P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Friday, July 23, 2010

Hamper Kuih Raya

Bulan Ramadan akan menjelma lebih kurang 2 minggu je lagi. Raya lak akan menyusul lebih kurang 1 bulan pastu. Tapi kini, aku dah teruja nak tunggu kehadiran hari raya. Hehe..

Kenapa aku terlalu teruja?? Sebab tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya sebagai isteri orang. Tahun ni aku akan sambut hari raya bersama-sama suami tercinta. Tahun ni juga merupakan tahun pertama aku akan balik kampung beraya. Sebelum-sebelum ni dapat rasa nikmat balik kampung time balaja kat Dungun. Tapi tu tak hebat sangat auranya. Aura nak balik kampung sambut raya tahun ni lagi hebat. Selama 25tahun hidup, aku hanya sambut lebaran kat KERDAU ni jela..dah memamg kampung kan... biasa bagi aku. Kini boleh rasai nikmat sambut raya di kampung en suami plak...harap ianya sangat seronok.



Oleh kerana aku teruja terlebih untuk itu, maka tahun ni saja, aku telah menempah kuih raya sejumlah RM600. Agak banyak bagiku. Tapi aku tak kisah, asalkan aku puas hati. Hari ni lak tiba-tiba aku dapat idea untuk membuat hamper kuih raya untuk dibawa pulang ke kampung...untuk mak mertua dan untuk mak n ayah saudara en suami. Harap aku berjaya la membuat hamper tu nanti. 


Tuesday, July 20, 2010

Uitm Jengka Di Hatiku


FESTIMA 1Malaysia di Uitm Jengka telah berjaya membawa aku kembali sekali lagi ke Uitm Jengka pada Sabtu lalu sambil-sambil menjengok anak buah aku di situ.

Beberapa hari sebelum berlangsungnye festima ni, ank buah aku cik frogy tue telah menerangkan serba sedikit pada aku apa itu festima...festima adalah Festival Makanan 1 Malaysia. Dalam fikiran aku dah terbayang la macam-macam makanan kat malaysia ni ada...tapi alangkah kecewanya aku apabila sampai di tempat kejadian...indah khabar dari rupa....bukan festival makanan rasenye...tapi expo lak jdi. Banyak gerai2 tudung, baju n lain2. Makanan tuh maybe dalam 50% jek...mana kuih bulan?? mana lemang? mana tosei? ..yang ada sushi..makanan Malaysia kah tue? Hanya penganjur yang arif..huhu

Sambil-sambil tuh, sempat jugak aku, en suami n cik frogy pusing2 dalam Uitm. Nampaknya ada kolej kediaman baru sedang dalam 70% siap..lokasinya adalah di tasik tempat geng2 aku bdating zaman2 dlu..huhu. Banyak gak bilik2 kuliah baru dengan warna Oren+Purple yang sangat gah. Sangat bertuah pelajar Uitm Jengka skang.

Tidak lupa juga untuk singgah di pasar malam Sabtu...memang tiada bezanya.






Monday, July 12, 2010

:::SPaiN TerBaik:::

Akhirnya berakhir sudah World CUP 2010...SPAIN adalah JUARA...sangat teruja melihat aksi permainan pasukan spain di saat akhir. Kunci jam kul 4.15am tapi bangun 4.30am. Sure dah bis. Bukak laptop nak tengok result, permainan sdg berlangsung. Dengan penuh  debaran bukak tv...masa tambahan. Aksi berbalas aksi...tendangan dari kanan ke kiri..tepi ke tengah..bertubi2 gawang SPAIN n holland cuba di bolosi...tapi akhirnya Andres Iniesta berjaya menjaringkan gol kemenangan SPAIN...tQ to pemain holland yg telah outside itu..haha



Selamat tinggal world Cup 2010...dan sangat teruja menanti 2014 di Brazil pula...Selamat tinggal juga Paul si sotong kurita dan Mani Si Nuri...





Sunday, July 11, 2010

Durianss+EnSuami

Alkisah bermula cerita...en suami mengidam durian. Orang sebelah rumah memang penjual buah-buahan bermusim. Tentu sekali ada buah durian dalam stok mereka. Tapi en suami ku yang sgt pemalu ni segan nk g sorang2 beli...aku pun sm..sbb biasenye aku beli buah yang dorang jual kat pasar malam atau pekan sari jek..tak penah lak gie umah dorang beli buah.

Kebetulan Alongku yang duk kat Jerantut ada blik..bile dorang dalam perjalanan balik, dorang ternampak orang jual buah durian di tepi jalan..maka along pun mesej la aku bagitau yang kat Kampung Bukit Lada ada org jual buah durian.



 

Apalagi en suami dengan sepantas kilatnya mengambil kunci kereta..macam dia tau je kat mane tempat tue..Alhamdulillah mmg rezeki en suami, sebiji durian kampung dan sebiji lagi durian klon telah dibeli oleh beliau. Sampai saja di rumah, dengan lahapnya en suami meratah buah durian itu..aku hanya makan bbrpa ulas jek, dia yang menghabiskan semua...Suka aku tgok muka en suami yang kepuasan dapat makan durian yang dihajati....bila la en suami nk menggemari TEMPOYAK lak...huhu



Thursday, July 8, 2010

Go Go Go SPAIN...ALEALEALE




World Cup 2010 merupakan WC yang pertama yang aku layanzz...Pemilihan SPAIN sebagai pasukan kegemaran aku adalah sangat berbaloi...Sungguh tidak sangka SPAIN akan mara ke final bertemu NETHERLAND (Holland).

Kepada sesape yang anti-SPAIN especially en suami tu sile2 la terima kenyataan yang SPAIN akan menjadi JUARA World Cup 2010. Marilah sama-sama kita menyokong SPAIN  kerna kita pasti akan gumbira dengan keputusan merekalah juara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts