianss+EnSuami

Alkisah bermula cerita...en suami mengidam durian. Orang sebelah rumah memang penjual buah-buahan bermusim. Tentu sekali ada buah durian dalam stok mereka. Tapi en suami ku yang sgt pemalu ni segan nk g sorang2 beli...aku pun sm..sbb biasenye aku beli buah yang dorang jual kat pasar malam atau pekan sari jek..tak penah lak gie umah dorang beli buah.

Kebetulan Alongku yang duk kat Jerantut ada blik..bile dorang dalam perjalanan balik, dorang ternampak orang jual buah durian di tepi jalan..maka along pun mesej la aku bagitau yang kat Kampung Bukit Lada ada org jual buah durian.



 

Apalagi en suami dengan sepantas kilatnya mengambil kunci kereta..macam dia tau je kat mane tempat tue..Alhamdulillah mmg rezeki en suami, sebiji durian kampung dan sebiji lagi durian klon telah dibeli oleh beliau. Sampai saja di rumah, dengan lahapnya en suami meratah buah durian itu..aku hanya makan bbrpa ulas jek, dia yang menghabiskan semua...Suka aku tgok muka en suami yang kepuasan dapat makan durian yang dihajati....bila la en suami nk menggemari TEMPOYAK lak...huhu



Thursday, July 8, 2010

Go Go Go SPAIN...ALEALEALE




World Cup 2010 merupakan WC yang pertama yang aku layanzz...Pemilihan SPAIN sebagai pasukan kegemaran aku adalah sangat berbaloi...Sungguh tidak sangka SPAIN akan mara ke final bertemu NETHERLAND (Holland).

Kepada sesape yang anti-SPAIN especially en suami tu sile2 la terima kenyataan yang SPAIN akan menjadi JUARA World Cup 2010. Marilah sama-sama kita menyokong SPAIN  kerna kita pasti akan gumbira dengan keputusan merekalah juara.

Wednesday, June 30, 2010

World Cup Sandwich

Hari ini sambutan Hari Koperasi peringkat sekolah..bukan sekolah aku je yang mengadakan sambutan Hari Koperasi rasenye..byk lagi sekolah lain yang buat hari ini antaranya sekolah lamaku SMK Kerdau, SMK Seri Tualang dan SMK Seri Bahagia.

Disambut sederhana kali ni di sekolah aku, ada gerai-gerai jualan, rumah hantu, ceramah alam sekitar dan jambo sales. Jangan tak tahu, aku pun terlibat kali ni membuka gerai bersama-sama Azie dan Faizal. Kami tak bagi lak nama gerai..Aku jual World Cup Sandwich, Azie dengan Biskut Batik Spain + Conflakes Madu Argentina + Puding Brazil, manakala Faizal menjual Jambu Power. Faizal bukan menjual pun, die letak dan suh kami yang menjual, mujur dapat upah nasi ayam..haha.



Seronok sangat sandwich aku licin dalam masa hanya 10 minit selepas gerai dibuka. Aku lak hanya buat 50 jek..maklumla takut tak laku, lagipun jenuh gak la aku dan Nana menyediakan bahan-bahan yang boleh tahan banyak seperti roti 5 plstik beg yang saiz jambo tu, sardin besar 2 tin, telur rebus 5 biji.. Aku tak sangka lak laris, siap kena marah dengan murid-murid coz dorang tak sempat beli...Sowi yer guys, nanti klu cikgu rajin cikgu bw gie clas ek..hehe



Monday, June 28, 2010

Bila kawen??

Tahniah buat Cikgu Rita yang dah selamat menjadi tunagan en Fizz Fairuss..kuciwa coz xdpt nk attend mjlis kamu kerna memasak di Unggun 2..

Bila agaknya maljis perkahwinan kalian ek?? Tak sabar untuk pertama kalinya menjejakkan kaki ke Raub.


Sunday, June 27, 2010

Cactusmelon's Tag

Saya telah 'ditanda':


1) Apa yang anda buat bila dapat tahu member anda tikam anda dari belakang
Buat bodo jek..nak buat cmnekan...ginilah nasib diriku yang malang...oh Tuhan..bleh lak gitu ek..keke
Tikam die balik dgn pisau tumpul

2) 6 orang di hati anda
en suami yang cumel
abah saya
arwah mak saya (al-Fatihah)
adik bradik saya..(dah lebih dari 6 kn..hehe)
keluarga mertuaku.. (lebih gak)
bakal anak saya...hehe

3) Anda rasa anda comel?
terlalu comel..cm kucin..meoww..huhu

4) Single or taken?
taken by en suami
5) Blog yang anda suka
blog yang cantik dah tak gedik2

6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?
tak jugak..kadang tu tido dgn kain yang tak blipat di sebelah (sgt pemalas kn)

7) Lagu terakhir yang anda dengar
awie : demi cinta tak pernah aku khianatinya..namun apa yg engkau lakukan padaku...(lupe tajuk)

8) Last text message
nana : tak masak tuk atok

9) Last phone call
en suami..beberapa ketika yang lalu

10) Hari terakhir anda menangis
pas anta en suami balik...tiba2 syahdu..keke

11) 5 favourite colour
Purple ..mmg taksub
Pink..baju raya tahun ni..en suami 1stime akan pki pink..haha
Orenz..warna keretaku + umahku
Biru..arna cadar arini
Hitam..aku akn nmpk lebih kurus..keke

12) Orang terakhir YM
lupe lak sape...keke

13) Game paling anda suka
freezee frenzy 2..layannn

14) Apa perasaan anda menjawab tag ini?
tenang dah penuh wasatiah..keke

15) Anda rasa tag ini best?
sangat..kalau tak, tak kuase nak layan..tq Puan Uda

16) Tag lagi 10 orang
sape nak layan...layan jela..





Apa naik 10kilo??

Berakhir sudah Perkhemahan Perdana Unit-unit Beruniform Sek Men Keb Temerloh atau lebih dikenali sbg Unggun 2.

Aku kepenatan..pulang ke rumah jam 11 pagi tadi..terus tido sampai pukul 12tgh. Mujur sebelum balik tadi dah singgah kedai beli lauk-pauk. So bangun dan hanya perlu masak nasi saja. Tadi pkul 1.30-2.00ptg aku tidur lagi..sekarang ni pun rasa macam ngantuk je lagi. Mungkin badanku perlu dicharge semula energynya setelah penat selama dua hari memasak.


Bertuah sungguh dak-dak pengakap kerna korang memang telah disajikan dengan masakan yang sangat sedap. Aku rasa makanan dalam perut belum sempat hadam lagi dah kena makan makanan lain plak..sehingga ada dak yang cakap kat aku "cikgu, org gie kemah kurang 5kilo..tapi saya naik 10kilo.."..huhu
Pastu ada gak yang cakap "cikgu kita ni bkhemah ker gi pesta makanan"..huhu

Tapi memang seronok la tengok dorang ni makan..paling besh apabila menikmati cekodok cruncie hasil gorengan Cikgu Jamie nie..hehe

Kami juga sangat bertuah kerana kak Kastee telah mengepos lauk-pauk kenduri kawen adik beliau buat hidangan dinner kami malam semalam. Thanks akak... besh!!




Friday, June 25, 2010

Sepatu Buruk Itu

Esok kul 8.30 pagi pergi sekolah untuk perkhemahan..malas betul rasenye nak pergi. Biasenya hari Sabtu adalah hari duk umah dan berjimba-jimba.

Petang tadi plan nak gie banda tuk beli sandal..
tapi apakan daya cuaca yang tidak mengizinkan..hujan turun rintik-rintik. Bukan lebat sangat pun, tapi awan hitam memenuhi langit seolah-olah hujan lebat akan turun. Maka cancel la plan aku hendak kuar tu.

Oleh kerna tak dapat beli sandal untuk pergi camping esok, aku harus pakai jela selipar nose aku yang buruk itu.

-----saya mahu sandal nike itu yer en suami




***sangat tiada mood untuk menulis~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts