P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, October 14, 2010

Ada Apa Dengan Maher Zain ?

"Bayangkan tiket-tiket untuk menyaksikan persembahannya, Save The Soul pada di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor, malam ini dan esok sudah habis dijual.
Semua itu berlaku hanya dalam tempoh seminggu sebaik sahaja tempahan dibuka pertengahan September lalu" - UTUSAN ONLINE



Bila aku terbaca artikel dari utusan di atas, aku mula tertanya-tanya. Mengapa ramai sangat yang fanatik dengan Maher Zain ni? Sebelum ni aku ada menonton Berita Utama TV3 yang Proton siap taja sebuah kereta Persona elegent ke apetah untuk urusan konsert rasminya di Malaysia. Memang aku tahu itu mungkin strategi Proton untuk menjadikan Maher Zain sbgai duta produk bila masuk Asia Barat...Maher Zain kan berasal dari sana.

Apalah istimewanya Maher Zain ini ya dari kacamata peminatnya...? Jom kita layan video klip  Insha Allah dari Maher Zain.





Wednesday, October 13, 2010

GSTT Diserap

Kementerian kaji serap lebih ramai guru sandaran


12/10/2010 12:56pm
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran sedang menjalankan kajian khusus untuk memastikan lebih ramai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dapat diserap ke jawatan guru tetap, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian tersebut dijangka disiapkan dalam masa terdekat kerana kementerian menyedari terdapat ramai GSTT yang layak untuk menduduki jawatan tersebut.

Beliau berkata, kementerian juga masih meneruskan program penyerapan melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM).

"Walau bagaimanapun tidak semua daripada 12,546 GSTT di sekolah rendah dan menengah yang ada pada masa ini boleh diserap kerana pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan syarat-syarat tertentu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. - Bernama
Utusan Online

Sesungguhnya aku sentiasa mengharapakan penyerapan ini menjadi kenyataan kerna aku adalah seorang GSTT yang telah 3 tahun pengalaman mengajar...klu jadi cikgu betui tuh dah sah jawatan dan boleh ambik PTK dan seterusnya naik DG...haha

Tuesday, October 12, 2010

Kesangapan 18SX + SG = UMUM ??

Dulu mungkin sekadar ingin mencuba, tapi sekarang aku pulak yang terjebak dan telah ketagih.

Bagaimana? Mengapa? Kenapa harus aku yang terjebak? Persoalan inilah yang mula bermain-main di benakku ketika ini. Jangan terkejut pula apabila membaca tajuk dan statement di atas. Jangan mudah bersangka buruk yea...sabo.
Ekceli aku nak membicarakan tentang ketagihan aku terhadap FACEBOOK. Jika dulu aku hanya menggunakan laman sosial seperti Friendster dan Myspace jek..tapi semenjak dah mengenali facebook, aku seolah-olah telah buang jauh fs dan ms. Mungkin jika mintak aku login aku dah lupa passwordnye kot.



Mengapa aku suka facebook atau jika di Melayukan menjadi 'muka buku'?

- Ramai kawan aku guna
- Aplikasi yang mudah digunakan
- Mudah dapat news tentang kawan-kawan (melalui status dorang yang terlalu cepat update)
- Boleh tag gambar dan komen
- Mudah untuk aku update dengan isu semasa (akhar yg guna fb cth Berita Harian)
- Boleh baca 'share' atau tgok video yang org lain kongsi (ilmu)
- Jimat duit aku tuk msg kawan-kawan (via celcom sms- RM0 charge)
- Boleh connect dengan sedara mara (yang pada alam realitinya tak bercakap sangat bila jumpa..tapi kat fb komen tak hingat)
- Boleh jumpa kawan-kawan lama
- Senang untuk sopin  ( Ramai yang jual brg kat fb ..aku suke beli tudung/shawls)
- Boleh berkebun secara maya..FARMVILLE  (hakikatnya aku bukan suka sangat berkebun)

Wah agak banyak sebab yang aku kata facebook ni berguna pada aku nampaknya. Tapi aku juga tak nafikan yang facebook nie kadangkala MELALAIKAN aku...aku sanggup cut masa rehat aku semata-mata untuk berfacebook. Bukan itu saja....malah banyak kerja-kerja aku yang tertangguh .

Walau bagaimanapun.....baik buruk sesuatu bende tuh bergantung pada diri kita sendiri jugak. Kita yang harus pandai menilai dan menggunakannya.


 ***Jangan terkejut dengan tajuk...saja bikin gempak ...sowi..


Monday, October 11, 2010

Tudung Banyak

Sabtu bebaru ni aku telah pergi KL dengan menaiki bus jam 7.30am. Orenzku di tinggalkan bersendirian di sebelah The Store. Sesampainya di Pekeliling aku di sambut oleh en suami yang tersayang..pastu trus gerak ke Jalan TAR. Sopin time!!! Tapi macam tak puas jek coz en suami sangat penat...aku pun sama gak. Lenguh kaki berjalan...tapi barang pun bukannya banyak sangat pun. Siap boleh lepak2 kat tangga depan SOGO tuh coz dah tak tahu nak pergi mana...tiket bus balik kul 4.00pm.

En Suami yang telena kepenatan
 Di bawah ini adalah hasil pemburuan selama beberapa jam di sekitar Jalan TAR dan SOGO.



Online KPLI -Selamat Memohon

Klik link di bawah untuk ke permohonan KPLI-SR & KPLI-j-QAF


.::Aplikasi Permohonan Dalam Talian KPLI-SR::.

Klik gambar untuk KPLI





Friday, October 8, 2010

Jom Pergi Universal Studios Singapore

Resorts World Sentosa- Universal Studios Singapore Movie Theme Park








Jumaat Menyeronokkan

Jumaat datang lagi....yeah! Saya sangat suka hari Jumaat. Rasanya bukan saya saja yang suka, tentu ramai lagi macam saya.

Mengapa suka hari Jumaat? Saya suka Jumaat kerana :

1. Balik pukul 12.00tgh..balik sekolah boleh tidur..
2. Petang Jumaat bole gie pasar malam Chatin atau Kuala Krau
3. Bole gie berjimba-jimba after skol, window shopping etc.
4. Kelas satu je, so masa free banyak
5. Kat sekolah rezeki murah, biasenya aktiviti makan-makan.
6. Lebih tenang dari hari-hari lain.
7. Suamiku akan balik, tak balik hari ini, beliau akan balik esok hari Sabtu...yes..yes...(ini yang paling utama sebenarnya)

Malam tadi misi memasak nasi lemak, ada peningkatan...so berani la jugak tuk tapau tuk kawan-kawanku sekerjaku.. Tapi aku masih failed masak nasinya...nyeh2.





Sunday, October 3, 2010

Saya menang

Alhamdulillah coretan cuti di Melaka berjaya mengondol hadiah saguhati dari Giveway Cik Bihah. Sonoknya..hehe

Saturday, October 2, 2010

Jamuan Raya Bebudak 1 Maju


Doktor sakit tak??

Petang Jumaat semalam, aku telah bertemu dengan seorang doktor gigi iaitu Dr Liew. Lokasi klinik beliau adalah bersebelahan dengan kedai gambar Fujifilem di Lurah Semantan Temerloh. Pesakit time aku tiba tu adalah 2 orang je sedang tunggu turn. Tidak lama kemudian tibalah giliran aku untuk masuk bertemu Dr Liew. Dap dip dup jantung aku time tuh....maklumla dah bbrapa tahun tidak ketemu doktor gigi. Kali ni pergi gara-gara gigi depan aku serpih dalam 1/4 bahagia..agak-agak rongak la gak..haha. Dr Liew kata gigi aku harus di masuk besi utk mengukuhkan simen bila di simen nanti. Ala macam orang buat tiang rumah, harus ada besi ceracak tu dulu sebelum dipasang konkrit. Soalan cuak aku kepada Dr Liew " Sakit tak?"...die kate 'Tak'....lega!!

Lebih kurang 30minit gigi ku di operate, akhirnya segalanya berjalan lancar. Hari ini aku boleh kembali ke sekolah dengan senyuman yang sangat ikhlas dan tidak perlu tutup dengan tangan lagi bila nak bercakap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts