P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Thursday, July 28, 2011

Menyerah Diri

Setibanya di HOSHAS ditemani anak buahku Nana dengan rasa debar yang amat sangat. Mula-mula check BP..macam biasalah 120/70. Pastu tunggu giliran untuk no naik untuk berjumpa doktor. Masuk je bilik doktor, terus je doktor yang comel dan kecil molek itu tanya, "dah bawak ker barang untuk masuk wad"? Aku senyum-senyum je sambil geleng kepala. Padahal memang beg tuh dah ready dalam kereta pun...hehe. Dia tanya bila aku hendak 'menyerah diri kat wad'...aku cakaplah hari Sabtu. Sebab Ahad 31/7/2011 tuh aku usia kandungan dah cukup 38 minggu. En suami pun esok Jumaat dah mulai cuti...so aku pun dah ready rasanya.


Esok pergi sekolah settlekan apa yang patut...debar jugak sebenarnya. Doakan semua selamat ya... :)) Rasanya memang kena induce...orang kata sakit...hrp2 jalan bukak cepat...kalau x, ade yg kena c-zer...TAKUTT!!




p/s : kenapa kena serah diri awal? sebabnya di awal buat buku merah, darahku tinggi...maka telah dicop mohor kan mmg 'Darah tinggi'...tapi stay leh control .




Barangan Baby Complete

Akhirnya hari ini berjaya sudah mencompletekan list barangan baby. Barangan terakhir ada 2 iaitu manicure set dan bottle drying rack jenama Munchkin. Manicure set dibeli di kedai Anakku di Temerloh dengan harga RM 12.90 dan rak tuh dari Fabulos Mom dengan harga RM39.02 + RM 5.85 (pos) - RM 2.06 (reedemed point) = RM 42.80. Harga asalnya tengok kat kotak adalah RM 45.00.


Checklist BARANGAN BABY

Wednesday, July 27, 2011

Berat Naik

Akhirnya setelah 37 minggu 3 hari beratku berjaya jugak naik menjangkau berat asalku sebelum pregnant yang berapa tuh tidak lah perlu tahu....huhu. Tapi hanya 1 kg...huhu. Nurse cakap berdasarkan jarinya merasa perutku, babyku tidak lah besar mungkin dalam 3 kg. Sekarang kepala baby dah masuk jalan keluar. Kaki bengkakku pun dan semakin kempis...itu semua tanda-tanda tidak lama lagi aku bakal melahirkan katanya.

Esok aku akan bertemu doktor pakar di HOSHAS...segala-galanya akan ditentukan esok sama ada Ahad nanti 31 Julau 2011 aku kena menyerah diri di wad atau tidak. Tidak sabar juga untuk tengok baby di scan dan mengetahui size serta beratnya sekarang..Mummy rindu sangat kat *D*** :))



Tuesday, July 26, 2011

Online Shopping Hobiku..Anda?





Aku memang suka benor bershopping maya ni atau lebih masyur dikenali sebagai online shopping. Ni pun baru je selesai menyopin Munchkin Deluxe Drying RackKenapa aku suka online shopping? 


Antara sebab musababnya adalah (Kebaikan) :
  1. Jimat masa dan tenaga.
  2. Adakalanya jauh lebih murah dari yang di kedai walaupun telah dicampur kos penghantaran.
  3. Boleh dapatkan sesuatu yang memang susah nak dapat di TEMERLOH nie.
  4. Tidak perlu lari dari salesgirls yg suka menyibuk time kita hendak buat pilihan yang kadang-kadang membuatkan aku jadi merajuk hati...haha...lawak kan aku.
  5. Paling penting MUDAH.
Dan aku sendiri tidak nafikan keburukannya :

  1. Kualiti yang tidak pasti atau pendek kata keadaan yang sebenar barang itu...tidak sama seperti gambar.
  2. Risiko barang sampai rosak.
  3. Barang sampai lambat.
  4. Ditipu
Alhamdulillah setakat nie, aku sangat berpuas hati. Walaupun kadangkala ada stok barang yang aku hendak itu habis, penjual itu akan segera menghubungi aku sama ada aku bersetuju untuk di tukar dengan barang lain atau duit aku di pulang semula :))





Monday, July 25, 2011

Sophea Isabella Comel





Comelnya anak Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor dan Dr Halina. Baru dilahirkan 21 Julai 2011 seberat 3.6 kg tapi sudah bijak berposing dan tersenyum... :))


Tuesday, July 19, 2011

Motivasi Untuk Diri Sendiri

Debaran semakin terasa. Dugaan datang menduga... tabahlah wahai Jamilah Mohamed. Teruskan bermotivasi tinggi. Ingatlah bahawa :



  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadat pada malam hari.
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang bersalin pula akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakannya satu pahala haji.


So kepada diri sendiri dan bakal-bakal mama baru, usahlah berasa risau atau tertekan menghadapi saat-saat kehamilan ini mahupun masa nak bersalin nanti. Ia sebenarnya suatu pengalaman yang amat berharga, selain diberi ganjaran pahala yang besar dari Allah.. Setiap wanita yang menjadi ibu mempunyai pengalaman bersalin. Pengalaman bersalin bagi setiap anak adalah berbeza. Susah dan senang nya bersalin menyedarkan kita, betapa susahnya ibu kita mengandungkan dan melahirkan kita suatu masa dahulu. Terima kasih MAK... Setiap insan yang bergelar wanita mampu menghadapinya kerana Allah dah jadikan wanita punya kekuatan untuk menghadapinya.


"Ya Allah, jadikanlah anak dalam kandunganku ini membesar
dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh bila besar kelak...Amin "


Monday, July 18, 2011

Baby is On The Way








Tidak sabar rasanya nak tengok baby tidur atas katil yang disiapkan oleh en suami hampir 2 bulan yang lalu. Walaupun katil pinjam, aksesori pun tidak lah dibeli satu set terus, tapi kami memang sangat berpuas hati. Tidak lah perlu keluarkan bajek yang terlalu tinggi.


Aku Terjatuh

Tadi balik sekolah singgah klinik jap...dalam toilet klinik pas mengencingkan diri skali aku terjatuh. Memang terasa pada awalnya lantai tuh agak licin...tak sangka pulak aku akan terjatuh. Time tuh pintu toilet aku da buka tunggu hendak keluar jek...tapi sungguh malang nasibku. Bekejar semua nurse yang ada dalam klinik melihat keadaan ku yang ketika itu hampir totally terbaring. Kepala terantuk dinding...mujur aku berjaya imbang gak badan dari punggung terhempas sepenuhnya. Hanya terhempas sebelah kiri.Luka sedikit di pergelangan tangan kanan. Pening sekejap aku dibuatnya.  Memang aku takut jugak ketika itu...memang tidak fikir apa dah selain baby. Harap baby ok-ok saja. Sekarang ni badan pun masih terasa lemah-lemah jek...jangan esok demam cukup.

Memang beginilah rupanya aku terbaring..


Nasi Lemak Buah Bidara

Pagi tadi en suami sudah pulang ke Shah Alam. Sebelum pulang, dah pesan siap-siap dah kat baby agar tunggu abinya pulang lagi 2 minggu baru kuar. Aku pun harap begitu juga. 2 minggu akan datang aku akan dimasukkan ke wad jika masih tidak bersalin. Cuak jugak. Memang harap sangat ada en suami di sisi di saat sakit dan kelahiran baby sulung kami nanti. Hari ini dah 36 minggu 1 hari. Kira dah masuk 9 bulan dah...huhu...seriau rasa tiba-tiba.

Kali ini en suami pulang dengan bawa bekal nasi lemak ayam berempah. Sebelum gerak, sempat gak makan sepinggan. Dah teliur dengan ayam goreng berempah itu katanya. Seronok tengok en suami makan yang sentiasa berselera.




Friday, July 15, 2011

Jumaat Sudah~

Yeay, arini hari Jumaat. Minggu yang ditunggu sebab en suami pulang. En suami kata dia ambik halfday arini. Maka cepat la sikit leh menatap wajah en suami yang dirindui itu. Bila en suami pulang, macam-macam aktiviti dalam kepala datang menjelma. Antaranya perkara yang aku hendak buat ialah:


- Print sijil peserta Perkhemahan Unggun 3
- Tolong en suami buat bahan presentationnya (yg dgr khabar byk sgt tuh)
- Makan sate
- Sopin barang dapur dan stok makanan untuk berpantang (cth : biskut, milo 3 in 1, horlick, buah prune dll)
- Cari set selepas bersalin (Leesa Formula kot)
- Tengok en suami kemas rumah :))



Thursday, July 14, 2011

Kaki Bengkak

Sudah dua minggu kakiku membengkak dengan dasyatnya. Sandal semua dah ketat. Cari kat kedai semua tak muat. Adoi.. bukan je bengkak, agak sakit jugak lebih-lebih lagi bila air shower yang jatuh atas kaki time mandi pagi..

Beginilah rupa kaki bengkak...pic d google...segan nak letak pic kaki sendiri yang
memang sangat huduh rupanya..haha


Madela FS vs Madela Swing

Perbezaannya :


 Choose a Pump Below by Clicking on the Name
 Freestyle® Breastpump



Learn More
Swing™ Breastpump



Learn More
Feature
Type of Pump Personal Use - Single/Double  Daily Use - Single 
2-Phase Expression Technology
LED Display  
Hands-Free Option  
Pumping Session Timer  
Pumping Session Memory Button  
Removable Pump Motor  
Removable work space    
Mesh Storage Bags    
Accessory
Optional Vehicle Lighter Adapter  
Removable Cooler Carrier  
PersonalFit Breastshield Compatible
Softfit Breastshields Included  
Specifications
AC Adapter Powered
Adjustable Speed/Vacuum
Battery Option Rechargeable  AA 
Daily Use
Weight < 1 lb  2.5 lbs 
Miscellaneous
Warranty 1 Year - Limited  1 Year - Limited 
Learn MoreView DetailsView Details


Madela FS = RM1699
Madela Swing = Price RM649


Harganya memang sangat dasyat dan berbeza tapi bila dilihat pada ciri-cirinya memang sangat berbaloi jika membeli Madela FS ni. Baru ingat nak beli Modu, rupa-rupanya perlukan soket sentiasa...susuh juga hendak travel kan...erm... thinking..n thinking...

Monday, July 11, 2011

Our 1st Family Day

Al kisah last minit plan berjaya gak kami sekeluarga berfamili day. Cuma biasalah bila dah last minit maka ada yang tak boleh join. Tapi hanya 10% jek yang tidak boleh join termasuk en suami. Pada awalnya, aku pun macam tidak boleh nak join. Kebetulan sekolah mengadakan Perkhemahan Unggun 3. Jadual dapat last minit yang aku hanya perlu buat sijil jek..ibu mengandung kan...so dikecualikan dari aktiviti memasak seperti sebelum ini. Maka bolehlah aku gie Family Day keluargaku di  A.A Agro di Sg Lui Hulu Langat iaitu sebuah dusun milik keluarga akak iparku. Kira macam private resort.

Kami sekeluarga bertolak lebih kurang pukul 3 dari rumah abah dan sampai ke lokasi kejadian lebih kurang 6.30 petang. Ini semua gara-gara Bersih, lebuhraya Karak-Gombak dilanda jem yang dasyat. Mujur kami sempat sampai ke Tol Gombak sekitar jam 5 petang. Jika lambat lagi, mungkin kami akan tersekat dalam jem yang mungkin memakan masa berjam-jam dan berpuluh-puluh batu.

Walaupun sarat dan penat, lebih-lebih lagi tanpa en suami di sisi,tapi aku enjoy. Tahun depan di mana pula ya...? Apa-apapun jangan lupa bayar yuran tahunan.....huhu..




p/s : tadi rasa nak cerita banyak, tiba-tiba malas lak rasa.



Thursday, July 7, 2011

Fesyen Lelama Kembali

Blogwalking pepetang camgini bila en suami tak nak layan gayut...sob2.
Tiba-tiba terjumpa sesuatu yang menarik. Cuba tengok gambar di bawah yea. Korang nak tak pakai baju fesyen camgitu? Rasanya fesyen zaman along aku remaja dulu kini kembali lor...muda-mudi sekarang suka ek fesyen gini? Aku suka tak...? Oh tidak kot...hehe




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts