P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Sunday, March 31, 2013

Bila April

Assalamualaikum

Esok sudah masuk bulan April....bulan yang 'sesuatu'.... Bila dah masuk April, kira tinggal tak sampai 2 bulan je lagi untuk menghabiskan praktikum ini...senak perut mak nak melalui detik-detik ini. Lelebih lagi bila badan ini sudah berdua..ha...lupa kan nak share dlm blog....rezeki datang lagi...im preg again..alhamdulillah... skang dah nak masuk 4 bulan sudah... :)

Bila dah habis praktikum nanti, harapan ialah tunggu dipostingkan pula....jika dapat posting awal, alhamdulillah... tapi klu dah masuk 2014 belum dipostingkan lagi...masalah besar nampaknya..harap tidak lah begitu kan...InsyaAllah.



Monday, March 25, 2013

Abi tgok la anok mu

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, February 28, 2013

Oppa ..oppa....

Nah abi..spesel buat mu.. esok blik leh jumpa anokk...yeahh

Published with Blogger-droid v2.0.8

Rindu budak suka buli meoww

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, February 6, 2013

Praktikum @Taiping

Setelah sekian lama tidak hapdet kini aku menjelma kembali....tiba-tiba teringat ...kecian belog ku dilupakan... sekarang berada di SMK Doktor Burhanuddin, Taiping....adoii..baru nak tulis lelebih teringat pulak Rancangan Mingguan belum siap ditulis... nyeh-nyeh..

Sila abaikan pipi kemboong dah sy yg semakin sihat walafiat ini...hoho
Jumpa lagi di lain rancangan dan kelapangan :)


Tuesday, December 11, 2012

Tak Lama Lagi


Bila jadual exam dah keluar maka bermulahlah detik-detik persiapan diri ke arah final exam. Dah mula ker? Nota pun tak complete lagi..ada yang belum print....adoii. Teruk betul sems ni. Belajar apa sepanjang satu sems ni pun ingat-ingat lupa gak....parok kan.



Lepas final cuti dalam sebulan ..then bermulalah sesi Latihan Mengajar pula. Draf penempatan dah keluar..aku dapat SMK Datuk Burhanuddin Taiping, Perak. Kesian kan...paling jauh bole g dari Penang ni hanyalah Taiping jek...erm...harap sekolah ni akan kekal lah....paling syok dgr rumors..sekolah LM adalah akan menjadi sekolah posting nanti...ha ambik kau!. Hope itu tidak betuii sama sekali okeh...!


Friday, November 30, 2012

Hujung Minggu di Penang lagi...

Plan untuk balik wekeend ni pada awalnya terpaksa dibatalkan kerana menyedari ada byk tugasan yang belum diselesaikan...ditambah pula dengan kuiz.

Nextweek pasti balik....mungkin lagi awal dari biasa (ponteng...huhu)

Jadual aktiviti aku dan Jue....huhu (abaikan yg hari sabtu ptg ok...hahaha)



Saturday, November 24, 2012

Semester 2 Punya Kerja

Assalamualaikum dan Selamat Senja Semua..

Payah betul sems ni aku nak menulis di blog. Detik kesibukan yang melampau melanda aku dan kawan-kawan di USM semester 2 ini. Meh sini nak listkan beberapa projek-projek grand. Yang kecik-kecik tu tak yah la kot...sebab kang banyak sangat lak...haha

1. Projek Buku DPP 412 (Sistem Pentadbiran Malaysia)

  • Dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dalam 10 orang. Satu kumpulan ambil satu tajuk dah buat sedetail mungkin. Pastu combine la ..jadikan buku.
2. Projek Buku DPP 413 (Sistem Perundangan & Kehakiman Malaysia)
  • Dibahagikan kepada beberapa kumpulan juga. Seriap kumpulan 5-6 orang. Buat cam buku di atas juga.
3. Projek ICT DPP409 (Pengajian Mikro)
  • Kena sediakan slide power point untuk 1 Bab dalam Perdagangan. Nota dalam word. Koleksi soalan yang berkaitan dan akhirnya combine. Satu group dalam 4-5 orang.
4. Analisis Item DPP 406 (Pentaksiran Pembelajaran)
  • Group dalam 5 orang...130 set jawapan pelajar, 40 item soalan.... analisis la sampai siap....huhu
5. Proposal Kajian Tindakan DPP 407 ( Kajian Tindakan)
  • 5-6 orang satu group. Buat proposal kajian yang akan dibuat time latihan mengajar next sems... so kenalah pilih tajuk yang agak-agak releven untuk dibuat. Contoh, jika  buat berkaitan ICT agak-agak boleh tak dilaksanakan di sekolah tu nanti...buatnya sekolah tu tak hebat mana peralatan dorang mau haru lak....huhu. So kena pk di luar kotak yang aku rasa bukan satu kotak, tetapi berkotak-kotak....huhu
Rasanya ini jela projek hebatt sems ini...yang rakaman mikro dan makro teaching, ulasan jurnal, dah subtopik yang prezent dalam cls tu xperlu la di detailkan kot ...sebab itu 'biasa-biasa' aja....hehe

Bagi aku untuk Projek 1-3 sangat bagus sebab boleh digunakan time mengajar nanti. Tak kisahlah sama ada time LM atau pun bila dah posting nanti. Cume time tuh boleh di tokok tambah jek. Kira senang la nanti kan.
Analisis itu tu lak....aii...sekarang mne org gune manual lagi...huhu...sabo jela...tapi ok gak...bole gak blaja bende baru.
Kajian tindakan kn buat time LM tu tak tahan sekali... igtkan praktikal jela...skali dibekal kerja lak..ala-ala time degree aku dulu...praktikal sekali dengan tesis. Tapi sape nak tolong aku key in SPSS nanti ek...? huhuhu...perlu ke? Kalau tak bagus gak...haha

Hurm....dah la...taip ni bole gak ilang stress sikit...sambung stress balik la...huhu...

Rewang time rakaman mikro teaching...huhu

Saturday, November 17, 2012

The Real Hero

Lamanya tak update blog...update laju-laju lah...erm...share pic hero jela...
Hero yang tercedera akibat teruja sangat sujud follow momi solat maghrib pada 11.11.2012 yang lalu maka terantok di sisi katil. Kesian hero...berjahit satu di dahi. 
Syukur tidak mengalami kecederaan yang teruk. 

Pengajaran buat momi dan abi...jaga anak elok-elok yer...jangan cuai lagi. 
Harap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi. Momi syg Adeeb sangat.







Sunday, October 14, 2012

Halloo

Lamanya tak memblog... dah sesak dgn sawang dah rupenyeaa... kesibukan melanda... menjalani hidup sebagai seorang pelajar, isteri, anak dan momi Adeeb. 

Jom layan video Adeeb yang dah boleh berjalan...setahun dua bulan baru boleh jalan.. tak kisahlaa...asal membesar dengan sihat kan :))







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts