P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Saturday, May 26, 2012

Bersarapan Sakan

Walaupun tidur malam tadi jam 3 pagi...tapi bangun pagi tetap awal OK. Dalam pukul 9 pagi aku, Jue dan Julie pergi ke Astaka Taman Tun Dr Sardon untuk cari sarapan pagi. Misi aku untuk merasai kuih serabai.  Naik kerata semalam lagi...sebab pinjam sehari kan...owner die suruh pulang pukul 10.30 pagi.


Kami bukan membeli sarapan tetapi memborong. Aku beli kuih serabai, kue teow sup dan sandwich ayam dan daging special. Sandwich ketam sudah habis. Julie beli nasi lemak, lepat pisang, kuih lopez, karipap..Jue pun beli nasi lemak dan kuih...serta Mila kirim bihun goreng.


Kami tidak makan disitu...tapau..tidak lupa tapau biskut orang jual tepi jalan.


Makanan disitu memang sedap!! Terbaik. Cuma aku tak suke rasa kuih serabai itu sebab ada rasa masam. Tapi yang penting puas hati sebab dah rasa.




Ini baru satu angle...angle lain penuh dgn orang...segan nak ambik gambo...haha


Sandwich ketam habis sudah


Hebat org ni bungkus kue teow, mee dan bihun sup




Budak ni xmandi lgi ok...huhu


Eh saya nampak KURUS!!




Kuih serabai








Kue teow sup terbaikkk! Sambal yg unik


Lepat pisang yang kaya dengan pisang...tak kedekut makcik ni....40 sen satu


Biskut!
** Jap lagi macam nak g jalan-jalan je lagi..huhu




Jalan-jalan Penang

Semalam 25-05-2012 adalah hari pusing Penang. Bersama Julie selaku driver, Jue, Ain , Mila dan aku as co-pilot telah sehari suntuk pusing-pusing sekitar Penang bersama Saga BLM yang disewa untuk sehari. 


Bersarapan roti canai di Restoran Zamrud berhadapan dengan Kompleks Bukit Jambul dan meneruskan misi utama iaitu ke Bukit Bendera. Dari jam 11 pagi hingga jam 2 petang kami di sana. Untuk pertama kalinya dapat jugak aku menaiki keretapi Bukit Bendera...keretapi baru...warna merah putih dulu dah tidak pakai lagi. Seronok juga di puncak...boleh sopin baju, fridge magnet dan minum-minum.


Seterusnya kami ke Perangin Mall...Sopim sikit-sikit je OK. Lunch pun di pizza di situ.


Petang pula ke Carosta...aku dah beli baju raya..yeahhh! (Walau puasa pantang taun lepas pun tak bis ganti lagi..hehe)


Balik bilik semua.


Keluar semula, sopim baju Julie untuk jadi pengapit di Tesco dan bertolak pula ke Uptown Perda di Permatang Pauh (tempak Anwar Ibrahim...hehe)


Balik..lepak2 di tepi pantai depan Queensbaymall hingga pukul 2 pagi.


Jom layan gambar...








Diner di Perda




**Tak cukup sehari untuk jelajah Penang ni...banyak lagi tempat menarik yg masih belum dikunjungi.






Friday, May 25, 2012

Rindu Serindu-Rindunya

Jauh di mata dekat di hati...setiap detik waktu momi ingatkan kamu Muhammad Adeeb Rafiqy .


Dahi luas setelah potong rambut


Suka buat aksi terkejut




Thanks Abi...dpt gak foldover




Thursday, May 24, 2012

Final Exam Akan Tibaaa

Kelas hampir semua sudah habis..tinggal beberapa kelas je lagi perlu dihadiri next week. Lepas tu balik kampung seminggu jaga anok...pastu balik USM semula study seminggu..pastu hari yang dinanti tiba....FINAL EXAM. 


Takut, teruja, gementar...adeh macam-macam rasa. Yang pasti belum study apa-apa lagi sekarang ini. Belum cukup ilmu di dada. Belum mampu bertempur di medan perang lagi.


Jadual Exam

Slip exam yang siap bergambo OK...tapi xcun...huhu





Tuesday, May 15, 2012

Chic chic chicken foldover

Nyum-nyum

Tengok gambar di atas tentu ramai yang dah menikmatinya kan...Aku? Belum ok...entah bila la boleh menikmati foldover untuk keluaran kali ini. Biasanya memang tak boleh miss. Kalau prosperity burger tu aku tak heran sangat kalau tak dapat, tapi kalau foldover ni...uwarghh...bercinta nak lepaskan. 
Kenapa aku tak gi makan lagi? Sebab elaun yang dah 4 bulan masih belum menjelma. Kos makan foldover ini umpama makan 3-4 kali aku ..percaya tak? Inilah hakikatnya. Aku kini telah menjadi orang yang sangat berjimat cermat...kesian en suami kan...nak beli susu anak lagi..pampers anak lagi...macam-macam la. Jika dulu aku boleh suka-suka hati je gunakan duit untuk beli apa sahaja yang aku suka...tapi kini tidak lagi. Aku harus berubah...ewah.
Bila ya elaun nak muncul dalam akaun bank aku ni? Letih dah makan, sopin semua bercatu. Cepatlah muncul..tak pun dapat sumbangan dari abah pun ok jugak...tapi abah mana tau aku xdpt pun elaun lagi. Nak mintak? Jauh sekali la...hehe

***sedapnya kalau dapat makan time bbuke pose nanti


Thursday, May 10, 2012

Jom Camping

Mulai hari esok Jumaat hingga Ahad aku akan bercamping di Kem Palas Titi Hayun, Yan Kedah. Sudah bertahun rasenye tidak bercamping...macam-macam perasaan ada. Tapi kali ini mungkin aku terpaksa tidak menyertai sesetengah aktiviti lasak yang ada atas sebab-sebab kesihatan. Sayang sekali....tapi apakan daya...badan ini nak guna lama lagi.


Apa-apapun selamat merindui aku sebab no hp on dat camping... my luvly heros...i'll miss both of u... :(


Beg da siap bersama 2 pasang kasut dan 2 botol air mineral




Trunki

Acctualy ni momi Adeeb punye kemahuan...haha... Abi nanti bole tak belikan hero hensem kita Trunki ni...macam syok je tarik2 dia klu kat shoppin complex..pastu boleh buh pampers n toys dia kt dalam...peace.. 


Banyak lagi design kat bawah ni...


Wednesday, May 9, 2012

Mengapa perlu meng'UNTA'kan diri?



Aku mengaku pemakaian tudung aku tidak sesempurna mana...tapi di sini mungkin ramai yang sudah tahu..sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan sekali lagi.


Perlu ke pakai inner camni?


Inner budak-budak pun ada..?

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.


* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.





Thursday, May 3, 2012

3 Mei 2012

Lama tak update blog...sian dah hampir bersawang. Hurm..tak tahu nak cita apa...Jom layan gambo..
Masa mule2 beli tgok tokey tu bungkus gini mcam nk gelak pun ada...


Saya gemok kan!
Gambo tuan blog mustila enterprem...ni gambo ms on the way nk dtg Penang 3buln yg sudah...skang???
Tentula lg kembang dari dlm gambo ini...haha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts