P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Tuesday, January 31, 2012

Pumpkin vs Butternut Squash



Tadi buat puree labu sikit. Tapi rasa dia tak manis la. Tak macam sweet potato or pear. Agaknya Adeeb nak makan ke tak nanti ?

Teringin jugak nak try butternut squash...tapi kat mana yer ada jual area Temerloh Mentakab ni. Dalam BM org panggil apa yer?

Mungkin rasa dia lbh sedap kot compare to labu.

Published with Blogger-droid v2.0

Mamam

Aksi makan terbaru... kali ni try makan bubur beras perang + puree pear. Sambil makan terkentut-kentut lak...macam-macam. Nampaknya pear pun Adeeb suka :))





Monday, January 30, 2012

10 Hari

Hanya tinggal sepuluh hari sahaja lagi untuk kaki ini melangkah pergi. Setiap detik tidak akan ku sia-siakan bersama denganmu anak momi sayang .. :))


Friday, January 27, 2012

Wajah Anak Momi

Pasti dirindui

Thursday, January 26, 2012

Purple Sweet Potato

Hari ini masuk hari keempat Adeeb makan bubur nasi + puree purple sweet potato. Nampaknya dia sangat menggemarinya. Sama gak dengan sweet potato yg warna kuning kehijauan arituh.


**mkn jam 12tghri n 6ptg


Published with Blogger-droid v2.0

Wednesday, January 18, 2012

Persiapan Bermula

Sekarang aku dah mula melakukan persiapan untuk masuk U semula.


Tadi semangat nk tulis...ttibe mls lak. Biar gambar jela bercerita.


Published with Blogger-droid v2.0

Wednesday, January 11, 2012

Adeeb's Wishlist

Prefer yg ni compare to the  classic walker

Senang nak ltk biskut

Wajib ada...air n makanan

Senang nak bawa bekal ke rumah BS

Isap ni lagi bagus dari botol susu


Actually mommy wishlist...hoho....so sape yg boleh diharapkan untuk dapatkan semua ini..? Tentulah Adeeb punya Abi...dan klu ada yang lain sudi...i like!!

Semua ini boleh terdapat di mybbstore.com


Tuesday, January 10, 2012

Jom Masuk U Lagi

Hari ini dapat tahu yang pendaftaran ke USM dipercepatkan seminggu awal iaitu pada 13 Februari 2012. Tiba-tiba rasa cuak. Hanya tinggal sebulan je lagi untuk aku bergelar pelajar semula selama lebih kurang 18 bulan. 


 Copy dari FB :  DPLI-USM 2012/2013 (GSTT)


Selain persiapan untuk masuk U, aku juga perlu memikirkan persiapan untuk Adeeb sebelum aku tinggalkan Adeeb di bawah jagaan kakak aku Acik. Yang paling utama bekalan makanan untuk Adeeb sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan. Bekalan makanannya tentulah puree dia untuk dicampur ke dalam bubur nasi. (kurma, carrot, labu, pear etc ) (oat + beras pun harus diblend siap2)


HSFFYB
(Homemade Solid Food For Your Baby)


Masa semakin singkat juga untuk aku bersama Adeeb....uwaaa... nak nangis rasa.


A for Apple

Budak comot

Hari ini aku bagi Adeeb try makan bubur nasi halus yg dicampur dengan seketul puree epal. Nampaknya dia reject menu kali ini. Huwaa...aku rasa epal itu ada sedikit rasa masam. Mungkin dia tidak suka rasa masam itu. Aku dah beli epal 'Red Delicious"...tapi pelik masam gak.







The Best Apples for Baby Food
“The best apples for making baby food are those that are naturally sweet – this, of course, avoids the need for extra sweeteners in your recipes.
Some of the sweetest apples are:-

  • Red Delicious
  • Golden Delicious
  • Braeburn
  • Honeycrisp
  • Gala
  • Empire (great for applesauce as it tends to go a lovely shade of pink!)


Apples that are more tart in flavour – and that you may wish to avoid in the early stages – include
  • Granny Smith
  • Pippin
  • McIntosh
  • Russet
  • JonaGold





Monday, January 9, 2012

Nyum nyum



Maaf kualiti video kurang memuaskan..huhu

Puree Adeeb



Cara aku membuat puree utk Adeeb ( cth epal merah/sweet potato) :

- Kupas kulit, potong kecil dan stimkn selama 10minit

- Blend dgn sedikit air

- Letak di dlm baby cubes/bekas air batu

- Bekukan di dlm peti sejuk

- Bila dah beku, rendam baby cubes dgn air utk memudhkn puree tanggal dari bekas

- Masukkan ke dlm plastik berseal utk pastikn ksegarannya dan mjimtkn ruang juga

- Jangan lupa label...puree tahan selama 6 bln bila dibekukan

»» Aku akan campurkn seketul puree bila masak sesudu beras yg diblender terlbih dahulu utk memberikn rasa. No sugar n salt added ok :))

»» Puree boleh jg dmkn bgitu shj bila dcairkn.

******* Aku pun suka puree....sedap!

Published with Blogger-droid v2.0

Solid Food

Memandangkan masa untuk bersama Adeeb semakin suntuk, aku decide untuk start awl bgi solid food kpdnya. Nanti aku tak jadi org yg pertama mnyuapkn solid food kpd dia. Haha...


Sebelum aku buat kptusan untk bg dia mkn..aku perhatikn dulu sama ada dia dah boleh mnelan atau belum. Aku ambik sedikit pisang emas...lenyek2 dengan jari suap terus kpdnya. Terus dia telan dan nganga mulut lagi. Lgpun kepala dia dah boleh tegak sendiri terutamanya ketika meniarap. Selain itu, aku dah mula bgi dia susu formula so afdal jela aku bgi mkn skali..maka 5buln 2minggu da mkn...tak dan tunggu 6 bln. Sorry adeeb...mommy terlalu teruja dan terdesak.


Apa yg Adeeb mkn ?

» Bubur nasi dari beras yg diblender terlebih dahulu

» Puree  : Avacado, sweet potato, dan pisang emas....(pear akan cuba pasni)

** semua ini mmg sesuai dgn baby 4-6 months old berdasarkn kajian.


Published with Blogger-droid v2.0

Thursday, January 5, 2012

Adeeb & Buku

muke ngade

Sekarang Adeeb sangat suka bermain dengan buku baru nya. Suka sebab boleh tengok muka sendiri pada cermin yang terdapat pada buku tuh...dan bila dah lama sikit buku itu akan disuap ke dalam mulut. Basah lenjun dibuatnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts