P e m e r h ♥ t i S e t i ♥

Wednesday, June 30, 2010

World Cup Sandwich

Hari ini sambutan Hari Koperasi peringkat sekolah..bukan sekolah aku je yang mengadakan sambutan Hari Koperasi rasenye..byk lagi sekolah lain yang buat hari ini antaranya sekolah lamaku SMK Kerdau, SMK Seri Tualang dan SMK Seri Bahagia.

Disambut sederhana kali ni di sekolah aku, ada gerai-gerai jualan, rumah hantu, ceramah alam sekitar dan jambo sales. Jangan tak tahu, aku pun terlibat kali ni membuka gerai bersama-sama Azie dan Faizal. Kami tak bagi lak nama gerai..Aku jual World Cup Sandwich, Azie dengan Biskut Batik Spain + Conflakes Madu Argentina + Puding Brazil, manakala Faizal menjual Jambu Power. Faizal bukan menjual pun, die letak dan suh kami yang menjual, mujur dapat upah nasi ayam..haha.



Seronok sangat sandwich aku licin dalam masa hanya 10 minit selepas gerai dibuka. Aku lak hanya buat 50 jek..maklumla takut tak laku, lagipun jenuh gak la aku dan Nana menyediakan bahan-bahan yang boleh tahan banyak seperti roti 5 plstik beg yang saiz jambo tu, sardin besar 2 tin, telur rebus 5 biji.. Aku tak sangka lak laris, siap kena marah dengan murid-murid coz dorang tak sempat beli...Sowi yer guys, nanti klu cikgu rajin cikgu bw gie clas ek..hehe



Monday, June 28, 2010

Bila kawen??

Tahniah buat Cikgu Rita yang dah selamat menjadi tunagan en Fizz Fairuss..kuciwa coz xdpt nk attend mjlis kamu kerna memasak di Unggun 2..

Bila agaknya maljis perkahwinan kalian ek?? Tak sabar untuk pertama kalinya menjejakkan kaki ke Raub.


Sunday, June 27, 2010

Cactusmelon's Tag

Saya telah 'ditanda':


1) Apa yang anda buat bila dapat tahu member anda tikam anda dari belakang
Buat bodo jek..nak buat cmnekan...ginilah nasib diriku yang malang...oh Tuhan..bleh lak gitu ek..keke
Tikam die balik dgn pisau tumpul

2) 6 orang di hati anda
en suami yang cumel
abah saya
arwah mak saya (al-Fatihah)
adik bradik saya..(dah lebih dari 6 kn..hehe)
keluarga mertuaku.. (lebih gak)
bakal anak saya...hehe

3) Anda rasa anda comel?
terlalu comel..cm kucin..meoww..huhu

4) Single or taken?
taken by en suami
5) Blog yang anda suka
blog yang cantik dah tak gedik2

6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?
tak jugak..kadang tu tido dgn kain yang tak blipat di sebelah (sgt pemalas kn)

7) Lagu terakhir yang anda dengar
awie : demi cinta tak pernah aku khianatinya..namun apa yg engkau lakukan padaku...(lupe tajuk)

8) Last text message
nana : tak masak tuk atok

9) Last phone call
en suami..beberapa ketika yang lalu

10) Hari terakhir anda menangis
pas anta en suami balik...tiba2 syahdu..keke

11) 5 favourite colour
Purple ..mmg taksub
Pink..baju raya tahun ni..en suami 1stime akan pki pink..haha
Orenz..warna keretaku + umahku
Biru..arna cadar arini
Hitam..aku akn nmpk lebih kurus..keke

12) Orang terakhir YM
lupe lak sape...keke

13) Game paling anda suka
freezee frenzy 2..layannn

14) Apa perasaan anda menjawab tag ini?
tenang dah penuh wasatiah..keke

15) Anda rasa tag ini best?
sangat..kalau tak, tak kuase nak layan..tq Puan Uda

16) Tag lagi 10 orang
sape nak layan...layan jela..





Apa naik 10kilo??

Berakhir sudah Perkhemahan Perdana Unit-unit Beruniform Sek Men Keb Temerloh atau lebih dikenali sbg Unggun 2.

Aku kepenatan..pulang ke rumah jam 11 pagi tadi..terus tido sampai pukul 12tgh. Mujur sebelum balik tadi dah singgah kedai beli lauk-pauk. So bangun dan hanya perlu masak nasi saja. Tadi pkul 1.30-2.00ptg aku tidur lagi..sekarang ni pun rasa macam ngantuk je lagi. Mungkin badanku perlu dicharge semula energynya setelah penat selama dua hari memasak.


Bertuah sungguh dak-dak pengakap kerna korang memang telah disajikan dengan masakan yang sangat sedap. Aku rasa makanan dalam perut belum sempat hadam lagi dah kena makan makanan lain plak..sehingga ada dak yang cakap kat aku "cikgu, org gie kemah kurang 5kilo..tapi saya naik 10kilo.."..huhu
Pastu ada gak yang cakap "cikgu kita ni bkhemah ker gi pesta makanan"..huhu

Tapi memang seronok la tengok dorang ni makan..paling besh apabila menikmati cekodok cruncie hasil gorengan Cikgu Jamie nie..hehe

Kami juga sangat bertuah kerana kak Kastee telah mengepos lauk-pauk kenduri kawen adik beliau buat hidangan dinner kami malam semalam. Thanks akak... besh!!




Friday, June 25, 2010

Sepatu Buruk Itu

Esok kul 8.30 pagi pergi sekolah untuk perkhemahan..malas betul rasenye nak pergi. Biasenya hari Sabtu adalah hari duk umah dan berjimba-jimba.

Petang tadi plan nak gie banda tuk beli sandal..
tapi apakan daya cuaca yang tidak mengizinkan..hujan turun rintik-rintik. Bukan lebat sangat pun, tapi awan hitam memenuhi langit seolah-olah hujan lebat akan turun. Maka cancel la plan aku hendak kuar tu.

Oleh kerna tak dapat beli sandal untuk pergi camping esok, aku harus pakai jela selipar nose aku yang buruk itu.

-----saya mahu sandal nike itu yer en suami




***sangat tiada mood untuk menulis~


Thursday, June 24, 2010

Sasaran Seterusnya

Bebaru ni aku ada berbual dengan Azie sahabatku...aku bertanyakan beliau apa target hidup beliau sekarang.  Azie seakan-akan terkejut dengan persoalan aku...yealah kan..tak pernah lak aku tanya soalan serius gitu.. aku bukan apa...ada sebab aku tanya..hehe

Sepanjang minggu ni...aku asyik memikirkan hasrat hati yang telah terstop gara-gara nak capai hasrat kegatalan aku untuk berkahwin iaitu menyambung pelajaran ke peringkat MASTER.

Masa ambik degree 2 tahun dahulu, aku ada jugak menyimpan harapan untuk terus sambung master..tapi masa tuh dalam gigih mengejar segulung ijazah, jiwa aku juga menggetik untuk berkahwin dengan buah hati tersayang. ..at last aku pilih untuk berkahwin...sedikit pun tak menyesal cos aku dapat juga memenuhi tuntutan naluri untuk menjadi milik en suami ku yang tercinta.

Setelah hampir 6 bulan aku mendirikan rumah tangga, kini aku dihantui semula dengan keinginan untuk menyambung semula harapan yang lalu. Ramai kawan-kawan aku yang telah pun memperoleh master dan ada juga yang sedang dan akan.. tapi aku?? Mohon pun belum lagi.

En suami, sangat menggalakkan aku untuk mohon segera..kerana beliau sendiri ada target iaitu turut menyambung pelajaran beliau ke peringkat degree. Tapi sebelum tue, beliau ingin melihat aku sambung dahulu. Aku pun sangat setuju dengan cadangan en suami kerana setelah aku tamat master dan memperoleh kerja, aku sanggup en suami berhenti kerja dan sambung pelajarannya sepenuh masa.

Persoalannya sekarang ialah cos apa yang aku akan mohon?? Sepenuh masa mungkin tidak coz aku ada komitmen untuk menjaga ayah aku..Mungkin hanya PJJ...tapi di mana??

Antara cos yang telah aku tengok-tengok ialah :

- Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) di UPM

- Master of Science (Management) di UUM KL












Wednesday, June 23, 2010

Vuvuzela..lalala

Pagi ini aku sangat berminat untuk mencari apa itu VUVUZELA.

Baru-baru ni semasa menonton World Cup 2010 bersama en suami aku mengeluarkan satu soalan yang berbunyi "bunyi apa macam langau tu..?" En suami tidak terus menjawab tapi ketawakn aku..."ha..? bunyi langau...langau hijau ker??" katanya spontan pada aku. En suami pn bgitau la aku bahawa itu adalah alat muzik ciptaan negara China iaitu vuvuzela.




Vuvuzela sebenarnya berasal daripada alat muzik suku-suku Afrika yang digunakan untuk memanggil suku kaum mereka berkumpul dulu-dulu kala. Diperbuat daripada tanduk rusa.

Bagi aku bunyi itu memang membingitkan telinga..ni baru aku...kalau aku jadi pemain bola sepak yang sedang beraksi tu pun takleh nak konsentrek main.

Mungkin benefit tuk South Africa kot..padan la dorang leh mng lwn France mlm td..huhu




Tuesday, June 22, 2010

Mesin Rumput Beg Skolah

Aku dan mesin rumput...

Sepanjang minggu ni, hidup aku diselubungi dengan mesin rumput gara-gara rumput di laman rumah dah semakin membesar dengan suburnya tanpa perlu disiram mahupun dibaja.

Mengimbas kembali detik di mana aku dan en suami pergi ke rumah abang aku untuk mengambil mesin rumput beg skolah..sesampainya di rumah, en suami dengan penuh ghairah menarik picu start mesin tersebut untuk menghidupan mesin..1...2..3..-10 kali mencuba masih belum hidup. Lantas aku mencadangkan en suami pergi membeli 1 liter petrol untuk menambah kuantiti minyak yang sedia ada "mungkin minyak yang sikit die taknak idup kot!" tu la kataku pada en suami.



Tanpa berlengah en suami terus menunggang motosikal abah ke kedai Cikgu Din untuk membeli minyak. Sekembalinya en suami, terus minyak dicurahkan ke dalam tangki minyak mesin rumput beg skolah itu. 1.2.3...-5 tak jugak mahu hidup.

Abah muncul di muka pintu dan berkata " mesin tu rosak, kena hantar baiki, g hantar Kedai Wong" Gelak besar aku ..kesian en suami yang bersusah payah untuk menghidupkan mesin rumput beg skolah itu. Jam menunjukkan lebih kurang 6.30pm. Aku dan en suami segera memasukan mesin rumput beg skolah ke dalam Orenz...Adeh, panjag betui ..hampir tak muat. Dalam perjalanan kami terbau minyak petrol...sah minyak tumpah..abislah Orenz.

Mujur Kedai Wong masih bukak. Pomen di situ terus saja menukar spatplak (tak reti eja) mesin rumput beg skolah itu...1..2..3..pomen itu cuba menghidupkan mesin rumput beg skolah itu..tetapi GAGAL..check dan check dan mesin itu harus di ambil esok untuk membersihkan sisa minyak yang tertumpah banyak pada enjin...esok sila datang pukul 9.30am untuk ambik.

Keesokkan harinya, kami ke Kedai Wong lagi, mesin masih belum siap dibaiki sepenuhnya. Kami harus datang ambil pukul 12tgh. Lantas aku menyuruh abangku ambik.

Pukul 1.30pm mesin rumput beg sekolah tiba di rumah..en suami terus menghidupkn mesin dan memesin 5% rumput di laman...nak buat lebih-lebih masa dan suntuk kerana beliau harus pulang ke Shah Alam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini rumput telah dipotong oleh tukang mesin rumput berbayar...charge die berapa aku tak pasti cos abah yang bayar..hehe..

Kan bagus jika aku mampu mesin rumput sendiri macam Cik Naha depan rumah tue..tapi jika aku mesin guna mesin rumput beg skolah tu tentu aku akan pakinson..huhu

Target aku sekarang adalah nak beli mesih rumput tolak.











Unggun 2

Unggun 2 akan dijalankan pada Sabtu dan Ahad nie...aku dilantik QM Masakan bersama-sama Kak Lynda dan Kak Zaila.

Kami nak masak ape yer?? Ada 4 kali sesi makan-makan. Tentu sekali jenuh nak pikirkan menu apa untuk di masa. Masa Unggun 1 tahun 2008 dulu lega tak dilantik jadi QM, cuma jadi urusetia jek. Lagipun Pengakap masa tu ada chef yang sangat hebat iaitu Puan Tam. Tapi kini beliau telah bertukar ke Shah Alam. Maka tibalah masa nya cikgu-cikgu muda nak tunjukkan bakat memasak plak.

Ikutkan pengalaman aku masa jadi QM Masakan di perkhemahan Pengakap tahun lepas di Padang Tengku, Lipis, menu-menu yang ada cam nasi goreng, telur dadar, sardin, sup ayam, sayur campur dan paling best cekodok..walaupan tah ape-ape rasa, tapi masakan kami tetap licin.

Tapi debaran kali ini lagi dasyat..cuak gak aku..huhu





Monday, June 21, 2010

Malam mesti tidur ?

Mengapa Mengantuk Malam Hari?

Pernahkah Anda bertanya, mengapa saat malam kita mengantuk? Atau mengapa bila masyarakat pedesaan yang belum ada listrik cenderung tidur lebih cepat? Jawabannya adalah karena adanya hormon melatonin. SCN akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon melatonin ini saat hari sudah gelap. Selanjutnya, hormon melatonin akan memerintahkan tubuh untuk beristirahat. Namun dengan kehadiran lampu listrik yang membuat suasana malam hari menjadi terang menghambat dikeluarkannya hormon melatonin, sehingga saat ini jam tidur manusia lebih larut malam daripada sebelumnya.

Tubuh kita mudah beradaptasi. Misalnya, untuk pekerja yang bekerja saat malam hari, SCN akan beradaptasi dalam mengeluarkan hormon melatonin sehingga mereka akan tetap terjaga walaupun hari sudah gelap. Bila malam semakin larut, kita akan lebih merasakan kantuk, ini disebabkan hormon melatonin yang dihasilkan semakin meningkat dan juga turunnya suhu tubuh dan tekanan darah dalam tubuh.


Mengapa Anda Mampu Menahan Kencing saat Tidur?
Pernahkah Anda bertanya mengapa meskipun tidur lebih dari 8 jam, Anda tidak merasakan ingin buang air kecil pada saat tertidur? Saat kita tidur, tubuh memproduksi hormon vasopressin yang menghambat pengeluaran urine sehingga kita bisa tidur tanpa terganggu harus ke kamar kecil.



Hormon Dalam Tubuh Saat Kita Tidur

Agar dapat memperbaiki sel-sel yang rusak, tubuh membutuhkan tidur. Tidur sehat manusia adalah 7 sampai 9 jam setiap hari. Perbaikan sel ini dipicu oleh hormon yang bernama Human Growth Hormone (HGH).
Kerana itu, dengan tidur yang cukup rata-rata 8 jam per hari, sama saja dengan membiarkan tubuh Anda memulihkan tubuh kembali. Tentu ini akan membuat Anda bangun dengan sehat pada pagi hari setelah tidur yang cukup.

Makan makanan asin dapat membuat tubuh dehidrasi, sehingga dapat mengalami retensi air yang menyebabkan hipertensi ringan, akibatnya proses perbaikan sel terganggu dan tidur Anda terganggu.

Mengkonsumsi makanan manis dapat membuat kita sulit tidur karena otak akan memerintahkan untuk mengeluarkan hormon insulin. Akibatnya gula yang ada dalam pembuluh darah akan disimpan dalam sel otot, hati dan lemak. Karena kadar gula dalam tubuh rendah, otak akan memerintahkan untuk mengeluarkan hormon kortisol yang memecah lemak menjadi gula. Efek samping dari hormon kortisol adalah dapat memicu stres sehingga waktu tidur Anda akan terganggu karena rasa stres yang ada.



Hasil cedukan

Selamat malam...sudah mau tidur..  (",)

Aku & World Cup 2010

Di mana-mana saja orang bercakap pasal bola...kat facebook, sekolah, opis, kilang, pasar, dalam kete, bahkan dalam toilet pun leh org bilik sebelah borak dgn orang yang bilik sebelah lagi pasal bola.. SEMUANYA BOLA.


World Cup 2010 ni sesungguhnya telah berjaya memancing aku. Sungguh hebat penangan bola. Tak heran la jika sebelum ni aku tengok orang lain sanggup bangun malam, menahan mata  semata-mata nak tgok bola kul 2,3 pagi. Setakat ni aku tak la sanggup nak bangun malam, cume tengok yang kul 10 mlm atau 7.30 malam.

Terbaru jap nie tengok Portugal vs Korea Utara yang memang melopong la Korea Utara di belasah 7-0.
Masa pertama tu mmg biasa jek, tapi masuk masa kedua, perghhh...gile bertubi-tubi jaringan gol yang akhir sekali dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo.


Jika sebelum ni aku menyokong Spain ..David Villa n Toress...kini aku menambah lagi satu pasukan paberet aku iaitu Portugal. Kepada en suami yang menyokong Brasil, watch up beb, Kumpulan G sure Portugal menang pnya...haha

MAKAN BOLA, TIDO BOLA, MINUM jangan COCA-COLA..






:::Jamie:::

Sunday, June 20, 2010

R e t a k

Awal tahun 2009, aku telah berjumpa doktor pakar tulang di sebuah klinik swasta untuk mendapatkn rawatan ke atas kesakitan melampau pada tulang tongkeng aku...kesakitannya ketara apabila aku terlalu lama duk dalam kereta. KL-Temerloh yang hanya memakan masa lebih kurang 1jam lebih telah membuatakn aku mengalami kesakitan yang amat teruk. Bila aku duduk, nak bangun punyelah sakit, macam ade bende yang mencucuk2 pada tongkeng aku. Nak tunduk sakit...nak jalan pun sakit.
Doktor tu telah mngesahkan yang aku mengalami keretakn pada tulang tongkeng ku...Aku pun rasa mmg aku mengalami keretakn pada tulang tongkeng, sebab seingat aku, aku pernah jatuh terentak yang sangat kuat time main futsal.....So beliau telah memberikan aku suntikan cecair apetah, dan bekalan ubatan antaranya ubat tahan sakit dan pil cecair sendi. Die kate, ramai pesakitnya yang telah disuntik sembuh...tapi ia juga bergantung pada individu jugak..Suntikan+ Ubatan lebih kurang RM500. Alhamdulillah aku pun beransur pulih.



Tapi, dan seminggu, mungkin sebab aku banyak travel dalam cuti ni, aku kembali sakit. Suamiku menyuruh aku pergi ke hospital buat X-tray. Aku bukan tak nak pegi, aku pernah pergi. Pernah pun X-tray kat kawasan tuh, tapi doktor tak nampak apa-apapun..mungkin sbb tulang tongkeng tu berada pada hujung dan kecil..ianya tidak jelas. Doktor tu hanya suruh aku pergi fisio. Boleh ker klu sekadar fisio sembuh?? Tanpa mengambil sebarang ubat?? Nak simen tuh tak mungkin ..takkan nk simen pinggang aku kot.

Apa yang harus aku lakukan????

INFO TULANG


:::Jamie:::

Monday, June 14, 2010

Lea & Uddin




 :::Jamie:::

Wednesday, June 9, 2010

Melaka & Kami

Hari nie baru berpeluang utuk menjengok blog.
Aktiviti sepanjang beberapa hari cuti sekolah setakat ini terisi dengan jadual yang amat padat. Bermula Sabtu dengan aktiviti menghadiri kenduri kawen Sumayah, Ahad menyambut kepulangan en suami dan Isnin serta Selasa berada di Negeri Bersejarah, Melaka.
Journey to Melaka bermula jam 7 pagi..Bertolak dari rumah terus meredah hujan renyai2 dan suasana yang masih gelap.
Kami ke Melaka melalui jalan tepi sungai melalui Bera-Triang-Bahau-Kuala Pilah-Tampin dan akhirnya sampai ke Melaka. Sebelum meneruskan pejalanan ke Banda Hilir, kami singgah dulu di Taman Mini Malaysia + Asean (yang tidak dapat dikunjungi coz masih dalam proses renovation) lbh kurang jam 10pagi. Di situ kami berpeluang melihat rumah2 negeri-negeri di Malaysia. Aku tak teruja sangat coz penah gie time skolah rendah dulu. Cuma en suami jela yang sonoknya. Kelaparan, maka kami makan tghri di situ lbh kurng jam 11pagi. Bila perut sudah kenyang kami meneruskan pejalanan, igtkn nak singgah di taman buaya, sekali terlepas la plak, mls nak U-turn.
Bergerak terus ke Banda Melaka..pusing2 cari2 hotel, sekali ternampak Hotel Shahbandar so terus masuk dan tanya, ada kosong lagi tak..syukur masih ada. Ikutkan aku nak jek stay kt Holiday Inn, tapi en suami  igtkan aku 'kite dtg cni nak jalan2 je yer...bukn nk tdo'...maka kene la paham kan...so duk jela budget hotel RM128 per nite. Actually aku tak puas ati la dgn hotel tuh, dah la tv takleh tengok, jenuh dah men tekan2 tetap takleh, Wifi lak takleh nak conect..erm..mujur bilik air selesa. Klu tak sia-sia la. Hurm check in kul 12.30tgh...igtkn kul 2.30...boleh check in awal so apalagi...masuk blik..lets mandi..Kepala pun dah penin. Selesai solat segala...kami pun kuar lbh kurang kul 2.30. Destinasi pertama ptg itu ialah Muzium Samudera kot...yang ada kapal kayu besar tu..kire muzium dlm kapal.. Tanpa di sangka di situ bertemu dgn org kg merangkap ex-clasmate aku time form 3, Faridah Hj Sidek...tak sangka lak bleh bertemu di Melaka. Beliau bersama-sama famili abangnya.
Kuar dari kapal besar tu, aku beli topi besor...pdahal masa kt tman mini malaysia tadi aku dah beli 1...aku teruje coz murah sgt...RM10. ikutkn aku mau beli byk2 color...tpi kang letih lak menahan telinge bebelan en suami..maka pendam jela hasrat tu..hehe
Seterusnya kami naik River Cruise dengan bayaran RM10 per person menyusuri sungai Melaka. Seronok dapat tengok pemandangan di tepi2 sungai...ada rumah2 cantik, lukisan2 hasil seni pelajar Uitm Shah Alam di dinding2 bagunan, jambatan2 yg menarik dan mcm2 lagi la...memang rugi la aku menahan mengantok dalam bot tu selama 1jam...pengembaraan yang berbaloi-baloi.
Kemudian kami naik Menara Tamin Sari plak...RM20per pax...seronok dapat tengok keseluruhan Banda Melaka termasuk Selat Melaka. Dapat gakla kami cari mana Kota A Famosa yang kami cari dari tadi tak jumpa lokasinya..hehe
Kemudian nek kereta kami menuju ke hadapan Kota A Famosa..puas mendaki, turun pergi menyejukan banda di mall Dataran Pahlawan.
Bergerak pula ker Mahkota Perade..kami dinner di KennyRRoster..jalan2 dan penat. Aku mengidam plak sate...puas pusing2 banda Melaka, tak jumpa pun. sate orang cina jual adela..sedih tak dapat makan sate melaka...dalam kul 10 malam, pulang ke hotel, mandi dan tido..
Kul 8pagi kami check out...hujan di Melaka. Makan di Restoran Telaga Biru klu tak silap...masakan minang. Aku makan nasi lemak rendang daging + air teh tarik manakala en suami nasi gorang rendang daging + teh o suam...nak tahu berapa kami kena??? RM16.00. Gile kan..xtau la brp ringgit agknya rendang daging yang liat tuh, mungkin RM5 kot..
Selesai makan, pusing2 banda dan stop untuk sesi bergambo..sempat lagik aku singgah beli T-shirt tuk ank buah aku, sbgi upah menemani atoknye dan sedikit ole-oleh melaka seperti dodol, belacan, cencalok dan kerepek tempe.
Perjalanan pulang..Alor Gajah-Tampin-Bahau (kami tersalah masuk jalan, skali jalan tgh renovation...teruk gile, kami skip Kuala Pilah) tapi rasenye kami jimat masa ikut jalan tuh, cume sakit sikit nak elak lubang2 ) - Jempol-Triang-Bera (stop makan nasi ayam msk merah + pucuk ubi + tempoyak, en suami nasi ikan goreng + ulam berserta air sirap dan teh o ais RM11.00 jek)
Sebelum sampai temerloh singgah dlu di Tunas Manja Triang tuk membeli keperluan dapur..eh nie sebelum stop makan da...
Teruskan perjalanan dan sampai Temerloh, singgah pejabat acik ambik baju kenduri Lea yang dah siap jahit. Jalan-jalan cari tudung plak..dan lepak2 di Esplanade Temerloh. Bergerak balik, singgah umah ngah anta ole-ole dan AKHIRNYA sampai rumah.






:::Jamie:::

Sunday, June 6, 2010

Kahwin Sudah Sumayah

Selamat Pengantin Baru Siti Sumayah Zakaria & Adnan Abdul Rahman





:::Jamie:::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Popular Posts