P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Friday, May 6, 2011

Keropok Kacang Dhal

Suka makan keropok kacang dhal...sangat sedap...sebenarnya takde idea nak upadate entri ape...maka mari kita share keropok..hehe



Thursday, May 5, 2011

Jamie's Macaron

Aku belum pernah makan pun macaron. Asal dari French. Diperbuat daripada campuran putih telur, gula pasir, serbuk badam, dan pewarna. Mungkin ada bahan lain aku masih kurang pasti. Dan bila siap ia akan di isi dengan lapisan buttercream di tengah-tengahnya. Macam mahu cuba online order jek....ataupun cuba buat sendiri. Sesuai untuk di jadikan hidangan snek :))

Google saja!



Bedung Bayi

Tidak puas menyopin di sekolah...kita sambung bila habis sekolah pulak. Tapi bukan untuk diri sendiri OK...untuk baby pulak. Beli kain untuk di jadikan bedung baby. Kedai kain Kaid Johar menjadi destinasi pilihan. Aku beli 1meter kain dari dua corak yang berbeza..kira dah boleh dapat 2 bedung. 1meter untuk satu bedung. Kain 100% kain cotton flannel sangat sesuai untuk baby lembut dan tidak panas.





Harga 1meter adalah hanya RM6.90 X 2 = rm 13.80 dan campur upah jahit tepi hanya RM 4...jadi jumlahnya hanya RM17.80....SANGAT JIMAT. 
Tapi jika beli online harga mencecah RM14-RM18 sehelai. Belum campur kos penghantaran RM6....HUHU





Booking Tailor

Creepy again..huhu
Tadi masa kat sekola ada akak tuh jual kain. Biasanya aku jarang tergugat tapi bila nampak je warna yang aku cari untuk dipadankan dengan kain baju Melayu en suami iaitu kelabu, maka terus aku rembat. Boleh bayar 3x. Tadi aku dah bayar RM50.00..rasanya minggu depan aku akan settlekan terus. Aku ni jenis yang tak suka berhutang. Tailor pun aku dah booking. So weekend ni boleh hantar tempah. Ukuran ikut ukuran time slim (tak slim pun..haha) yea kak...hehe



Wednesday, May 4, 2011

Kuih Talam

Tiba-tiba...aku teringin hendak makan kuih talam WAN HAJAH HASANAH buat. Kalau dulu masa duduk sebelah rumah wan, wan selalu bagi seloyang kuih talam. Tapi bila duduk jauh dengan wan, dah tak merasa kuih talam wan. Dulu selalu jugak request kat wan nak kuih talam, wan pun akan layan la cucu dia ni...wan pun akan buat.

Suka sangat kuih talam wan sebab : santan kepala tuh lembut jek ( walaupaun aku tak suka kuih-muih yang ada santan di atas, tapi bila kuih talam wan, aku akan makan), wan tak guna pewarna hijau...sebab wan totally guna jus pandan.. sedap sangat...tidak terlalu manis. Ouh tiba-tiba air liurku hampir meleleh keluar...tolonglah....nak tepon dan suruh wan buat segan.....haha



**harap jika kakak atau abangku baca, dia akan bagitau wan....haha


Tuesday, May 3, 2011

Suntikan Kancing Gigi

" Anda juga mungkin diberi suntikan vaksin tetanus, biasanya selepas minggu ke-22, bertujuan untuk melindungi bayi anda daripada jangkitan kancing gigi selepas lahir. Jika anda mengandung anak sulung, suntikan ini biasanya diulang sebulan kemudian. "

Gambar en google

Ya, tadi aku telah disuntik suntikan pertama. Masa kena suntik memang biasa je...taklah sakit sangat. Tapi bila dah petang...bahu aku mulai rasa sakit. Tadi nurse suntik kat bahu kiri. Aku biasa tidur atau baring mengiring belah kiri. Tapi bila dah sakit ni...memang tidak boleh baring atau tidur dalam posisi tersebut. Ada juga aku terbaca yang biasanya akan bengkak dan sakit akan berlanjutan paling lama seminggu. Wah...tak sanggup rasanya. Elok aku cepat-cepat tuam bahagian yang disuntik tadi dengan air panas. Kalau tak mahu bengkak. Mencegah adalah lebih baik kan.... :))

Monday, May 2, 2011

Mari Main Games

Punyalah bosan hari ini. Maka download games kat Myplaycity dan main games sampai tangan naik kebas ...huhu


3 games yang menjadi pilihan hati adalah :


Rainbow Web


Pestering Birds

Turtix

Bila en somi call, cakap men games...kena marah ...die kate "nanti baby pun suka men games " ! 




Sudah 200 Entri


Dalam tidak sedar rupa-rupanya aku telah post sebanyak 201 entri . Rasanya masih belum mencapai sasaran yang di impikan...haha. Pas ni nak target lebih banyak entri..supaya blog ini sentiasa hidup dan meriah dengan kunjungan pembaca dan pengikut setia. Apa-apa pun terima kasih kepada yang selalu singgah dan yang sudi menjengok FESYENABLE WIFE ..

Sunday, May 1, 2011

Kipas Comel

En somi baru je MMS gambar...rupa-rupanya gambar 2 kipas comel. Katanya satu letak dekat stroller dan satu lagi letak kat rocker baby. Nampaknya en somi dah mula dapat aura membeli untuk baby.. Alhamdulillah...saya suka dengan keterujaan itu.. Thanks abang :))



I'm 25 Weeks



Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi. 

Semasa setiap
 lawatan antenatal, doktor anda akan mengambil tekanan darah anda dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing anda. Dengan ini, keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat. 

(Yang sedang aku alami dalam seminggu ini) Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. Berbincanglah dengan doktor anda tentang lain-lain cara untuk menahan sakit. Dapatkan maklumat tentang pemulihan natural untuk jari kebas atau sakit. 

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts