P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Monday, January 31, 2011

Wah!! Love Bite

Suka sangat blogwalking...tibe-tibe terjumpa satu post yang agak klaka....entri tentang cara-cara nak hilangkan kesan 'love bite' atau bila diMelayukan berbunyi gigitan cinta. 


Cara-caranya adalah :
1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan  dgn air seperti biasa.
2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (EyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan untuk seketika.
3) Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.
4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.
5) Boleh juga ‘tutup’ love bite tersebut dengan menggunakan ‘concealer’ yang sama warna dengan kulit.


Haha...kepada yang dah kahwin ini mungkin normal...tapi bagi yang belum....jangan sesakali cuba untuk menghasilkan love bite....hahahaha

p/s: sesekale post sesuatu yg hot!




Hitam vs Coklat

Hari coklat...arini aku telah membeli 2 handbag dan 1 pencil case berwarna coklat. Biasenya aku akan pilih hitam, tapi heran gak, kenapa arini citarasa aku berubah. Sangat teruja untuk menggunakan pencil case baru tuk di bawa ke sekolah 'baru'.





Sunday, January 30, 2011

Sahabatku Telah Pergi



Dalam kegembiraan aku menerima berita kembalinya aku ke SMKT, aku juga dikejutkan dengan kisah kembalinya sahabatku Rohayati Ngah ke rahmatullah...Arwah meninggal dalam kemalangan bersama-sama dengan suami dan anak. Hari ini pula aku menerima berita sedih yang suami arwah pula meninggal. Kini aku hanya mampu berdoa semoga Rashidah anak arwah kembali sihat. Al-Fatihah buat arwah dan suami..




Kembali ke SMKT

Pucuk dicita ulam mendatang...hanya itu yang dapat aku katakan. Aku akan kembali berkhidmat di SMK Temerloh. Debaran hari Jumaat hari terakhir persekolahan sebelum cuti seminggu sempena CNY berakhir juga. Bermula setelah Kak Abba kakak kesayanganku di SMKT mengepos 1 statement yang menggembirakan aku di wall FB.. dikukuhkan pula dengan komen dari en Faizal juga rakan sepejuanganku di SMKT. Mereka telah membuat aku kembali tersenyum lebar. Petang itu juga aku pergi menjengok PPD...dan terus melapor diri ker SMKT...kehadiranku disambut ceria oleh Pengetua dan juga staf....cikgu2 takdek sebab petang Jumaat kan.

Naik saja cuti CNY ni aku akan kembali ke SMKT...harap tempat duduk lama ku masih kosong... :))

Thursday, January 13, 2011

7 Februari 2011

Doc : Berpandukan mata doktor, doktor macam dah nampak la jantung die.
Saya : Yeke doktor...?
Doc : Kejap yea, doktor ukur....lebih kurang 7 minggu...doc rasa period awak tak tetap kn?
Saya : Yea doktor, selalu berubah-rubah.
Doc : Awak datang jumpa doktor lagi 3 minggu yea....rasanya time tuh dah jelas sikit.
Saya: Tu la...harap gitu gak..

Antara petikan dialog aku dan doktor pakar...kalau ikut kiraan 1st day las period sepatutnya dah 10 minggu...tapi tengok size macam 7 minggu je....tak sabar nak tunggu 7 Februari 2011. Harap berita gembira dan aku boleh da buat buku merah!!


Tuesday, January 11, 2011

Makbulkn Doa Kami Ya Allah

Esok Rabu...selepas Rabu, Khamis, Khamis ini adalah hari yang dinanti untuk bertemu pakar sakit puan di HOSHAS. Berdebar rasa hati untuk menanti keputusan scan pada hari tersebut. Aku hanya mampu berdoa semoga rezeki aku dan suami tetap bersama kami. Apapun keputusan dan ketentuan Ilahi aku redho dan bersedia untuk terima dengan hati yang terbuka... apa-apapun semoga Allah memakbulkan doaku untuk menjadi seorang ibu ...AMIN....




Monday, January 10, 2011

Zip Mulut?

Masuk minggu kedua persekolahan...aku masih belajar menyesuaikan diri dengan suasana baru. Kakak di sebelah mejaku asyik berkata "adik Jamilah kita nie pendiam jek...."...aku tanpa menjawab hanya senyum bila dengar statement die tuh.

Aku pendiam? Hahaha...aku sangat la homeh orangnya...homeh adalah bermulut riuh. Tapi aku masih tak reti nak bualkan apa....adus cmne ek....??



Saturday, January 8, 2011

Tak lalu...

Sejak seminggu ni, aku masak tuk abah, tapi aku pulak xleh nak telan masakan aku. Tengok je lauk yang aku masak terus nak termuntah...tapi kalau beli lauk kat kedai sampai 3x lak aku makan dalam sehari...huhu. Takkan la hari-hari nak kena beli lauk kat kedai...duk kat umah aku hanya boleh makan buah jek..tadi masa gi pekan sari sampai RM20 aku borong buah..sampai adik yang jual buah tuh pun tekejut...yela, biasa aku beli RM5 jek...haha...selain makan buah, aku boleh makan cekodok ikan bilis yang aku masak jek...sadis kan. Tapi apakan daya, tetap kena makan....kalau tak aku lapar...sian bb dalam pwot.













Friday, January 7, 2011

Terima atau Tidak?

SELAMAT TAHUN BARU 2011...sekarang baru sempat nak wish....dah 7 hari dalam tahun 2011..haha

Hari ini genap 5 hari aku berkhidmat di SMK Temerloh Jaya ..permulaan yang agak membosankan. Sekolah OK, cuma penerimaan jiwa aku ni je masih belum sepenuhnya. SMK Temerloh masih tetap dihati...tapi apakan daya, aku harus belajar untuk menerima sekolah baru ini seadanya.

Mungkin banyak sebab mengapa aku masih belum selesa di situ...mungkin juga turut disebabkan emosi ku yang sekarang ini masih belum stabil, sindrom ibu mengandung yang muntah-muntah membuatkan aku merasakan diri aku sangat lemah. Harap semuanya akan kembali normal juga nanti.

Tapi persoalannya sekarang, selama mana aku akan berada di situ? 1 kelas Form 1 telah ditutup kerana kuota  pelajar yang tidak mencapai sasaran...adakah aku akan jadi mangsa terminate? Aku redho dah telah pun bersedia dengan segala kemungkinan itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts