Assalamualaikum dan Selamat Senja Semua..
Payah betul sems ni aku nak menulis di blog. Detik kesibukan yang melampau melanda aku dan kawan-kawan di USM semester 2 ini. Meh sini nak listkan beberapa projek-projek grand. Yang kecik-kecik tu tak yah la kot...sebab kang banyak sangat lak...haha
1. Projek Buku DPP 412 (Sistem Pentadbiran Malaysia)
- Dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dalam 10 orang. Satu kumpulan ambil satu tajuk dah buat sedetail mungkin. Pastu combine la ..jadikan buku.
2. Projek Buku DPP 413 (Sistem Perundangan & Kehakiman Malaysia)
- Dibahagikan kepada beberapa kumpulan juga. Seriap kumpulan 5-6 orang. Buat cam buku di atas juga.
3. Projek ICT DPP409 (Pengajian Mikro)
- Kena sediakan slide power point untuk 1 Bab dalam Perdagangan. Nota dalam word. Koleksi soalan yang berkaitan dan akhirnya combine. Satu group dalam 4-5 orang.
4. Analisis Item DPP 406 (Pentaksiran Pembelajaran)
- Group dalam 5 orang...130 set jawapan pelajar, 40 item soalan.... analisis la sampai siap....huhu
5. Proposal Kajian Tindakan DPP 407 ( Kajian Tindakan)
- 5-6 orang satu group. Buat proposal kajian yang akan dibuat time latihan mengajar next sems... so kenalah pilih tajuk yang agak-agak releven untuk dibuat. Contoh, jika buat berkaitan ICT agak-agak boleh tak dilaksanakan di sekolah tu nanti...buatnya sekolah tu tak hebat mana peralatan dorang mau haru lak....huhu. So kena pk di luar kotak yang aku rasa bukan satu kotak, tetapi berkotak-kotak....huhu
Rasanya ini jela projek hebatt sems ini...yang rakaman mikro dan makro teaching, ulasan jurnal, dah subtopik yang prezent dalam cls tu xperlu la di detailkan kot ...sebab itu 'biasa-biasa' aja....hehe
Bagi aku untuk Projek 1-3 sangat bagus sebab boleh digunakan time mengajar nanti. Tak kisahlah sama ada time LM atau pun bila dah posting nanti. Cume time tuh boleh di tokok tambah jek. Kira senang la nanti kan.
Analisis itu tu lak....aii...sekarang mne org gune manual lagi...huhu...sabo jela...tapi ok gak...bole gak blaja bende baru.
Kajian tindakan kn buat time LM tu tak tahan sekali... igtkan praktikal jela...skali dibekal kerja lak..ala-ala time degree aku dulu...praktikal sekali dengan tesis. Tapi sape nak tolong aku key in SPSS nanti ek...? huhuhu...perlu ke? Kalau tak bagus gak...haha
Hurm....dah la...taip ni bole gak ilang stress sikit...sambung stress balik la...huhu...
|
Rewang time rakaman mikro teaching...huhu |