P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Wednesday, March 16, 2011

Oh Stretch Mark Begini Rupanya!

Bila mengandung..sesetengah wanita atau semua wanita yang hamil akan mengalami stretch mark atau rekahan pada perut akibat pembesaran perut ketika mengandung.


Sebenarnya aku tak tahu pun cmne rupa stretch mark ni..maka bermula lah pencarian...tadaa.a..a. oh begini rupanya. Rasanya masih belum muncul lagi kat perut aku ni...adakah mungkin sebab kepoyoan aku awal-awal lagi dah sapu Pureen Stretch Mark Lotion dia xmuncul? Atau masih belum masanya....agak ngeri melihat gambar-gambar itu.







Balik Kampung Yang Seru

Seronok dan puas rasa hati dapat pulang ke kampung halaman en suami setelah 6 bulan lamanya tidak pulang. Bukan sengaja tidak mahu pulang ke sana yea...cume mengikut nasihat doktor sahaja. Selama 4 hari disana, masa kami terisi dengan padatnya. Sesampainya di sana, kami terus menghadiri majlis perkahwinan kawan sekelasku Fetty di Batu Buruk. Di situ juga bertemu Cema yang dah sarat memboyot...bulan 5 nanti masa beliau untuk melahirkan akan tiba.




Selain masa bersama famili...kami juga tidak melepaskan peluang untuk shoping. Sakan aku membeli di pasar payang. Antara barang yang dirembat adalah seperti narita, kaftan, kain pasang, baju, skirt, makanan, buah-buahan, jeruk dan yang paling tidak sangka untuk pertama kalinya barang tuk bb dibeli...set tilam dan sarung kekabu. Sebelum ni biasa tengok online jek..ikutkan harga online mencecah lebih kurang RM120. Tapi di Pasar Payang set tilam RM 55 dan sarung dia RM 35..tapi yang membuatkan aku terus membeli bila makcik yang jual tuh kasi aku RM45 untuk set tilam bersama sarung....maka nak tunggu apa...rembat jela kan. Jimat tuh...tapi kot2 memang gitu harganya..aku je yang teruje telebih. Tak kisahlah...:))

On the way balik sini semalam singgah pulak di Mesra Mall dan secara tidak sengaja boleh pulak terjumpa Nad & Ibtihaj yang cumeii tuh. Di Mesra Mall, masuk Toy's R Us dan tengok harga Fisher Price Rocker xdop sale....bila ek nak ada sale....mau rembat 1...hehe













Tuesday, March 8, 2011

Tips Memilih & Membeli Baju Mengandung.

Biasanya baju mengandung tak perlu dibeli sewaktu diawal kehamilan (masa kandungan bawah 5 bulan) sebab masa ni perut tak besar lagi. Bagi wanita melayu, biasanya masa ni lah banyak pakai baju kurung terutama masa pergi kerja sebab baju kurung longgar dan selesa dipakai. Cuma bahagian pinggang kain lah nak kena adjust sikit sebab tak boleh nak letak cangkuk. Tapi anda boleh letak pin baju (seeloknya pin yang besar macam pin lampin bayi tu…) supaya kain tak terlondeh.

Untuk membeli baju mengandung, ada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan :
  1. Seeloknya pilih baju yang dibuat dari kain kapas. Semasa mengandung badan mudah terasa panas. Ditambah pula dengan cuaca negara kita yang sememangnya panas. Jadi seeloknya anda pilih baju yang mudah menyerap peluh untuk keselesaan.
  2. Kebanyakan fesyen baju sekarang ni jenis yang besar dibahagian perut. Ini adalah satu kelebihan kerana selepas habis tempoh mengandung nanti anda masih boleh memakai baju yang sama. Cuma mungkin fesyen ni bertahan beberapa tahun saja. Almaklumlah fesyen baju sentiasa berubah-ubah. Tapi apa salahnya, esok-esok bila anda hamil lagi, boleh pakai baju yang sama balik.
  3. Pilih baju yang longgar kerana perut anda akan makin membesar nanti. Elakkan dari memilih baju yang ngam-ngam je boleh pakai waktu beli tu.
  4. Untuk seluar, seeloknya pilih seluar yang berwarna gelap untuk mudah dipadankan dengan mana-mana baju
  5. Juga, untuk seluar elakkan dari memilih seluar yang ketat dan menekan dibahagian perut. Cuba dapatkan seluar yang bahagian pinggangnya boleh diubah sama ada untuk ketat atau untuk dilonggarkan
Pesanan akhir saya, elakkan dari membeli baju mengandung yang banyak. Jumlah koleksi terbaik ialah cukup untuk pusingan seminggu. Bukan apa, biasanya bila anda mengandung lagi nanti, anda tetap rasa nak beli baju mengandung yang baru jugak. Ditambah pula tempoh anda memakai baju mengandung biasanya cuma antara 5 ke 7 bulan saja. Lepas tu, semua baju ni akan disimpan dan hanya akan dikeluarkan apabila anda hamil lagi.

Apatah lagi, banyak lagi persediaan lain yang perlu anda sediakan seperti kelengkapan bayi, bajet untuk kos dan rawatan bersalin di hospital, ubat bersalin, bengkung, pam susu, bajet untuk rawatan mengurut selepas bersalin bla…bla..bla….

Totally di copy dari sini


Monday, March 7, 2011

Mohd Fauzy :Cinta Sejati Ku

6ixth Sense - Cinta Sejati

Tak ada yang bisa memahami seluruh rinduku
Selain dirimu yang tlah menyelami
Samudera hatiku ini

Tak ada yang bisa mengerti seluruh jiwaku
Selain dirimu yang telah menggenggam
Seluruh jiwaku ini

Bridge
Sejauh mana pun kau pergi
Tak kan jauh
Dari hatiku ini…

C/O
Kaulah cinta sejati dihatiku
Hingga nanti kumati
Kaulah cinta abadi dijiwaku
Hingga akhir hayatku nanti…







InsyaALLAH

Sebelum ni lagu Insya Allah versi asal aku takla berapa layan. Tapi bila dah kuar versi Melayu ni rasa telah jatuh cinta dengan suara Maher Zain ini...Meh nyanyi sama-sama:



Friday, March 4, 2011

Perut Kena Tendang !!


Semalam masa attend sesi dialog bersama YB Dr. Mohd Puad Zarkashi terjumpa la orang kampung yang duduk berhampiran dengan rumah aku. Dia sekarang dah pregnant 4 bulan 2 minggu. Perut dia dah jelas kelihat membulat. Aku ni yang dah 4 bulan 3 hari masih lagi tidak kelihatan perut. Tengah2 malam terjaga time tido mula la aku terpikir macam-macam...bagaimanala keadaan bb kt dalam ni sekarang. Risau lak tiba2. Tak sabar nak tunggu datim dengan doktor 9.3.2011 nanti. Doktor nak 
scan..so buleh la tau  pkembangan bb kat dalam. 


Ada orang kata perut aku tidak nampak sangat sebab aku berbadan besar dan tinggi..lebih-lebih lagi anak sulung.  Satu lagi yang membuatkan aku tertanya-tanya ialah bila la aku buleh rasa bb bergerak dan menendang. Kawan-kawan aku cakap dia time 4 bulan dan buleh rasa. Ke kulit perut aku tebal sangat..huhu......


Dop tau pung..

Klik gambar untuk lebih jelas

En suami...sila la pekenalkan kepada saya apa saja makanan di atas yer...saya amat berminat untuk mengetahui dan mungkin merasainya...hehe


Wednesday, March 2, 2011

Tempoh Bayaran Saman Trafik Dilanjut

"Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai semalam hingga 10 Mac ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan di Putrajaya hari ini."






Sikap masyarakat yg suka tangguh2...ni dah lanjut masih ada yg xnak settle tak tahulah nak cakap ape dgn sikap org yang cm gini !

DPLI Intake Julai 2011

Pemohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah telah keluar dan akan tutup pada 14 Mac 2011. Rasanya aku tak perlulah bazirkan RM20.60 untuk membeli no pin kali ini. Hendak mencuba tidak salah, tapi kang kalau lepas ujian...then layak pulak gie interview pastu dapat pulak tak ke saja je tempah kekecewaan bila tidak boleh untuk daftarkan diri ke U. So baik tak payahkan.

Apa-apapun selamat memohonla ek kepada sesiapa yang berkenaan...Saya tidak akan mmenyibokan server :))


Klik disini untuk keterangan lanjut

He Pregg Too

Nothing new to share...hanya 2 gambar yang penuh erti :))




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts