P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Saturday, April 23, 2011

Borong Sakan

Hari ini adalah hari ganti persekolahan..tapi aku tak pergi. Hari ini adalah hari aku dan en suami pergi ke Jualan Gudang Pureen di Petaling Jaya.

Puas jugak mencari lokasi kejadian..tapi alhamdulillah kami berjaya ketemu juga dengan bantuan en GPS dan Google Maps. Tiba di sana lebih kurang 10.30 pagi setelah jenuh mencari parking yang akhirnya kami terpaksa menapak sejauh 500 meter tapi tak kisahlah kan...asal boleh memborong. Time kami tiba, orang jangan cakap la, memang lautan manusia.. nak dapatkan barang pun susuh. Banyak barang yang kami rembat jek masuk soping beg. Paling tensen berebut baju baby...tapi dalam tak sangka tuh, balik-balik rumah ada dekat 10 pasang baju kami dapat. Belum kira seluar dan baju yang tak sepadan...huhu. Memang seronok la merasai pengalaman hari ini. Berebut dan berpeluh-peluh untuk bayar. Tapi hasilnya boleh rujuk gambar...memang sangat berpuas hati maklumlah hampir-hampir mencecah RM600...huhu.

Selain memborong di situ. Kami juga sempat singgah di Tesco Shah Alam dan Empire Shopping Gallery Subang Jaya untuk mendapatkan Fisher Price Rocker yang tiada sale...huhu





Pemborongan Pureen


Hasil pemborongan hari ini :))


Tuesday, April 19, 2011

Masuk Hospital Lagi

Gambar sekadar hiasan
Kembali ke rumahku syurgaku setelah 4 hari check in di HOSHAS. Segar dah kembali bermaya rasanya setelah mengalami demam panas 40 darjah celcius... Jika time tidak berbadan dua, demam macam manapun makan ubat dan tahan gitu je pun takpe. Tapi bila dah mengandung ni, keadaan baby dalam perut ni tetap kena pikirkan.


Alhamdulillah, semalam sebelum keluar hospital, bila scan tengok baby lega rasa bila tengok dia tetap aktif macam biasa. Dah 3 hari ni aku dah boleh rasai perutku di tendang-tendang. Dalam sehari banyak kali jugak lah aku kena kick. Seronok rasanya...bila terasa ada bende dalam perut ni bergerak-gerak.

Perubahan lain ialah aku dah mula terasa semput bila berjalan...dah terasa dah berat bawa perut ni..tapi tak kisah, bawa baby ku yang tersayang ni..

***berat turun lagi 3kg...oh no..no..

Thursday, April 14, 2011

Al-Fatihah Untuk Atok

Selasa baru-baru ini kami seisi kelurga saudara mara telah kehilangan insan yang bergelar Atok iaitu emak kepada  abahku. Atok meninggalkan kami setelah lama terlantar uzur dan sakit tua. Tepat jam 3.00 petang, doktor telah mengesahkan bahawa Atok telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga roh Atok ditempatkan di kalangan insan-insan yang beriman..Amin...


Dalam ic tahun lahir Atok adalah 1924 tetapi  yang sebenarnya adalah 1917..so skng dah 94 tahun

Monday, April 11, 2011

Mohsin Comel

Sesi menjaga anak my besprend iaitu Che dalam 30 minit adalah detik yang sungguh mendebarkan. Haha...bayangkan dalam masa sependek itu sampai naik lenguh aku duk mendodoi dia..dah la 2 botol susu selesai disuap..bermacam2 zikir serta lagu telah ku dendangkan tapi apakan daya Mohsin tetap juga menjerit..haha.. Mungkin Che mandi n solat pun tak tenang bila dengar jeritan anaknya itu.

Adeh, macam manalah agaknya bb sendiri nanti ek...harap-harap bisa di handle dengan jayanya oleh aku lebih-lebih lagi saat en somi tiada di sisi.

Wajah Mohsin setelah tidak menjerit lagi..comel kn!!



Krushers Tak Sedap Pun!





Sabtu baru ni lepas je sekolah ganti terus mengajak en somi untuk ke Jerantut..Mujur en suami sanggup melayan dan mendrive selama lebih kurang 1 jam. Maklumla KFC Temerloh/Mentakab takde pulak jual benda alah ni...mungkin takde space dah nak masukkan kaunter khas Krushers ni. 

Aku telah Mocha Krunch dan Kookies n' Kream

Thursday, April 7, 2011

Saya takut!!

 Saya takut. Saya juga tidak kuat untuk menghadapi ujian ini. Apa yang termampu menangis dan berdoa agar ianya tidak ................masih tidak kuat untuk share di sini.
















Wednesday, April 6, 2011

Senyum

Hari ini setelah berdatim dengan en doktor, aku boleh pulang dengan senyuman yang sangat manis. Ini adalah kerana arini aku tidak memperoleh sebarang tulisan berdakwat merah. Alhamdulillah, HB aku dah naik menjadi 12.3. Kenaikan yang sangat drastik setelah 4 bulan di tahap 10.0+ sahaja. Ini mungkin adalah hasil pengambilan Vitamin C. Syukur sangat-sangat. Doktor pun senyum je dekat aku sambil mengucapkan 'Bagus' padaku. BSP ok, BP pun ok gak 110/70.

Tadi doktor ada tanya adakah aku telah merasa kick dari bb? Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Adakah aku masih tidak perasan atau adakah lapisan dermis dan epidermis aku terlalu tebal hingga aku tidak boleh merasai kesyokkan tendangan itu? Tapi hasil scan tadi...bb sangat aktif menendang....doktor pun suka je tengok aksi si comel di dalam perutku itu.


Tuesday, April 5, 2011

TensiOt

Esok nak datim dengan en doktor...tapi harap doktor tak marah saya jika darah saya naik. Saya tension sangat malam ni dengan kerenah manusia.


Monday, April 4, 2011

Nobody versi Dato' Siti Nurhaliza

COMEL!!



Bintang Paling Popular 2010

Tahniah buat Shaheizy Sam atau lebih dikenali sebagai Adnan Sempit..akhirnya berjaya mengondol hadiah utama ABPH 2010 .





Saja nak buat entri ni tuk naikkan traffic...huhu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts