P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Saturday, October 29, 2011

Nasi Minyak 30 Minit





Tadaa...inilah hasil nasi minyak dalam masa 30 minit sebelum Adeeb bangun tido...haha...Kekurangan disini ialah kismis dalam nasi minyak turun warna...rupa nasi cam kerak yang hangus lak. Sambal belacan pucat sebab ada cili hijau jek dalam peti. Apalam hampir rentung sebab baru 1st time try goreng...rupa-rupanya jap je dia masak. Acar pula hanya timun sahaja...lobak abis stok...huhu... Yang OK sket hanya kurma ayam...itupun ubi kentang pun tiada tetapi diganti dengan terung panjang. Jom makan sementara Adeeb tido....layan... hehe


Friday, October 28, 2011

Jom borak-borak bersama Adeeb

Hari ini Adeeb sangat galak berbicara (atau dengan lebih tepak bersorak...huhu). Setakat ni, aku cakap dengan dia , dia bukan nak layan sangat. Tapi dengan 'kawan' dia...sakan betul.  Kawan Adeeb adalah kipas kat siling tuh...haha...atau mungkinkah memang ada kawan yang aku tak nampak...normal la kan...budak2 boleh nampak...asal tak buat si Adeeb nangis cukup.





sowi gelap :))




s m i l e

Jom rempit...! Haha


Thursday, October 27, 2011

Saya mahu besar dengan sihat !

Meh tengok perbezaan Adeeb. Perbezaan ketika berusia 26 hari dengan 87 hari iaitu hari ini.



Tuesday, October 25, 2011

Saya Suka Mandi

Saya suka mandi...bila dah besar sikit nanti, saya nak berendam dalam buih pulak....tapi...mommy saya tak suka mandi....hehe.




**aku sebenarnya tak tau nak update apa...takdek cite menarik pun :( . Maka layan la pic sexy adeeb ni...haha


Sunday, October 23, 2011

@Mamak for the 1stime

Hari ini hari outing kami bertiga beranak...walaupun hujan tapi redah jua untuk mencapai misi yang terpendam. Rindu nak makan kat kedai mamak!!! So hari ini kerinduan terbalas...dapat makan pasembor, roti tisu dan mee goreng mamak. Dan ini merupakan pertama kalinya kami makan di kedai bersama Adeeb. Mujur la dia sangat baik ketika itu...mata asyik pandang ke skrin tv yang besar tergantung kat atas tuh ....tgok bola lagik...Macam suka je dia layan...memang kenalah time pregnant arituh sakan aku layan bola...haha







*
*
*
*
*
*

MISSION ACCOMPLISHED ( nyeh...nyeh...nyeh... :) )




***sekarang jam 2.31 am...jom sambung tido...zZZZZzzz


Wednesday, October 19, 2011

Sekolah Menjadi Kilang Kertas

Lama juga tidak update cerita tentang sekolah. Har ini sesi mengubah suai kedudukan meja dalam bilik guru. Jika sebelum ini tempat duduk aku strategik sebab boleh memerhati sekeliling. Tapi kali ini terpaksa mengadap dinding. Adus...kira perjalanan hidup menjadi tidak terbuka lagi...haha. Mengadap dinding itu OK lagi, yang tidak best nya muka laptop pulak terpaksa mengadap orang ramai sebab meja aku di tengah-tengah laluan umum. Kira pasni tidak bebas layan muka buku lagi la...klu layan jugak sure kena maki...eh ada ker yang berani maki?? Sindir ada kot...haha. Tak sabar nak tunggu almari baru masuk bilik guru...tak sanggup lagi duduk dalam keadaan penuh buku di atas dan di bawah meja.


Jom layan keadaan bilik guru kami yang dah macam 'kilang kertas'...huhu



*
*
*
*
*
*
*
*
*






Sunday, October 16, 2011

Korek Mata Sendiri

Asalnya hendak cuba-cubalah tak pakaikan sarung tangan kat Adeeb. Tapi time aku sedang ambik video untuk send kat en somi saat Adeeb tidur boleh pulak dia secara tiba-tiba korek mata dia dengan jari. Tapi yang aku heran, dia stay tdo, cuma mata yang terpejam tuh berair dan kelopaknya merah. Sakit kot...tapi tak lak dia nangis. Mujur la time tuh aku tengah perhatikan dia, sempat lah gak aku pegang tangan dia, kalau dibiarkan tak tahulah.... bila la agaknya boleh bogelkan tangan kamu yea Adeeb.? Mommy suka tengok jari jemari kamu yang runcing itu. 


Wah bulu roma...haha









Istimewanya ASI

Blogwalking pepagi ni dan terjumpa sesuatu yang baru ku tahu secara detailnya...
Rupa-rupanya air susu ibu (ASI) memang sangat istimewa :


12 keistimewaan ASI :


  1. Susu ibu sesuai untuk bayi secara semula jadi
  2. Susu ibu dalam keadaan steril dan bebas dari hama dan kuman
  3. Kandungan nutrien yang seimbang
  4. Susu ibu kurang kandungan protien dan kasein berbanding susu ibu. Kasien ialah protien yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik.
  5. Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu lembu yang pekat dan susah dihadam.
  6. Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa dan galaktosa.
  7. Susu ibu mengandungiprotien yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan risiko cirit-birit
  8. najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksesuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus
  9. Susu ibu mempunyai sel yang datangnya dari badan ibu dan ia berupaya membasmi jangkitan kuman dan virus serta mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.
  10. Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.
  11. Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi.
  12. Hisapan mulut bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selepas penyusuan. 
COPY SINI
sumber : Rahsia minda hebat - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhammad Zakaria terbitan Telaga Biru



Wednesday, October 12, 2011

Aktiviti Baru Di Sekolah

Sudah masuk minggu kedua persekolahan semenjak cuti bersalin. Rutin mengepam di sekolah hanya sempat dilakukan satu sesi sahaja ... kebiasaannya waktu mengepam aku tak pukul 11 pagi , pukul 1 petang. Hasil tuaian konsisten seperti dalam gambar. Walaupun hasil yang biasa-biasa jek, tapi cukup la untuk rotate stok ebm Adeeb :))...alhamdulillah.



Saya suka jalan-jalan nek keta sambil nyonyot putin dan dgr zikir ..huhu

Bila Dia Tidur

Bila Adeeb tidur seperti gambar di bawah, barulah mommy dia boleh buat kerja dengan tenang. Tidak kira mandi, masak, makan, solat dan sebagainya. Jika tidur tapi tidak dengan aksi sedemikian, maka mommy pasti akan mendengar jeritan Adeeb dari mana saja lokasi mommy berada....haha... 
Beginilah kehidupan aku sekarang, sentiasa berlari-lari dalam rumah sendiri...mujur kecik je rumah ni....kalau besar mau kurus kering aku...hahaha



*
*
*
Mommy pun nak enterprem gak....haha






Sunday, October 9, 2011

Sunday Morning

Buat tatapan Tok Ki, Tok dan pok sedara dan mok sedara belaka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts