P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Saturday, March 24, 2012

Weekend With Hero

Cuti hujung minggu kali ini agak tenang coz dapat spend time dengan dua hero. 
Esemen yang banyak tetap juga dibawa pulang...tapi hanya mampu buat sikit-sikit jek untuk sedapkan hati...huhu. 
Hero kecik dah semakin besar...
Esok malam balik Penang semula...lagi dua minggu sems break seminggu lak...pastu struggle lagi...final exam then cuti 3 bulan sampai raya. 
Seronok je bila pikir cuti...tapi untuk menempuh hari-hari sebelum cuti ini ...uwaa...x sanggup rasa.


Tabahkan hambaMu ini Ya Allah...amin...







Saturday, March 17, 2012

Finger Foods for Adeeb



Nextwek jika berpeluang untuk balik Temerloh agenda utama adalah untuk membuat stok finger foods untuk hero kecik. Hero dah nak masuk 8 bulan ...gigi pun dah ada. Momi da ada resepinya yang di ambil dari HSFFYB .


atau boleh tengok terus SINI

Again and Again

Semalam setelah hampir setengah hari berkampung di library Pusat Islam dan PHS1 aku dan Kak Intan menuju ke Georgetown untuk sekali lagi makan nasi kandar Line Clear. Sebelum ni dengan en suami. Kini teman Kak Intan lak untuk merasa nasi kandar femes ini. Dulu aku pilih nasi putih kali ni try nasi beriani dia pulak. Wah kali ni campuran kuah kari sedikit berapi berbanding dulu. Kitaorg sampai di tempat kejadiah lebih kurang 2.30 petang. Time tuh org baru pulang dari menunaikan solat Jumaat. Maka panjang la barisan itu...hampir 20 minit jugaklah kitaorg beratur di kepanasan cuaca semata-mata untuk menikmati nasi itu. Tapi tak kisah sebab aku tahu hasilnya nanti aku tentu akan berpuas hati dengan rasanya.



Sebelum balik kitaorg ke Queensbay Mall pula...sopin time. Banyak jugak la yang aku sopin tak lupa untuk hero kecik yang jauh di mata kasut n food jar jenama Thermos gambar spongeBob yang menjadi idaman hatiku sejak dulu lagi. Pas ni hero momi bule bawa bekal guna jar yang lebih kecil dari yang sekarang yang gabak itu. Tak sabar juga untuk tengok anak momi pakai kasut baru. Tadi tunjuk kat abi kat video conf. abi pun suka...cuma abi kata awat tak beli 'nike'..adehhh...itu abi yg kena beli ok...momi sgt saving sekarang...huhu.

Tuan punya blog haruslah interframe kan...(abaikan lokasi)


Thursday, March 15, 2012

Laksa Janggus, Balik Pulau

Orang kata duk Penang tak sah jika tak pekena nasi kandar, pasembor dan laksa Penang. So petang tadi pas selesai mencari bahan kat perpustakaan awam Balik Pulau aku, Kak Intan dan Jue pun memulakan misi memburu laksa yang org panggil 'Laksa Janggus' setelah mendapat gambaran lokasi dari librian di situ. Dia kata kalau nampak kereta banyak tepi jalan macam orang kenduri tuh situlah tempatnya. Memang benar seperti yang dia bagitau...memang banyak lak kereta..orang pun agak ramai.


Laksa janggus ni aku rasa kuahnya agak manis. Kuah tak pekat dan tak cair sangat. Kira sedang-sedang la. Oklah..kire pasni kalau orang tanya dah makan belum...aku boleh kata dah la kan. Tapi nak gie untuk makan lagi tuh mungkin tak kot ..










Wednesday, March 14, 2012

Momi Rindu Adeeb

Hari ini momi penat sangat. Kelas pukul 9-11pagi...pastu sambung dengan discussion...3-5ptg kelas lagi...6-7 kelas tutorial..8-10 mlm kelas lagik. So momi xsempat videocall Adeeb...Momi rindu la :(











Sunday, March 4, 2012

Makan di USM

Kehidupan seharian kita pasti tidak lengkap tanpa aktiviti makan-makan. Sudah masuk minggu keempat di USM aku rasanya sudah boleh menyesuaiakn diri di sini terutamanya apabila tiba waktu makan. Jika ada kesempatan Cafe di Desasiswa Indah Kembara pasti menjadi pilihan utama. Mengapa...? Sebab di situ terdapat pilihan makanan yang pelbagai dan sebab utama kerana harganya murah.


*
*
*
*
*
RM 2.40
RM 2.90
RM 2.20

Sepupu laksa Janggus RM 2.00 pasar malam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts